Saban tahun setiap kali Syawal bakal menjelang, video Khairul Aming menghargai pekerja dan memberi wang insentif kepada mereka sentiasa ditunggu-tunggu warga maya. Tahun ini kemurahan hati pempengaruh media sosial berkenaan kembali menjadi bualan.
Ternyata Khairul Aming menjadi ikon majikan contoh dan idaman ramai pekerja. Mana tidaknya, bukan sekadar prihatin membeli keperluan Raya dari hujung rambut ke hujung kaki.
Malah memperuntukkan belanja untuk kelengkapan barang dapur sampai sanggup menyewa sebuah lori untuk mengangkut barang-barang yang dibeli staf kesayangan. Baik hati boss!
Khairul Aming ‘Boss’ Idaman
Itu tidak termasuk pemberian bonus berupa wang ringgit lagi. Tergamam dibuatnya bila tengok sampul yang diterima staf Khairul Aming. Berkepuk-kepuk ‘notes’ duit RM100 dalam satu sampul. Bayangkan, ada lebih 100 pekerja pula tu!
Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih enam juta tontonan! Kongsi pengusaha Sambal Nyet ini, “Semalam kita tutup kilang untuk meraikan staff KA di bulan puasa ni.
Ads
Kita bawa semua staff shopping baju raya, shopping barang dapur untuk preparation raya dengan family, bagi duit raya and also buka puasa kat hotel. Syukur dan happy dapat teruskan tradisi ni tahun demi tahun.”
Teringat temu bual Nona bersama usahawan berusia 33 tahun ini beberapa tahun lepas. Diaju mengenai peribadi ibu tersayang, Khairul Aming meluahkan rasa kagum dengan pengorbanan ibunya yang menjual kuih tako selama lebih 14 tahun.
Khairul Aming Kagum Pengorbanan Ibu
“Mak saya akan bangun 3 atau 4 pagi. Kalau hari cuti saya teman mak pergi pasar dan letak kuih dekat setiap peniaga.
Kadang kalau ada booking kuih dan tak ada kotak, kami akan cari kotak-kotak dekat supermarket untuk letak kuih. Alhamdulillah hasil pencarian daripada buat kuih itulah yang membesarkan saya dulu sampai hari ini.”
Ads
Ditanya didikan ibu yang paling dia ingat dan terapkan hingga kini, “Didikan ibu yang paling saya ingat, dia sangat tekankan kepentingan bersedekah. Itu adalah amalan yang ibu ajar dari kecil lagi.
Sekarang alhamdulillah kita banyak kongsi rezeki bukan dengan keluarga saja, kita kongsi rezeki dengan staf-staf di Sambal Nyet, kita kongsi rezeki dengan followers kita dan orang sekelilinglah. Itu value yang saya tekankan sekarang daripada didikan ibu saya.”
Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mula aktif menjadi content creator sepenuh masa pada tahun 2020.
Tahun tersebut menjadi detik paling mencabar bagi dirinya kerana bapa tersayang, Allahyarham Kamarulzaman Hussin meninggal dunia dan figura ini nekad meninggalkan kerjaya dalam bidang oil and gas beberapa bulan selepas arwah bapa kembali ke rahmatullah.
“Tapi alhamdulillah sokongan daripada ibu saya sangatlah kuat, dia percaya dengan azam dan juga hasrat saya untuk meneruskan karier dalam dunia content creator ni.
Saya pun sempat dapat restu daripada arwah bapa saya sendiri. Alhamdulillah ia adalah keputusan yang baik dan saya sangat bersyukurlah dikurniakan mak yang sangat supportive dan sangat memahami karier anak dia.”
Khairul Aming merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat. Tahun 2021, dia mula berniaga Sambal Nyet dan berjaya raih pulangan cecah jutaan ringgit sampai sekarang. Seterusnya menghasilkan produk kedua, Dendeng Nyet Berapi dan kini mempunyai dua buah kilang serta merancang untuk membuka sebuah lagi kilang kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon popular Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal berkata, dirinya tidak pernah risau jika rezekinya ‘sempit’ setelah memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat dahulu.
Jelas Nad lagi, dia mahu mencontohi Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai ‘role model’ terdekat. Malah dirinya yakin bahawa dengan penghijrahan ini, dia mampu berjaya dalam karier lakonan dengan melakonkan pelbagai watak termasuk watak antagonis.
Nad Zainal, 34 menjadikan pelakon, Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai contoh terbaik untuk selebriti bertudung yang terus berjaya dalam karier lakonan dengan pelbagai watak termasuk antagonis atau jahat.
Mengulas berkenaan mengapa dia memilih Noorkhiriah sebagai contoh, Nad menyatakan bahawa dia amat mengagumi keperibadian dan perwatakkan yang ditunjukkan oleh aktres itu. Tegasnya lagi keperibadian Norkhiriah wajar dicontohi oleh selebriti wanita bertudung lain.
“Lagipun saya yakin walaupun sudah tampil bertudung, namun masih boleh membawakan apa saja watak dalam lakonan. Malah, rezeki semakin bertmbah dan tidak putus.
“Saya juga melihat kak Noorkhiriah sebagai contoh kerana dia tetap berjaya membawakan watak jahat dengan imej bertudung,” katanya.
Sehubungan itu, bertepatan dengan keputusan ini, Nad memohon agar para peminat mendoakan agar dirinya kekal istiqomah dengan penampilan berhijab. Tambahan pula, masih banyak perkara yng perlu dipelajarinya.
“Saya tidak mahu cakap banyak atau bercerita mengenai penghijrahan. Saya masih lagi belajar. Mohon doakan saja yang terbaik untuk saya,” katanya.
Untuk rekod, Nad dan Ungku Ismai selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM 1,000 pada tanggal 1 Rejab pada 23 Januari 2023. Hasil perkongsian hidup selama setahun lebih itu diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki.
Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.
Hasil perkongsian hidup bersama Muhammad Faliq, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 dan Budi Kalsom, 3 tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Amerika telah muncul sebagai pusat utama penularan pandemik COVID-19 di dunia. Di sana juga telah dicatatkan angka korban tertinggi. Melihat angka kematian yang semakin meningkat telah menyuntik kesedaran kepada selebriti di Barat buat sumbangan demi memutuskan pemularan pandemik COVID-19 ini.
Sedikit atau banyak sumbangan yang dihulurkan tidak penting, apa yang penting kesedaran menyumbang yang dilakukan tetap dihargai.
OPRAH WINFREY, USD10 MILLION
Foto: Facebook Oprah Winfrey
Oprah telah mengumumkan akan menghulurkan sumbangan sebanyak RM44 juta (USD10 million) bagi membasmi pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat. RM4.3 juta (USD1 million) daripada jumlah sumbangan “Help Americans During This Pandemic” itu, akan didermakan kepada America’s Food Fund bagi membantu mereka yang kelaparan akibat pandemik ini.
MIRANDER KERR & EVAN SPIEGEL, USD10 MILLION
Foto: Facebook Miranda Kerr
Model terkenal yang telah berkahwin dengan pengasas Snapchat pada tahun 2017 ini telah menderma sebanyak RM44 juta (USD10 million) kepada beberapa pusat kebajikan di Los Angeles seperti Allies for Every Child, Homeboy Industries, Koreatown Youth Community Center, Proyecto Pastoral, dan the Venice Family Clinic.
RIHANNA, USD5 MILLION
Foto: Facebook Rihanna
Rihanna telah menyumbang sebanyak RM21.7 juta (USD5 million) kepada Direct Relief, Feeding America, the World Health Organization’s COVID-19 Solidarity Response Fund, dan beberapa organisasi yang membanteras COVID-19 melalui The Clara Lionel Foundation yang telah diasaskan oleh pada tahun 2012.
KYLIE JENNER, USD1 MILLION
Foto: Instagram @kyliejenner
Jutawan muda ini telah mengeluarkan duit poketnya sendiri yang bernilai RM4.3 juta (USD1 million) demi membantu hospital-hospital di Los Angeles mendapatkan bantuan dan bekalan untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
BLAKE LIVELY & RYAN REYNOLD, USD 1 MILLION
Foto: Facebook Ryan Reynold
Pasangan suami isteri ini merupakan penderma pertama yang menyumbang untuk membanteras penularan pandemik COVID-19. Mereka telah menyumbang sebanyak RM4.3 juta (USD1 million) kepada bank makanan (food banks).
ANGELINA JOLIE, USD1 MILLION
Foto: Instagram @angelinajolie_official
Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie ini lambang wanita sejati apabila menyentuh tentang hak kemanusiaan. Angelina Jolie lantang bersuara dan tertegas menegakkan hak-hak kemanusiaan. Pelakon utama The Maleficent ini telah menghulurkan derma sebanyak RM4.3 juta (USD1 million) kepada No Kid Hungry Organisation untuk membantu mereka yang memerlukan ketika pandemik ini berlaku.
DOLLY PARTON, USD1 MILLION
Foto: Facebook Dolly Parton
Penyanyi ini memang terkenal dengan sifat murah hatinya. Dolly Parton telah menyumbang sebanyak RM4.3 juta (USD1 million) atas tujuan penyelidikan mencari vaksin untuk pandemik COVID-19 ini. Sumbangan ini diberikan kepada Vanderbilt Institution for Infection, Immunology and Inflammation, Nashville.
TAYLOR SWIFT, USD3,000
Foto: Facebook Taylor Swift
Penyanyi kesayangan ramai ini pula telah membantu peminatnya yang tidak mampu membayar bil-bil mereka lantaran terkesan dengan pandemik COVID-19 ini. Taylor Swift telah mengeluarkan wang sebanyak RM13 ribu (USD3,000) untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini, nama Datin Suliza Salam sering menjadi perbualan warga maya apabila ia mempunyai hubung kait dengan kelakuan satu-satunya anak lelakinya, Ismail Izzani.
Foto: Instagram @sulizasalam
Bagi ibu kepada tiga cahaya mata ini, dia amat positif berhadapan dengan kecaman netizen dan beranggapan apa yang berlaku ada baik dan buruknya. Tidak mudah melenting menyalahkan mana-mana pihak, penyanyi era 80-an ini menghargai dengan teguran dan tunjuk ajar yang dikongsikan pengikut selain mendoakan agar Allah SWT menjaga aib masing-masing.
Foto: Instagram @sulizasalam
Minggu lalu, Datin Suliza berkesempatan meraikan ulang tahun kelahiran pertama cucu tersayang, Nur Ayra Allysa Ahmad Imran. Ayra merupakan anak kepada Izzati Zainal dan suaminya, Dr Imran.
Foto: Instagram @sulizasalam
Menjengah laman Instagram miliknya, Datin Suliza Salam memanjatkan kesyukuran cucu kesayangannya kini mencecah usia satu tahun dan menjadi cucu yang manja untuk dirinya.
Alhamdulillh…ayra 1st Birthday…kejap jer dah 1 tahun..moga cucu manja tokma ..membesar..SIHAT..dan ceria..jadi anak yg mudah di asuh dan di didik…jadi anak beriman..berbudi pekerti..berjaya dlm kehidupan dunia dan akhirat..aamiin ya robb..❤️❤️🌺💖
Foto: Instagram @sulizasalam
Majlis sambutan hari lahir cucu tersayang diraikan dalam suasana tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat. Lebih istimewa, persiapan sempena majlis tersebut dilakukan sendiri oleh keluarga terutamanya ibu Ayra, Izzati Zainal yang bersengkang mata menyiapkan dekorasi majlis untuk puteri sulungnya itu.
Foto: Instagram @chixxy
Malah kek hari jadi juga merupakan hasil air tangan anak kedua Datin Suliza, Fala Zainal @toothfally. Sememangnya keluarga seni ini mempunyai kemahiran seni kraftangan yang sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi.
Foto: Instagram @sulizasalam
Mana tidaknya, sewaktu kedua-dua anak perempuan Datin Suliza mendirikan rumahtangga, dia menggubah sendiri hantaran dan pelamin akad nikah puteri-puterinya! Kata Datin Suliza, ia sebagai kenangan istimewa untuk anak-anak tersayang!
Nyata kasih dan sayang seorang ibu sememangnya tiada tandingannya. Doa seorang ibu sentiasa mengiringi anak-anak dalam apa jua yang mereka lakukan. Begitu juga dengan wanita ini yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk anak-anak tersayang. Sebagai ibu, berkat kasih sayang, sokongan dari keluarga yang tidak pernah putus lebih penting untuk dirinya serta anak-anak dalam mendepani cabaran baik negatif mahupun positif.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!