Sangat Disiplin Masa Berpantang, Ramai Terkejut Tengok Perut HANIS ZALIKHA! Slimnya…

Seriously, terperanjat tengok penampilan terkini Hanis Zalikha yang selamat bersalin anak kedua pada 24 Mei lepas. Baru dua bulan lebih tapi perut sudah kembali ramping. Tak nampak langsung macam orang lepas melahirkan anak. Slimnya! Patutlah ramai yang rasa cemburu dan ‘rendah diri’ bila isteri Hairul Azreen ini upload gambar terbarunya.

Bergelar ibu buat kali pertama ketika melahirkan cahaya mata sulung, Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016… Hanis Zalikha dan suami menerima kehadiran anak kedua mereka yang diberi nama Alisa Aisyah kurang tiga bulan lepas.

Selain berita kelahiran Alisa Aisyah dan wad bersalin eksklusif dan mewah yang didiami Hanis mencuri tumpuan netizen, kali ini usahawan hijab Cakenis, Shade Dough dan Toujours Advanced ini kembali menjadi bualan apabila muncul di khalayak dengan penampilan yang sangat mengagumkan.

Kongsi suami tercinta, “Setelah lama berpantang hari ni buat pertama kali selepas Alisa Aisyah lahir, wife saya Hanis Zalikha keluar rumah. Terima kasih teman saya layan teater novel zaman sekolah menengah Phantom of The Opera.”

Dari pendedahan Hairul ini pun sudah membuktikan betapa komitednya Hanis Zalikha sepanjang tempoh berpantang. Bahkan, menerusi gambar yang dimuatnaik Hanis… si suami sempat meninggalkan komen yang mengagumi semangat isteri untuk kembali sihat dan langsing seperti sebelum ini.

“Satu je nak cakap, disiplin Keknis jaga pantang sangat tinggi!!! Saya jaga diet pun tak sehebat dia. That’s my girl.

Menu berpantang Hanis Zalikha
Bersama cahaya mata kedua, Alisa Aisyah

Selain suami, rakan-rakan artis dan para peminat pun turut memuji penampilan terbaru Hanis. Rata-ratanya mahu mengetahui rahsia ibu dua anak ini kekal langsing!

Meskipun belum berkesempatan untuk berkongsi tip dan petua langsing selepas bersalin, menerusi posting Hanis sebelum ini selebriti berusia 29 tahun tersebut hanya menikmati makan malam sebelum pukul 7 malam. Itu pun salah satu tip untuk dapat tubuh langsing dan sihat!

 

Kredit: Instagram Hanis Zalikha & Hairul Azreen

 

IKLAN
Share