Amboi, tidak ubah seperti pengantin baru. Walhal selebriti cantik Rozita Che Wan dan suami tersayang, Zain Saidin ini sudah pun enam tahun berkahwin. Tapi dari riak wajah kedua-duanya jelas terserlah jiwa mereka yang tetap hangat dilamun cinta. Iyalah, dapat isteri secantik Che Ta mesti Zain tatang isteri tercinta bagai minyak yang penuh. Tambahan lagi, hasil perkongsian hidup selama enam tahun… rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran seorang anak perempuan comel iaitu Aaisyah Dhia Rana.
Bagi Che Ta dan Zain, tanggal 11 Disember merupakan detik terindah yang harus dikenang sepanjang hayat. Demi menghangatkan kembali perhubungan dan rasa kasih, pasangan ini sepakat menyambut ulang tahun perkahwinan keenam mereka tahun ini dengan mengadakan majlis persandingan.
Selain gaun perkahwinan meleret indah dan pelamin yang mewah serta megah, tetamu yang hadir turut diberikan cenderahati kenang-kenangan. Malah, Che Ta sempat mengenakan dua persalinan pada malam sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang bertempat di Royale Palace. Memang meriah!
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Che Ta sekali lagi mengungkapkan ucapan romantis buat suami tercinta. “Bernikah denganmu mungkin adalah jawapan terindah dari Tuhan, atas doa yang paling sederhana dalam setiap tahajudku. Tuhan, aku hanya ingin bahagia bersamanya Zain Saidin.”
Ads
Kongsinya lagi, “Jika kamu mencari sempurna maka itu bukan cinta yang sesungguhnya, mencari cinta sejati bukan hanya menerima segala kelebihannya, namun juga mau menerima segala kekurangan. Thank you sayang menerima segala kekurangan I.”
Pelamin persandingan serba mewah dan indah Zain Saidin dan Che Ta pada malam tersebut adalah ilham kreatif KL Wedding Ministry, barangan kemas yang digayakan pula dari Habib Jewels, door gift dari Najib Bakery dan hand bouquet dari Man Kajang. Zain segak mengenakan tuxedo sementara Che Ta menggayakan dua gaun kembang dari Altelia Amani dan Ambersze. Wajah cantik Che Ta pula pada majlis berkenaan ditata rias jurusolek terkenal di kalangan selebriti iaitu Kasih Cicie.
Ads
Walau meniti usia lewat 40an namun kejelitaan ibu tiga anak ini tetap mempersona. Bahkan ramai yang memuji dan mencemburui kecantikan yang dimiliki Che Ta. Untung Zain. Meskipun 11 tahun berbeza umur dengan Zain tapi Che Ta pandai menjaga penampilan diri agar sentiasa tampil menarik. Yang penting, bukan sahaja untuk keselesaan sendiri tapi juga untuk tatapan suami tercinta.
Ads
Berkongsi foto terbaru sekitar sambutan ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini, Che Ta sambil berseloroh berkata, “Walaupun dah 6 tahun kahwin, perasaan malu dengan suami tetap kena ada. Tu yang dok pulun berbengkong, jaga badan. Kadang kita ni nama kata dah berlaki dah tak jaga penampilan. Dah kena cerai baru la cari salon, telan ubat kurus, lumur lotion. Apa-apa pun yang penting, kena maintain.”
Mengimbas kenangan pernikahan mereka berdua, Zain dan Che Ta disatukan sebagai suami isteri pada 11 Disember 2013 di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam. Che Ta menerima wang hantaran bernilai RM23,200 dan belanja mas kahwin sebanyak RM9,300.
Sumber: Instagram Rozita Che Wan
Kredit foto: Black Pepper Production
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Happy birthday Datin Paduka Eina Azman! 13 Mac lepas merupakan ulang tahun kelahiran wanita Datin Eina yang ke-28. Bukan hanya dikurnia rupa paras cantik, aktres jelita ini juga bertuah kerana mempunyai suami penyayang dan sepasang anak kembar comel.
Moga hari lahir Datin Eina tahun ini memberi 1001 kenangan manis dan rahmat buat seisi keluarga.
Yang pasti, bakat memasak Datin Eina sering dinanti-nantikan peminat. Apa saja video masakan yang dikongsikan pasti meraih ribuan tontonan. Hingga ada yang mencecah jutaan views!
Tidak hairanlah isteri Datuk Paduka Kaiser ini dilantik sebagai duta Maggi Cukup Rasa.
Selain berbakat dalam seni lakonan dan nyanyian, Datin Eina juga menjadikan media sosial miliknya sebagai platform untuk berkongsi aneka resipi terbaharu.
Malah sajian yang disediakan terdiri daripada aneka juadah tradisi dan Barat termasuklah sajian pencuci mulut.
Menariknya, resipi yang dikongsikan Datin Eina mudah dan ringkas. Salah satu video masakan yang meraih tontonan tinggi ialah resipi Sayur Dalca yang menjadi kegemaran suaminya.
“Nak masak Sayur Dalca ni sebenarnya sangat mudah dan bahan-bahan pun tak banyak digunakan. Nak-nak lagi bila menggunakan Maggi Cukup Rasa mesti bertambah-tambah lagi sedap.
Nanti dah try jangan lupa tag Eina ok. Tak yakin sebab tak pernah cuba? Bukalah langkah pertama hari ini. Dari situ kita akan mula belajar tingkatkan kemahiran, baik di dapur atau kehidupan!”
• 3 biji bawang merah (dihiris)
• 5 ulas bawang putih (dihiris)
• Halia sedikit (dihiris)
• 3 sekawan
• 2 sudu makan rempah kari ikan
• 2 sudu makan rempah kari ayam
• Kaki Ayam sedikit
• Asam Jawa secukupnya
• Terung
• Lobak merah
• Ubi Kentang
• Kacang Panjang
• Lada Besar Merah/Hijau (Hiasan)
• 3 sudu makan Maggi Cukup Rasa
• 2 sudu makan gula (optinal)
• Santan Secukupnya
Cara Nak Masak
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan 3 sekawan sampai layu kekuningan.
2. Masukkan serbuk kari ikan, kari ayam dan sedikit air. Masak sampai pecah minyak.
3. Selepas dah pecah minyak boleh masukkan air asam jawa.
4. Boleh masukkan kaki ayam dan masak kaki ayam sampai lembut.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan santan.
6. As always step yang paling penting dalam masakkan Eina, masukan Maggi Cukup Rasa dan sedikit gula untuk balancekan rasa.
8. Masukan ubi kentang, lobak, terung, kacang panjang dan gaul rata.
7. Dan akhir sekali boleh taburkan lada besar merah dan lada besar hijau untuk menjadikan warna lauk lebih menarik. Biarkan mendidih sebentar, bila dah siap boleh dihidangkan.
Datin Paduka Eina bergelar isteri kepada usahawan Dato’ Paduka Kaiser pada 31 Ogos 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang turut meraikan ulang tahun kelahiran pada 19 Februari lepas.
Tanggal 18 April lalu, genap 17 tahun usia Suri Cruise, puteri tunggal Katie Holmes dan bekas suaminya, Tom Cruise. Pada usia 17 tahun, kejelitaan Suri Cruise benar-benar terserlah dan banyak mewarisi kejelitaan ibunya, Katie Holmes.
Umum mengetahui, hubungan Suri Cruise dan Tom Cruise tidak berjalan dengan baik di mana hubungan anak-beranak ini terputus sejak 11 tahun yang lalu. Usai perceraian Tom Cruise dan Katie Holmes, aktor tersebut dikatakan tidak lagi memiliki akses untuk menemui Suri. Pasangan tersebut bercerai pada tahun 2012 yang lalu.
Malah dalam perjanjian perceraian antara Tom Cruise dan Katie Holmes ada menyebut bahawa aktor tersebut bersetuju memberikan sejumlah USD 400 ribu setahun sehingga Suri mencecah usia 18 tahun.
Pada usia 17 tahun, Suri Cruise dikatakan bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan kelibat figura Tom Cruise sebagai seorang bapa tidak kelihatan dalam perjalanan puterinya itu melangkah ke alam universiti.
Malah sumber mengatakan kedua-duanya sudah lama tidak bertemu dan hubungan bapa dan anak itu renggang. Suri Cruise menetap di New York, manakala bapanya menetap di Los Angeles.
Memetik portal Dailymail.co.uk, Katie ingin Suri melanjutkan pelajaran di New York agar sentiasa berada dekat dengan dirinya. Suri sendiri dikabarkan ingin mengambil jurusan fesyen dan mendapatkan sokongan tanpa berbelah bahagia dari ibu tersayang.
Melihat penampilan remaja berusia 17 tahun ini, wajahnya saling tidak tumpah dengan wajah ibunya ketika di zaman remaja. Suri Cruise banyak mewarisi raut wajah Katie Holmes.
Malah bintang berusia 44 tahun itu menjaga diet dan rajin bersenam sebagai sebahagian gaya hidupnya. Katie juga menjaga kulit dengan menyapu bahan pelembap sebagai rutin penjagaan wajah. Katie mengambil pendekatan untuk menjaga kesihatan dari luaran dan dalaman dan meletakkan penggunaan kosmetik secara berlebihan di tempat kedua berbanding penjagaan kesihatan dan pemakanan dalam usaha untuk mengekalkan kecantikan dirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Barangkali saat ini, ramai yang tersenyum indah apabila puas melihat persembahan hebat dari penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung pada 5 dan 6 November lepas. Figura ini sekali lagi mencipta sebuah kejayaan dan momen manis dalam diari seninya apabila konsert Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat maklum balas yang positif.
Pun begitu, penyanyi yang popular dengan lagu Jerat Percintaan itu mengakui tentang kualiti suaranya yang terganggu dek kerana jangkitan Covid-19 yang dialaminya pada Ogos lalu, terutamanya apabila menyanyikan lagu yang bernada tinggi. Menurut sumber dari Utusan Malaysia, Siti mengatakan bahawa dia dalam usaha untuk menjaga kualiti suaranya supaya dapat memberikan yang terbaik kepada seluruh peminatnya.
Bukan sahaja dalam aspek pemakanan, malah Siti turut menjaga stamina tubuh badannya dengan mengikuti kelas Muay Thai serta latihan berenang di rumah. Ternyata penyanyi kesayangan ramai itu tidak menjadikan hal ini sebagai batu penghalang untuk memberi yang terbaik dalam setiap persembahannya.
Buktiya, kesemua 17 lagu yang dipersembahkan selama dua hari di Plenary Hall, KLCC disampaikan dengan cemerlang dan rata-rata peminat yang hadir amat berpuas hati dengan persembahannya itu. Malah gandingan bersama Dato’ Awie juga merupakan sebuah gandingan hebat, menyerlahkan lagi aura konsert tersebut.
Berbicara mengenai Covid-19, ibu kepada penyanyi nombor satu negara ini, Siti Salmah Bachik turut disahkan dijangkiti Covid-19, satu hari sebelum konsertnya berlangsung. Kongsi Siti, biarpun berasa risau dengan keadaannya ibunya itu, namun Siti berasa lega kerana ibunya hanya mengalami gejala ringan seperti sengal badan dan batuk.
“Sebelum konsert berlangsung, mak sempat berikan nasihat dan kata-kata semangat kepada saya untuk memberikan yang terbaik dalam konsert ini,” ujar Siti.
Konsert Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan sebuah usaha untuk mengutip dana bagi Yayasan Nurjiwa.
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.