Kecur pula tengok Cik Epal Masak! Seorang ibu dan isteri pasti mahu lakukan yang terbaik buat keluarga tersayang. Tidak terkecuali, usahawan berjaya dikenali ramai sebagai Cik Epal ini. Sinonim dengan perkongsian gaya hidup mewah di samping anak-anak di media sosial, pengaruh ibu dua cahaya mata ini cukup kuat dan sering menjadi inspirasi kepada golongan wanita.
Dalam hantaran terbaharu di Instagram, kongsi Cik Epal, “Walau mustahil menjadi ibu yang sempurna, namun seorang ibu pasti berusaha untuk menjadi ibu terbaik bagi anak-anaknya. Kan?”
Mula dikenali sebagai blogger yang menulis mengenai kehidupan dan berkongsi resipi di alam maya, wanita berjiwa kental ini menjadi inspirasi generasi muda kerana kemampuannya memberi suntikan semangat dan perangsang di dalam setiap posting di laman blog mahupun media sosial.
Setiap hari ada saja kisah inspirasi yang dikongsikan Cik Epal. Apatah lagi, dia sukses mengusahakan produk Fair Fit dan Makaji.
Lima tahun lepas, Cik Epal mendedahkan kepada Nona sewaktu mula-mula menceburi perniagaan Fair Fit yang menyaksikan dia mampu raih jualan mencecah tujuh angka dalam masa kurang setahun.
Difahamkan, Fair Fit ialah produk kesihatan yang berfungsi untuk menguruskan badan dan memutihkan kulit serta pelbagai manfaat lain. Bisnes ini dilancarkan pada Februari 2018.
Ads
“Saya baru jual satu produk, dalam masa 10 bulan saya dah hit RM1 juta untuk Fair Fit. Memang zero cost marketing, hanya guna Instagram saya dengan suami je untuk menjual.
Saya memang ada impian nak satu level dengan Dato’ Vida / Dato’ Aliff Syukri atau level lebih lagi dari diorang. Kalau boleh ads Fair Fit semua saya nak lain dari yang dah ada dekat market Malaysia sekarang ni.”
Walau sibuk mengendalikan perniagaan namun kesungguhan Cik Epal menjaga anak-anak dan keluarga meraih pujian followers kesayangan.
Meskipun punya wang banyak untuk mengambil khidmat pembantu rumah tapi dia sedaya-upaya menguruskan mereka terutamanya soal makanan.
Ads
Menerusi media sosial miliknya, wanita cantik ini makin rancak berkongsi video masakan. Memang terliur dibuatnya tengok Cik Epal masak. Apatah lagi lihat reaksi anak-anak yang berselera menikmati air tangan ibu mereka.
Semoga perkongsian positif Cik Epal memberi manfaat kepada semua.
Terharu melihat muat naik terkini ibu kepada Allahyarham Ashaf Sinclair, Dida Sinclair mengenai sambutan Hari Raya keluarganya minggu lalu. Mana tidaknya, meskipun Allahyarham Ashraf sudah tiga tahun kembali ke Rahmatullah, kasih sayang terhadap menantunya, Bunga Citra Lestari tetap utuh.
Meskipun berjauhan, kasih sayang seorang mentua untuk anak menantu tidak pernah terpisah dari keperibadian ibu kepada tiga orang anak ini. Malah anak perempuan serta dua menantunya dianggap sama seperti anak sendiri dan menyayangi mereka tanpa berbelah bahagi. Itulah kasih sayang sebenar naluri seorang wanita bergelar ibu!
Meskipun tahun ini tidak dapat meraikan lebaran bersama-sama, namun Dida atau nama sebenarnya Khadijah Abdul Rahman bersyukur dapat meraikan lebaran bersama dua lagi anaknya iaitu Aishah Sinclair sekeluarga serta Adam Sinclair bersama isterinya, Yuna. Tahun ini Yuna pulang ke tanahair meraikan lebaran bersama keluarga tersayang.
Hubungan kekeluargaan antara mereka sememangnya utuh meskipun berada di negara berbeza.
“Waiting to be together with Bunga, InshaaAllah they are my 3 angels. Aamiin”– ujar Khadijah dalam muat naik di Instagram miliknya sempena kedatangan 1 Syawal minggu lalu.
Tahun ini, keluarga ini berkumpul meraikan Aidilfitiri di kediaman keluarga yang terletak di Kuala Lumpur. Meskipun beraya di ibukota, kemeriahan Syawal keluarga ini dapat dilihat melalui muat naik di laman Instagram mereka yang penuh keceriaan.
Pada tahun 2020, Khadijah pernah meraikan sambutan Aidilfitri di Jakarta bersama Bunga Citra Lestari dan anaknya, Noah di mana Dida menetap selama tiga bulan untuk menemani menantunya itu.
Untuk rekod, Aishah Sinclair mendirikan rumahtangga dengan Sheikh Abdul Shahnaz pada tahun 2006 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth. Manakala Adam Sinclair pula berkahwin dengan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis binti Mat Zara’ai pada tahun 2018 yang lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dulu dia agak skeptikal untuk berbicara soal anak dan rawatan yang dijalankan. Namun setelah bertemu pakar sakit puan, Prof Dr Hamid Arshat dan pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya perspektif dirinya berubah. Mengambil aura positif kedua-dua insan yang disanjung ramai ini, Mawar Abdul Karim merelakan sisi peribadinya menjadi rujukan masyarakat demi kebaikan bersama.
Bukan niat untuk menunjuk jauh sekali riak dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT, isteri kepada Fizo Omar ini berkali-kali menegaskan tujuan sebenar dia berkongsi pengalaman kehamilan kerana mahu memberi inspirasi dan kekuatan buat para wanita yang sudah berkahwin untuk berusaha memiliki zuriat sendiri.
Pertama kali bertemu Prof Dr Hamid Arshat pada Januari 2016 setelah beberapa kali bertemu pakar sakit puan lain, Mawar dan Fizo akhirnya tergerak untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang disifatkannya ‘The Best Doctor in Malaysia’ ini. Hasil pertemuan itu, Mawar didapati menghidap Endometriosis iaitu satu penyakit yang berkaitan sistem reproduksi wanita.
Untuk makluman, endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakit puan yang biasa dialami golongan wanita. Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapinya. Tidak bersifat kanser, penyakit ini melibatkan lapisan tisu dalam rahim yang dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis iaitu pundi, usus serta organ reproduktif. Ia kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus. Dalam situasi lebih buruk, boleh menyebabkan kemandulan.
Pakar percaya sel-sel tertentu daripada lapisan rahim mungkin boleh melimpah ke belakang di sepanjang tiub fallopio semasa tempoh kedatangan haid. Sel-sel ini kemudian pekat dan berdarah dengan setiap kitaran haid. Keadaan ini boleh berkembang menjadi tisu parut dan mengikat organ bersama-sama.
RAWATAN
“Dulu kalau ada yang bertanya tentang rawatan yang saya buat, saya selesa dengan hanya jawab ‘buat rawatan biasa saja’ dan tak terlalu detail. Tapi lepas dengar kata-kata semangat Prof Dr Hamid dan Prof Muhaya, saya jadi lebih berani. Bak kata mereka benda dan niat yang baik patut kita kongsi dengan masyarakat. Kita ini nampak luaran sihat cergas tapi dalaman kita tak tahu. Jangan ingat sebelum kahwin tak ada penyakit ini ya. Ada juga sebelum kahwin pun sudah ada cyst.
Selesai buat rawatan dan buang cyst yang makan masa setahun jugalah, Prof Dr Hamid beritahu jika lepas dua bulan saya masih belum hamil dia sarankan buat IVF. Tapi alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi. Dua bulan selepas rawatan tersebut saya akhirnya mengandung secara semula jadi. Pernah masa awal kehamilan ada seorang customer saya datang jumpa dan cakap sudah 10 tahun berkahwin dan belum ada rezeki anak.
First sekali persoalan dekat dia tentang pemeriksaan kesihatan. Kalau hendakkan sesuatu, kena betul-betul berusaha. Adalah lebih baik kita pergi check dengan doktor. Saya sendiri pun memang dah banyak kali jumpa doktor yang berbeza.
Doktor pertama kata saya tak ada apa-apa masalah, doktor yang kedua pun cakap perkara sama dan suruh elakkan stres. Kemudian, bila jumpa Prof Dr Hamid dan buat imbasan secara terperinci baru tahu penyakit sebenar saya. Kunci utamanya di sini, jangan bergantung dengan seorang doktor saja melainkan jika sudah buat rawatan susulan dan doktor tersebut tahu sejarah penyakit kita.
Kena jaga pemakanan terutamanya elakkan fast food selain buat pemeriksaan dengan doktor. Tahun pertama dan kedua tak ada tanda hamil, terus check buat sesuatu. Tak kisahlah rawatan tradisional dan moden, tapi jangan hanya terus menunggu,” cerita Mawar sambil berkongsi kisah Fizo terkena tempias ibu mengandung dan dimasukkan ke hospital kerana muntah-muntah serta pening sebelum menerima berita Mawar berbadan dua.
KELAHIRAN SULUNG
Hanya tinggal kurang dua minggu saja lagi sebelum Mawar dan Fizo menerima kehadiran puteri sulung mereka. Mawar yang bakal bersalin di Hospital Pantai, Bangsar dengan bantuan Prof Dr Hamid Arshat pada hujung Disember ini nyata teruja menimang cahaya mata memandangkan sudah empat tahun menanti detik tersebut.
Ujar ibu berusia 28 tahun ini lagi, sepanjang tempoh kehamilan dia tidak mengalami sebarang alahan teruk. Mungkin kerana menjaga pemakanan seperti yang dinasihatkan doktor di samping mengamalkan makanan-makanan sunnah seperti buah delima, kurma dan kismis. Tanpa berselindung, Mawar juga mengakui berat badannya bertambah 20 kilo sejak hamil.
“Di bawah pengawasan Prof Dr Hamid, saya dan Fizo turut mengikuti kelas stimulasi bayi. Kelas ini tujuannya untuk rangsang perkembangan bayi ketika masih dalam perut lagi. Bila usia kandungan dah mencecah lima bulan dan bayi mula menendang maknanya mereka dah boleh mendengar. Sejak itu saya kerap berbual dengannya dan buat macam-macam aktiviti seperti yang digalakkan doktor.
Misalnya, bila kandungan dah 7 bulan saya ajak dia respon bila berbual. Bila saya letak torch light dekat perut dan minta responnya kalau nampak cahaya, memang dia akan buat dan mula menendang! Doktor pun ada beritahu masa sekarang ini jugalah masanya kita pupuk minat mereka. Sebagai contoh, kalau mahu anak bijak berniaga buatlah banyak kira-kira, untung rugi dan segala-galanya. Tak lupa juga, kerap perdengarkan anak dengan ayat suci Al-Quran dan mengaji. Dekat luar negara, kaedah ini sudah lama dipraktikkan oleh bakal ibu bapa.”
Memang terserlah kegembiraan Mawar menunggu momen indah itu. Sebelum mengakhiri perbualan, dia dan Fizo turut berhasrat untuk menamakan anak perempuan mereka dengan nama bunga-bungaan selain mempunyai nama awalan ‘Wan’. Wow, boleh jadi Wan Cempaka, Wan Lily atau Wan Kenanga? Kita nantikan pengumuman nama anak sulung mereka kelak!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra bakal menimang cahaya mata sulung, Julai ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh Che Puan Mahkota Kelantan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
March 2023- My husband and I are happy to announce that we are expecting our first child.
The birth is expected to take place in July, 2023.
Baginda bertitah, Tengku Muhammad Faiz dan dirinya gembira untuk mengumumkan bakal menimang putera sulung. Titahnya, kelahiran cahaya mata itu dijangka pada Julai ini. Usia kandungan kini memasuki trimester kedua.
Untuk rekod, pasangan diraja ini mendirikan rumahtangga pada 19 April 2019.
Mengimbas kembali detik bersejarah pasangan diraja ini, YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz dan YTM Che Puan Sofie melangsungkan majlis pernikahan pada 19 April 2019 dalam suasana ringkas tetapi meriah.
Istiadat pernikahan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat yang diadakan secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan.
YTM Che Puan Sofie yang berasal dari Sweden ternyata berjaya menambat hati khalayak dengan penampilan dirinya yang anggun dan sopan. Biarpun bukan dilahirkan di Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati Tengku Mahkota Kelantan, namun beliau bijak menyesuaikan diri.
Semoga YTM Che Puan Sofie berada dalam keadaan sihat walafiat sepanjang proses kehamilan.
My husband and I are happy to announce that we are expecting our first child.
The birth is expected to take place in July, 2023.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!