Seperti yang diketahui, bekas isteri kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, Norhayate Ayub telah meninggal dunia di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung pada 18 Mac yang lalu. Sebagai anak, Serina Datuk Redzuawan, mula menanggung rindu terhadap ibu tersayang.
Coret Serina, “Mama sentiasa hidup di hati Rina, memang sakit kehilangan ibu yang kita cintai, sepanjang arwah sakit rina dapat berbakti menjaga mama dan uruskan mama dialisis. Terima kasih, Allah beri peluang dan momen indah bersama arwah mama. Bila kena angkat mama dari kerusi roda ke kereta, Rina risau mama jatuh, mama agak berat. Tapi mama selalu kata anak mama ni kuat!! Itulah buat semangat angkat mama. She trust me!,” ujar Serina.
Serina terus terkenangkan ibunya menjelang Ramadan dan Syawal yang akan menjelma tak lama lagi. “Last year raya mama request nak makan soto ayam, so rina masakkan. Video mama makan sambil puji sedap akan jadi kenangan terindah buat Rina. Tahun ni raya tak sama lagi mama telah pergi di jemput Allah SWT yang lebih menyayangi mama. Tenanglah mama di alam yang abadi,” coret Serina.
Bercerita tentang penghijrahan awal Pengarah Urusan Serina Food Empire (M) Sdn Bhd ini akui, media sosial yang menjadi turning point untuk dirinya berubah seperti sekarang.
“Saya sangat bersyukur dalam berjuta-juta orang Allah pilih saya untuk berubah dan dibuka pintu hati di saat masih bernyawa.
Ads
Awal penghijrahan adalah bermula dengan saya mendengar ceramah-ceramah di Facebook. Lepas itu, saya hubungi ustazah yang saya kagumi, Ustazah Asma Harun. Beliau adalah ikon dan sifu yang saya mahu angkat sebagai guru.
Saya jumpanya secara personal, masa tu saya belum berhijab lagi. Saya katakan kepadanya, “Ustazah, Allah pilih saya untuk jadi anak murid ustazah dan Allah pilih ustazah untuk jadi guru saya.
Sebab bila saya tengok ustazah dalam ceramah membuatkan saya nak berubah, saya nak perbaiki diri saya, boleh tak Ustazah jadi guru saya,” cerita Serina.
Ads
Tambah Serina lagi apabila mendengar permintaanya, Ustazah Asma menjadi sebak. Jawab ustazah pula, “Ya Allah Serina, saya tak sangka. Saya peminat awak sebenarnya. Saya tengok awak dalam drama polis kini saya dapat jumpa dan nak jadi anak murid pula lagi. Saya sudi jadi guru awak,” luah Serina lagi.
Menurut ibu kepada dua orang anak ini, penerimaan Ustazah Asma merupakan hadiah yang cukup istimewa bila seseorang atau pendakwah hebat sudi menerima sebagai anak murid.
Nasihat Serina, “Jangan skip bila ternampak ceramah-ceramah agama di facebook. Bila ternampak tu maknanya Allah telah pilih kita.
Ads
Sila tengok sampai habis dan bila tengok sampai habis sebenarnya akan dapat satu detik kesedaran sedikit. Setiap satu topik akan berbeza-beza.
Kalau perasan kadang-kadang keluar topik kat sosial media hari ini topik pasal anak derhaka, anak yang kadang-kadang naik suara dengan ibu, kadang-kadang you terfikir, saya pun pernah buat.
Keluar pula detik, kalau you terlalu sibuk sehingga kan lupa akhirat. Kejar duit tapi duit tak pernah cukup. Kita kena tengok ceramah agama ini agar boleh membentuk hati kita,” tutur Serina.
“Dalam masa yang sama, istiqamah is not easy. Kena mohon doa. Saya sendiri sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati dan takut dengan cabaran yang datang. Kalau kita susah Allah duga, kalau kita senang pun Allah akan duga. Nak mencari keredaan Allah pun akan diduga.
Cari seorang guru, sebab kalau tak ada guru you akan lost. Sebab ada satu tahap manusia hati dia kadang-kadang akan down sangat-sangat dan akan cenderung untuk buat perkara yang tak sepatutnya. That’s why kita perlu ada rujukan seperti seorang ustazah,” ujar Serina.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya ibu bapa yang mempunyai anak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 sibuk menguruskan penempatan anak-anak ke peringkat pengajian tinggi untuk menyambung pelajaran dalam bidang -bidang yang ditawarkan sama ada di universiti tempatan, kolej matrikulasi dan politeknik di seluruh Malaysia.
Meskipun memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan, tugas dan tanggungjawab sebagai ibu tidak pernah diabaikan apatah lagi terhadap aspek pendidikan anak-anaknya. Baru-baru ini melalui hantaran di laman Instagram miliknya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkongsi momen menghantar anaknya melalui proses pendaftaran hari pertama di kampus.
Gaya ringkas Fadhlina Sidek mengenakan sepasang baju kurung bercorak dan tudung bawal rona coklat mencuri tumpuan apabila kelibatnya kelihatan mengiringi anak sulunngnya, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18 menyambung pelajaran di peringkat Asasi Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
“Menyerahkan anakanda di bawah jagaan ALLAH dan Rasul di taman ilmu dan budi.
“Semoga anakanda terus diberikan kesabaran dalam jihad meneruskan pengajian,” titip Fadhlina.
Di celah kesibukan tugas, ibu kepada enam cahaya mata itu sempat meluangkan masa hadir memberikan sokongan seperti mana ibu bapa lain yang menghantar anak-anak mereka menjejak ke menara gading.
Tambahnya lagi, puteri sulungnya itu bakal melanjutkan pengajian dalam program asasi berkenaan untuk mencapai cita-cita dalam bidang psikologi. Untuk rekod, Thurayya yang merupakan bekas Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan terdahulu berjaya memperoleh keputusan 9A dalam SPM tahun 2022.
“Memilih bidang sains kemanusiaan, semoga cita-citanya mahu menjadi seorang pakar psikologi menjadi kenyataan.
“Allahumma faqihha fid deen, wa ‘allimha fit takwil,” titip Fadhlina.
Setiap kali anak melangkah masuk ke asrama, pasti kaum ibu paling sibuk memastikan keselesaan dan kelengkapan anak di asrama berada pada tahap terbaik. Begitu juga buat Menteri Pendidikan ini yang turut meluangkan masa mengemas barangan peribadi anak sulungnya itu di dalam blok asrama. Wajah dua beranak ini mempunyai banyak persamaan dan nampak seiras!
Beliau juga yang juga merupakan alumni UIAM dan merupakan Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah.
.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di sebalik wajahnya yang cantik dan menawan, wanita jelita yang merupakan pensyarah dan penyelidik kawalan vektor serta penyakit bawaan nyamuk terutamanya Aedes dan culex di Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM, Prof Madya Dr Nur Faeza Abu Kassim sebenarnya cukup bimbangkan peningkatan kes demam denggi di negara ini.
Turut bergelar Medical Entomologist, kepakaran sains Prof Madya Dr Nur Faeza juga membuatkan beliau dilantik sebagai Pengerusi COMBI Negeri Pulau Pinang/USM. Saintis dari USM itu mendapat perhatian baru-baru ini apabila beliau memperkenalkan inovasi baharu untuk mencegah nyamuk Aedes.
Dikenali sebagai BioGel, Prof Madya Dr Nur Faeza berjaya mencipta manik hidrogel yang mampu menarik dan membunuh nyamuk serta penggunaan tumbuhan tempatan untuk menghalau nyamuk Aedes.
Bercakap kepada Utusan, wanita pintar dan disegani masyarakat itu tidak keberatan berkongsi rahsia ciptaannya yang diakui mampu membantu masyarakat sekaligus sektor kesihatan.
“BioGel Bait menggunakan sugar bait technology iaitu memanipulasikan cara pemakanan vektor bertindak dengan kaedah serang dan bunuh.
Ia bertujuan memusnahkan nyamuk Aedes iaitu vektor demam denggi dalam semua peringkat kitar hidup termasuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.” Prof Madya Dr Nur Faeza
Foto: Utusan
Menurut Prof Madya Dr Nur Faeza lagi, Biogel Bait berasaskan campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan tempatan ialah salah satu kaedah kawalan biologi yang bersifat mesra alam sekitar dan selamat kepada manusia serta haiwan.
Jelasnya, Biogel Bait itu juga mudah digunakan, mesra pengguna malah rendah kos pembuatan. Ia juga sesuai digunakan di dalam dan di luar kawasan rumah, malah boleh diperoleh dengan harga RM10 untuk sebulan penggunaan.
Bukan itu saja, saintis hebat ini turut berkongsi rahsia alam dengan memperkenalkan produk herba anti-Aedes iaitu:
Limau Kasturi
Pokok Basil
Pokok Pudina
Tumbuhan herba basil
“Pokok yang paling berkesan dan mudah setakat ini ialah pokok basil yang selalunya dijadikan ulam manakala limau kasturi dan pudina memerlukan tempoh tertentu untuk berupaya menghalau nyamuk Aedes.” Prof Madya Dr Nur Faeza
Beliau sempat berpesan kepada masyarakat agar menyokong usaha pencegahan nyamuk Aedes dengan sentiasa menjaga kebersihan serta tidak membiarkan air bertakung yang membolehkan nyamuk Aedes membiak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanyalah mana-mana wanita, tak siapa ingin bergelar janda apatah lagi pada usia muda. Walau kita sudah berada di zaman serba moden, status “janda” seringkali dipandang serong apatah lagi bila bergelar artis. Itulah hakikat yang perlu diterima oleh pelakon jelita, Fatin Afeefa yang kini hidup solo bersama dengan dua orang anak hasil berkahwinannya yang terdahulu.
Lebih lima tahun bergelar ibu tunggal, Fatin Afeefa mengakui ada segelintir masyarakat masih memandang hina gelaran janda mahupun ibu tunggal. Diakuinya sendiri menerusi sesi Live nya di Tik Tok baru-baru ini, Fatin menjawab pertanyaan peminatnya berhubung isu ini.
“Bagaimana awak hadapi pandangan orang tentang ibu tunggal sebab ramai yang memberi tanggapan negatif terhadap gelaran tersebut,” soal individu tersebut.
Dengan tenang Fatin menjawab, “Sejak bergelar ibu tunggal sejak lima tahun lalu, macam-macam gelaran orang beri pada saya. Secondhandlah, kereta terpakai pun ada. Siapa yang tidak sedih, walaupun sayalah wanita yang menuntut cerai tetapi orang tetap mengata mengenai saya,” kata pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah Shamsudin yang berumur 28 tahun ini.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata lelaki lah yang kebanyakkannya akan memberikan pandangan negatif terhadap golongan ibu tunggal.
“Selalunya orang yang mengutuk itu ialah segelintir golongan lelaki yang suka mengawal perempuan tetapi tidak dapat, sebab itu mereka merendah-rendahkan janda.
“Ada sesetengah wanita anggap lebih okay kekal dalam perkahwinan yang tidak bahagia daripada berstatus janda. Saya memilih untuk menjadi janda sebab saya ingin kejar kebahagiaan begitu juga untuk anak-anak. Tidak hina pun status janda ini dan jangan sesekali rasa sedih dengan perkara tersebut,” katanya lagi. Untuk rekod, Fatin berkahwin dengan pelakon Adam Shahzpada pada tahun 2013 dan disahkan bercerai pada 2017.