Tak nampak langsung macam usia 40-an. Rezeki Sari Yanti, isteri kesayangan pelawak terkenal Jep Sepahtu yang sentiasa tampil bersederhana dan sopan.
Sambutan Dalam Suasana Penuh Syukur
Baru-baru ini, Sari Yanti yang pernah popular menerusi sitkom Kisah Kaisara menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 tahun.
Pelakon ini berkongsi momen istimewa itu di akaun Instagram miliknya bersama keluarga tersayang.
Sambutan hari lahir Sari Yanti diraikan dalam suasana santai dan sederhana. Walaupun tampil ringkas, pesonanya tetap menyerlah dengan senyuman lembut yang menjadi identiti dirinya sejak dulu.
Renungan
Dalam hantarannya di Instagram, Sari Yanti menzahirkan rasa syukur atas nikmat usia yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Ads
“Bismillahi masya Allah. Alhamdulillah syukur untuk umur yang ke-41 ini.”
Namun di sebalik kegembiraan, dia turut berkongsi perasaan takut dan insaf menyambut usia yang semakin meningkat.
Menurutnya, usia 40-an adalah waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.
Doa & Harapan
“Semakin hari makin rapat dengan kematian. Semoga dengan detik waktu yang berbaki ini Ya Allah dikurniakan pada hambaMu Sari Yanti Mohamad Nazari ini dengan pengakhiran yang husnul khatimah.
Ads
“Moga sihat sejahtera, dikurniakan afiyah di dunia dan akhirat, diampunkan segala dosa, direzekikan dengan anak-anak dan keturunan yang soleh, bahagia dan berjaya fid dunya wal akhirah.”
Sari Yanti dan pelawak terkenal, Jep Sepahtu mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.
Ads
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Dariya Inara (7 tahun), Muhammad Khidir (5 tahun), dan Abu Bakr (4 tahun).
Hasil perkahwinan terdahulu, Sari Yanti mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al-Aliy (15 tahun) dan Baasit Al-Haq (14 tahun).
Pesona Tak Pernah Pudar
Ramai peminat memuji kejelitaan semula jadi Sari Yanti yang kekal menawan walaupun sudah 41 tahun.
Rahsia kecantikannya bukan sekadar pada raut wajah, tetapi juga pada ketenangan hati dan keikhlasan dirinya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu.
Sari Yanti benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai wanita. Dia membuktikan kecantikan sejati datang dari hati yang bersyukur dan jiwa yang sentiasa dekat dengan Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Azura Zainal bukan suatu nama asing dalam bidang pengacaraan. Forte wanita berambut kerinting ini sudah pasti melakukan aktiviti lasak. Umum juga sudah tahu, Azura telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Cristiano Genuino Da Silva, seorang jurulatih seni mempertahankan diri yang berasal dari Brazil. Azura juga telah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel yang telah diberi nama Zeydan Genuino.
Ketika diajukan tentang amalan berpantang yang dilaluinya dengan penuh yakin jawapannya, “Saya mengamalkan cara berpantang secara tradisional. Saya selesa berpantang secara tradisional kerana percaya amalan berpantang dapat memulihkan kesihatan dalaman. Walaupun suami saya bukan orang Melayu tetapi dia menghormati pilihan saya,” jelas Azura sambil tersenyum.
Walaupun sudah lebih 20 tahun telah berkecimpung dalam dunia glamor ini namun Azura Zainal tetap merendah diri dan mudah bekerjasama. Bukan mudah wanita yang berusia 39 tahun ini, kekal relevan sebagai pengacara tetapi atas usaha gigih dan sentiasa menjaga kualiti kerja membuatkan dirinya sentiasa di terima.
Antara kenangan manis yang dikutip adalah semasa membuat rakaman X-plorasi. Salah satu daripadanya adalah sewaktu team kami mendaki Gunung Murud, merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Waktu itu musim hujan, sepanjang pendakian kami basah kuyup, tergelincir, jatuh dari jambatan, tidur dalam hujan. Dalam perjalanan turun pula, kami sepatutnya dijemput di kaki gunung, tetapi disebabkan jalan balak basah dan berlumpur, kereta tak dapat naik jadi kami terpaksa turun berjalan kaki ke kereta yang mengambil masa tambahan 2 jam.
Akhirnya kami sampai ke kereta dekat maghrib, bila naik kereta, tak sampai 10 minit, kereta sangkut dekat lumpur dan akhirnya kami terpaksa balik berjalan kaki ke Apple Lodge. Kami mulakan perjalanan berjalan kaki kami dari jam 8 pagi dan akhirnya sampai ke lodge jam 1.30 pagi keesokan harinya! Ia merupakan suatu pengalaman indah buat saya.
Alhamdulillah sampai sekarang rezeki saya dalam bidang pengacaraan tidak putus-putus. Kini saya lebih kepada rancangan yang berbentuk pengembaraan (travel and adventure). Ini merupakan penjenamaan saya kini kerana ia adalah bentuk rancangan yang benar-benar dekat dengan hati saya,” bicara Azura sambil tersenyum.
Menurut ibu kepada seorang putera ini, pada tahun ini selain daripada meneruskan penggambaran program X-plorasi yang bakal berlangsung selama 13 Hari, beliau juga berharap mahu menghasilkan sebuah program televisyen. “Tahun ini saya tetap akan meneruskan tugas sebagai pengacara majlis dan saya juga mahu menumpukan perhatian kepada Social Enterprise yang baru diwujudkan 4 bulan yang lalu.
Dengan nama OpiS, saya ingin mencabar kebiasaan bagaimana kita nak dapatkan keseimbangan kehidupan. Terdapat tiga komponen dalam OpiS, iaitu, OpiSTunity, OpiS Community dan OpiSKu. Tahun 2019 kami akan beri fokus kepada OpisTunity apabila kami jalankan latihan dan bengkel untuk syarikat korporat, keluarga, anak-anak muda, golongan B40 serta kanak-kanak. Tujuannya adalah supaya kita melahirkan keluarga yang lebih bahagia dan komuniti yang lebih penyayang,” jelas ibu kepada Zeydan Genuino ini penuh pengharapan.
Trivia Azura Zainal
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya hampir seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia merafakkan syukur apabila penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melahirkan seorang puteri, 19 Mac lalu.
Berkat doa, penantian dan usaha mendapatkan zuriat yang tak berhenti-henti, pasangan ini akhirnya menerima berita gembira selepas 11 tahun bersabar. Nona terkenang kata-kata Dato’ Sri Siti semalam, katanya kalau dia menunggu 11 tahun, suaminya pula menunggu 18 tahun untuk mendapatkan seorang anak perempuan!
Nona turut bertuah menerima undangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza seisi keluarga bagi meraikan majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik yang diadakan secara tertutup di kediaman mereka, malam tadi.
Selain wajah Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri, perhatian Nona malam tadi tercari-cari sosok tubuh ibunya iaitu Siti Salmah Bachik. Dari awal majlis hingga ke penghujung acara, akhirnya kesempatan ingin menyapa ibu penyanyi paling popular di Malaysia ini tercapai jua.
Ramah seperti biasa, ibu Dato’ Sri Siti yang tak pernah lekang dengan senyuman turut menyatakan kesyukurannya terhadap kelahiran Siti Aafiyah. “Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi. Penantian Siti selama ni tak sia-sia,” jawabnya sambil tersenyum mesra.
Kesempatan berbual ringkas, sedikit harapan beliau sempat dirakamkan buat tatapan peminat.
Bertuah sungguh Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana sepanjang menjalani tempoh berpantang, beliau ditemani oleh ibu sendiri dan ibu mertuanya di rumah.
Meskipun mengambil pakej penjagaan selepas bersalin oleh Natalis Mother Care, namun perhatian dua ibu kesayangan beliau ini menambah semangatnya untuk menjaga anak tersayang.
Bercakap kepada media, beliau turut berkongsi pengalaman pertama melahirkan Siti Aafiyah yang baru genap tujuh hari dilahirkan.
Dalam video ni, nampak tak riak wajah ibu Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang betul-betul cemas? Rasanya semua ibu-ibu pun turut merasakan debar yang sama kalau anak perempuan bersalin, kan?
“Sebenarnya waktu bersalin tu, saya banyak kehilangan darah atas sebab-sebab kesihatan. Walau bagaimanapun situasi mencemaskan tersebut berjaya diatasi oleh pakar perubatan. Selepas 3 hari, saya dah cuba berjalan perlahan-lahan walaupun masih terasa sakitnya,” ujar beliau sambil menetapkan tempoh 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.
Cabaran setakat ini? “Of course untuk susukan Aafiyah. Bukan senang, tapi bila mengingatkan semula bagaimana ibu saya berjaya membesarkan lapan orang anaknya, saya bersemangat balik.
Saya juga banyak dibantu oleh menantu, Tya Ariffin yang sampai sekarang masih menyusukan Arif. Dialah yang rajin ingatkan saya, bangun 2 jam sekali, cara mengepam susu, beritahu makanan untuk tambah susu dan macam-macamlah!
Jujurnya hari ni pun saya dapat tidur 3 jam jer. Aafiyah ni jenis tidur siang tapi bangun malam. Eye bag saya jangan tengoklah! Tapi takpe, saya percaya kalau kita tekad nak beri susu badan, memang kena banyak berkorban. Semua ini saya buat kerana Allah.
Harapan saya semoga diberi kekuatan melalui waktu berpantang ni dengan sebaik mungkin. Saya dan suami juga kalau boleh mahukan Aafiyah hidup normal macam budak-budak lain.
Tak perlu glamor sangat walaupun saya tahu tentu susah sebab ibunya penyanyi. Apa pun jika ada perancangan untuk Aafiyah, semuanya di atas perbincangan saya dan suami dulu,” terus terang Dato’ Sri Siti yang mahu dipanggil Ibu oleh anaknya nanti.
MERIAH
Kehadiran Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri antara tetamu kehormat yang sudi menyerikan acara marhaban dan bertahnik yang diadakan, selain kaum kerabat dan sahabat handai.
Kegembiraan pasangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut diraikan dengan pengumuman nama puteri kesayangan mereka, Siti Aafiyah Binti Khalid, genap tujuh hari dilahirkan.
Nama Siti Aafiyah dipilih kerana nama itu cukup indah daripada segi maknanya. “Nama ini saya dapat ketika menunaikan umrah. Saya dapati nama itu sering disebut dalam doa dan dipilih berdasarkan doa diajar Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas yang bertanya apakah doa terbaik untuk dibaca.
Dalam doa itu ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup. Berpandukan itu, saya namakan anak saya Siti Aafiyah,” kata Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Sejak dilahirkan, puteri sulung itu dipanggil ‘Fatimah Az-Zahra’, sempena nama anakanda Nabi Muhammad. Dato’ Sri Siti melahirkan bayi sulung secara pembedahan pada jam 8.17 pagi, Isnin lalu. Berita kelahiran si ‘Comel Pipi Merah’ itu disambut riang peminat yang menanti detik bersejarah itu.
Ketika ini, Siti sedang fokus menjalani tempoh berpantang sebelum dijangka kembali aktif menjelang akhir tahun ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Istiadat Perkahwinan di antara YTM Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan Che Puan Sofie Louise Johansson pada 19 April lalu disambut penuh syukur oleh setiap rakyat.
Semenjak berita perkahwinan pasangan ini, penampilan Che Puan Sofie sering menjadi tumpuan. Sering tampil manis dalam persalinan baju kurung dan bertambah cantik dengan lilitan selendang di atas kepala menjadi pujian setiap mata yang memandang.
Sikap lemah lembut dan sopan-santun Che Puan Sofie juga benar-benar memikat. Kini setelah enam bulan berkahwin Che Puan Sofie telah mengambil keputusan mendalami ilmu agama dan mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Kongsi Che Puan Sofie di laman Instagramnya, “Very excited to start studying at Universiti Malaysia Kelantan (UMK). InshaAllah, will complete the Bahasa Malaysia and the Islamic courses,” coret Che Puan Sofie yang aktif di laman Instagram dengan jumlah pengikut 66.8 ribu (setakat artikel ini ditulis).
Suami Che Puan Sofie, YTM Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra merupakan Canselor universiti tersebut. “UMK is a public university. The first students were enrolled with the commencement of the June 2007 semester. Chancellor Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Mahkota Kelantan,” tambah Che Puan Sofie lagi.
Che Puan Sofie yang berasal dari Sweeden ini khabarnya mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi. Cik Puan Sofie dilahirkan pada 6 Jun 1986 dan membesar di Linköping, bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.
Tengku Mahkota Kelantan pula diputerakan pada 20 Januari 1974 di Istana Kota Lama, Kota Bharu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail Petra II sebelum meneruskan pengajian di Oakham School, London di peringkat sekolah menengah.
Apa yang pasti, Che Puan Sofie bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata. Malah, Che Puan Sofie juga gemar memasak seperti yang sering dikongsi di laman media sosialnya. Che Puan Sofie juga aktif berbasikal dan pandai menjahit.
Sumber & foto: Instagram @ljo_
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun sudah setahun berlalu namun pemergian isteri tercinta ke rahmatullah masih meninggalkan kesan mendalam terhadap Ridz Okumura sampai ke hari ini. ‘Kehilangan’ Allahyarham Akiko Okumura pada 28 Februari 2025 bukan hanya mengejutkan warga maya yang sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial suami, Ridz Okumura.