Tahun 2020 menyaksikan pandemik COVID-19 telah menjadi isu kesihatan global sehingga mencetuskan norma baharu dalam kehidupan kita saat ini.

IKLAN

Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan selain rasa syukur serta syabas buat semua petugas barisan hadapan kita khususnya petugas kesihatan yang banyak berkorban tenaga dan masa demi mengawal penularan wabak COVID-19.

“Sambil Menangis Mereka Merayu Agar Diberi Surat Pelepasan Rentas Negeri” DR AMANDA“Sambil Menangis Mereka Merayu Agar Diberi Surat Pelepasan Rentas Negeri” DR AMANDADr Amanda Elli antara petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa kenal erti penat dan putus asa. Mesra disapa sebagai Dr Amanda, beliau yang berusia 28 tahun kini bertugas di Unit COVID salah sebuah pejabat kesihatan daerah.

“Sambil Menangis Mereka Merayu Agar Diberi Surat Pelepasan Rentas Negeri” DR AMANDABeliau juga pernah ditugaskan di jabatan Kecemasan dan Trauma salah sebuah hospital kerajaan. Dr Amanda merupakan graduan National University of Ireland, Galway dibawah tajaan MARA menerusi skim pelajar cemerlang di Ireland selama 5 tahun. Dr Amanda sangat komited dengan tugasya sebagai seorang doktor, kerjaya yang dicita-citakan sejak kecil.

“Sambil Menangis Mereka Merayu Agar Diberi Surat Pelepasan Rentas Negeri” DR AMANDADETIK MERUNTUN JIWA
“Antara momen paling menyentuh jiwa saya sejak bergelar frontliner ialah peristiwa di mana ada seorang wanita berusia lebih kurang ibu saya yang tiba-tiba rebah di parking kereta. CPR dilaksanakan di situ juga kemudian dibawa ke bahagian kecemasan. Waktu itu saya bertugas di zon merah.

Wanita ini ibu kepada 6 orang anak. Ketika itu hanya dua anaknya yang paling kecil berusia dalam belasan tahun ada bersamanya. Kedua-duanya menangis dan panik. Wanita itu sudah tidak sedarkan diri. Kami bergilir-gilir buat CPR kepada wanita itu.

“Sambil Menangis Mereka Merayu Agar Diberi Surat Pelepasan Rentas Negeri” DR AMANDAKemudian saya diarahkan oleh Pegawai Perubatan yang bertugas untuk berhenti seketika untuk menjawab panggilan telefon daripada anak-anak wanita itu yang berada di beberapa negeri. Sambil menangis mereka merayu-rayu dan meminta saya memberi surat pelepasan untuk rentas negeri memandangkan ketika itu kita dalam PKP.

Saya jadi kelu tidak tahu hendak jawab apa. Hanya mampu katakan maaf. Tiada apa yang boleh kami lakukan selain buat yang terbaik demi menyelamatkan ibu mereka. Terlintas di fikiran kalau saya berada di tempat mereka pasti sangat sedih kerana tidak dapat bertemu dengan ibu yang dalam keadaan kritikal begitu.

“Sambil Menangis Mereka Merayu Agar Diberi Surat Pelepasan Rentas Negeri” DR AMANDAMereka sebenarnya sudah dimaklumkan oleh dua adik mereka yang ibu mereka sakit tetapi semuanya berlaku secara tiba-tiba dan tidak sempat memohon untuk rentas negeri. Paling meruntun jiwa apabila hanya dua orang anak yang masih kecil berada di sisi wanita itu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

IKLAN

Pengalaman ini telah mengajar saya betapa besarnya kasih sayang keluarga serta pengorbanan ibu bapa. Ia juga mengajar saya erti rasa kemanusiaan yang sebenar.

“Sambil Menangis Mereka Merayu Agar Diberi Surat Pelepasan Rentas Negeri” DR AMANDA
Dr Amadan Elli bersama ibu yang merupakan sumber kekuatan dan inspirasi buat dirinya.

AMAL JARIAH
Saya seorang yang sangat positif dan menganggap antara yang bertuah kerana diberi nikmat rezeki menjadi seorang doktor bersama amanah untuk berbakti kepada masyarakat dan negara. Saya berjanji untuk mekaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin dan ikhlas. Ia juga menjadi amal jariah kami sebagai petugas barisan hadapan. Kami akan terus buat yang terbaik selagi termampu dan diperlukan,” akhiri Dr Amanda.

“Sambil Menangis Mereka Merayu Agar Diberi Surat Pelepasan Rentas Negeri” DR AMANDAPesan Dr Amanda, teruskan mematuhi SOP. Amalkan rutin wajib norma baharu iaitu memakai pelitup muka, penjarakan sosial, mencuci tangan dengan sabun dan memakai hand sanitizer bagi mengekang penularan virus berbahaya ini daripada terus merebak.

“Sambil Menangis Mereka Merayu Agar Diberi Surat Pelepasan Rentas Negeri” DR AMANDAKredit Foto: Instagram Dr Amanda Elli

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI