AUREL HERMANSYAH

Happy birthday Aurel Hermansyah! Luar biasa sambutan hari lahir isteri Atta Halilintar tahun ini. Iyalah, dengan status suri hati YouTuber terkaya Indonesia sudah tentu suami tercinta memberikan yang terbaik buat Aurel. Alhamdulillah, rezeki dia.

IKLAN

Tanggal 10 Julai lalu merupakan ulang tahun kelahiran Aurel ke-24. Berkongsi sambutan hari istimewa di media sosial, tepat jam 12 tengah malam Aurel menerima kejutan kek hari lahir dan hiasan belon serta bunga-bungaan berwarna ungu yang melambangkan sambutan hari lahir Aurel diadakan di sebuah tempat eksklusif.

Yang pasti, Aurel sama sekali tidak mengetahui rancangan romantis suaminya untuk meraikan detik istimewa mereka di atas kapal mewah Batavi Phinisi. Atta dikhabarkan menyewa kapal mewah berkenaan dan meminta ia dihias dengan rona ungu sebagai kejutan buat isteri tercinta.

Sambut Hari Lahir Atas Kapal Mewah, AUREL HERMANSYAH Terharu Terima Kejutan Birthday Dari Suami!
Credit Instargam @aurelie.hermansyah

Credit Instagram @bataviaphinisi

Ternyata, ia berjaya membuat Aurel menangis bahagia saat tiba di kapal itu. Berlayar di tengah laut pada waktu malam sambil ditemani ibunya, Krisdayanti, ahli keluarga dan kenalan rapat… pasti sambutan kali ini meninggalkan momen indah buat Aurel.

Memetik laporan media Indonesia, Aurel memanjatkan rasa syukur atas segala kurniaan rezeki. “MashaAllah TabarakAllah. Ulang tahun ke-24 benar-benar penuh berkat dan juga bertepatan dengan Aidil Adha. Dan juga suami saya yang luar biasa yang selalu penuh dengan kejutan dan selalu membuat isterinya bahagia.

IKLAN

Terima kasih ya sayang untuk doa, acara ulang tahun yang romantis dan hadiah-hadiah yang buat aku betul-betul terkejut. Betul-betul extra luar biasa.”

Sambut Hari Lahir Atas Kapal Mewah, AUREL HERMANSYAH Terharu Terima Kejutan Birthday Dari Suami!
Credit Instagram @bataviaphinisi
Sambut Hari Lahir Atas Kapal Mewah, AUREL HERMANSYAH Terharu Terima Kejutan Birthday Dari Suami!
Credit Instagram @aurelie.hermansyah

Sebelum ini, Atta pernah memberitahu bahawa isterinya tidak meminta beg tangan atau kereta sebagai hadiah hari lahir. Sebaliknya ada satu perkara yang menjadi impian Aurel sejak dulu.

IKLAN
Sambut Hari Lahir Atas Kapal Mewah, AUREL HERMANSYAH Terharu Terima Kejutan Birthday Dari Suami!
Credit Instagram @aurelie.hermansyah
Sambut Hari Lahir Atas Kapal Mewah, AUREL HERMANSYAH Terharu Terima Kejutan Birthday Dari Suami!
Credit Instagram @aurelie.hermansyah
Sambut Hari Lahir Atas Kapal Mewah, AUREL HERMANSYAH Terharu Terima Kejutan Birthday Dari Suami!
Credit Instagram @aurelie.hermansyah
Sambut Hari Lahir Atas Kapal Mewah, AUREL HERMANSYAH Terharu Terima Kejutan Birthday Dari Suami!
Credit Instagram @aurelie.hermansyah

Lebih istimewa, kek hari lahir yang diberikan Atta kepada Aurel mempunyai kejutan tersendiri kerana diselitkan bersama tiket penerbangan ke Itali. Sebaik menarik keluar kepingan tiket tersebut daripada kek, kelihatan Aurel menjerit keriangan seakan tidak percaya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 April 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta yang dilahirkan pada 22 Februari lepas. Aurel merupakan anak kepada penyanyi Anang Hermansyah dan Krisdayanti.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI