Setiap orang mempunyai pemikiran yang berbeza. Ada yang mengimpikan sebuah perkahwinan secara besar-besaran dan tak kurang juga mahu yang sederhana tanpa perlu membazir. Namun, ketika musim pandemik COVID-19 ini pasangan pengantin terpaksa apabila majlis pernikahan dan resepsi boleh dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

IKLAN
Sambut Anniversary Ke-16, FIRST LADY KANADA Ini Tetap Memukau Walau Beli Gaun Kahwin Online  
Foto: Instagram @sophiegregoiretrudeau

Bercerita tentang majlis perkahwinan sederhana, teringat kepada seorang wanita cantik yang kini bergelar First Lady di Kanada. Walaupun berkahwin dengan lelaki kaya dan ternama namun Sophie Gregoire-Trudeau lebih selesa memilih kesederhanaan. Rupanya dalam diam sudah 16 tahun berlalu kisahnya menyarung gaun perkahwinan yang dibeli secara atas talian itu. Walaupun begitu auranya tetap menyinar di hari bahagianya yang berlangsung pada tahun 2005.

Sambut Anniversary Ke-16, FIRST LADY KANADA Ini Tetap Memukau Walau Beli Gaun Kahwin Online  
Foto: Instagram @houseofsophiegregoiretru
Sambut Anniversary Ke-16, FIRST LADY KANADA Ini Tetap Memukau Walau Beli Gaun Kahwin Online  
Foto: Instagram @sophiegregoiretrudeau

MAJLIS PERKAHWINAN SEDERHANA
Meskipun boleh merancang majlis perkahwinan secara besar-besaran kerana berkahwin dengan anak kepada bekas Perdana Menteri lagenda Kanada, Pierre Elliott Trudeau tetapi Sophie tetap memilih tampil sederhana. Bilangan tetamu yang dijemput oleh wanita ini hanya 180 orang sahaja.

Sambut Anniversary Ke-16, FIRST LADY KANADA Ini Tetap Memukau Walau Beli Gaun Kahwin Online  
Foto: Instagram @sophiegregoiretrudeau
Sambut Anniversary Ke-16, FIRST LADY KANADA Ini Tetap Memukau Walau Beli Gaun Kahwin Online  
Foto: Instagram @sophiegregoiretrudeau

Setelah 10 tahun berkahwin baharu suaminya, Justin Trudeau mencolankan diri dalam pilihan raya dan seterusnya menumbangkan Stephen Harper yang telah menjadi Perdana Menteri Kanada selama hampir 10 tahun.

Kisah cinta mereka bermula apabila sama-sama mengacarakan sebuah majlis amal. Namun sebelum itu mereka saling mengenali kerana Sophie Gregoire-Trudeau berkawan dengan adik Justin Trudeau. Bila sudah berjumpa dengan wanita sempurna, Justin Trudeau tidak mengambil masa yang lama, setahun kemudian mereka telah mengikat ikatan pertunangan.

Sambut Anniversary Ke-16, FIRST LADY KANADA Ini Tetap Memukau Walau Beli Gaun Kahwin Online  
Foto: Instagram @sophiegregoiretrudeau
Sambut Anniversary Ke-16, FIRST LADY KANADA Ini Tetap Memukau Walau Beli Gaun Kahwin Online  
Foto: Instagram @sophiegregoiretrudeau

MENGENALI SOPHIE GREGOIRE-TRUDEAU
Pernah bergelar wartawan televisyen dan radio rupanya wanita yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Montreal ini pernah melakukan macam-macam kerja seperti Personal Shopper dan Penyambut Tetamu sebelum bekerja dalam bidang penyiaran.

IKLAN

Sophie Gregoire-Trudeau fasih bertutur dalam 3 bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Sepanyol. Wanita cantik ini juga begitu meminati dunia seni seperti melukis, nyanyian dan bermain gitar. Malah Sophie Gregoire-Trudeau juga gemar menari dan boleh menari jazz, ballet dan tarian Afrika.

IKLAN
Sambut Anniversary Ke-16, FIRST LADY KANADA Ini Tetap Memukau Walau Beli Gaun Kahwin Online  
Foto: Instagram @sophiegregoiretrudeau
Sambut Anniversary Ke-16, FIRST LADY KANADA Ini Tetap Memukau Walau Beli Gaun Kahwin Online  
Foto: Instagram @sophiegregoiretrudeau

Bukan itu sahaja, Sophie Gregoire-Trudeau merupakan guru yoga yang diiktiraf pada tahun 2012. Patutlah bentuk tubuh Wanita Pertama Kanada ini sentiasa menawan walau usianya 46 tahun.

Sophie Gregoire-Trudeau wajar dijadikan inspirasi kerana mempraktikkan gaya hidup sihat dan gemar melakukan aktiviti luar seperti berbasikal, bermain ski dan berkayak. Di samping itu Sophie Gregoire-Trudeau juga giat melakukan aktiviti amal dan memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak.

Sambut Anniversary Ke-16, FIRST LADY KANADA Ini Tetap Memukau Walau Beli Gaun Kahwin Online  
Foto: Instagram @sophiegregoiretrudeau

Penampilannya yang sentiasa sofistikated serta karismanya sebagai seorang wanita penuh pesona. Ramai wanita muda mengagumi ibu kepada 3 orang anak ini kerana telah menyuntik inspirasi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI