Perkongsian Sari Yanti bersama anak sulungnya iaitu Barr Al Aliy di media sosial menarik tumpuan ramai. Aktres jelita yang berdiri di samping anak tersayang itu kelihatan awet muda hingga ramai melihat ibu dan anak ini seperti kakak dan adik!
IKLAN
Memuat naik gambar Barr Al Aliy yang lengkap berpakaian akademik dengan berjubah dan mortarboard, Sari Yanti turut memberitahu anaknya itu bakal memasuki persekolahan menengah tidak lama lagi.
Lebih manis, Barr menerima pengiktirafan akademik. Dedah Sari Yanti, “Kejap je dah nak Tingkatan 1. Dia dapat anugerah hari ni. Anugerah Kecemerlangan Akademik. Tahniah anak mama. Syukur alhamdulillah. Rabbi Habli Minassholihin.”
Kredit Instagram @sariyantiKredit Instagram @sariyantiKredit Instagram @sariyantiKredit Instagram @sariyanti
Yang pasti, perkongsian berkenaan meraih ratusan ribu likes dan rata-rata followers serta rakan artis turut mengucapkan tahniah. Selain mendoakan kejayaan Barr Al Aliy agar menjadi anak yang soleh.
Dalam pada itu, Sari sebelum ini turut menitipkan ucapan terindah buat semua anak tersayang di media sosial miliknya.
“Semoga Barr Al Aliy, Baasit Al Haq, Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr membesar menjadi anak yang soleh dan membawa kabaikan pada semua. Semoga kita semua Allah swt rahmati, dalam redha dan kasih sayangNya selalu.
IKLAN
Semoga yang belum punya zuriat dikurniakan zuriat yang soleh satu hari nanti.”
Barr Al Aliy merupakan anak Sari Yanti bersama bekas suami iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin. Selain Barr, Sari turut mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan tersebut, Baasit Al Haq yang bakal berusia 12 tahun.
Kini Sari Yanti ialah isteri kepada pelawak, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin pada 25 Februari 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan membenarkan anak bongsu pengasas kosmetik Dnars Skincare, Qaseh Khadija Ahmad Rizal Shah tinggal bersama kakak, nenek dan ibu saudara.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Zaini Sulaiman, selepas Qaseh Khadija, 10, menerusi sesi pertanyaan di kamar memilih untuk tinggal bersama kakaknya, Irdiena Hakim Jasman, 20, nenek, Khatijah Mirdin, 71 serta ibu saudara, Faradilla Rohban Ahmad, 36.
Memetik Berita Harian Online, peguam yang mewakili plaintif, Naimah Saupi, berkata prosedur hari ini dibuat berdasarkan permohonan pihak plaintif yang memohon mahkamah memerintahkan defendan kemukakan Qaseh Khadija bagi pertanyaan di kamar hakim.
“Keputusan agak mengejutkan apabila Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama kakak, nenek serta ibu saudaranya di kediaman ibunya, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.
“Kediaman itu sudah serasi dengan Qaseh Khadija di mana mereka membesar sejak kecil di rumah berkenaan.
“Kini hak penjagaan Qaseh Khadija sudah berpindah kepada kakak, nenek serta ibu saudaranya dan kita akan mengadakan perbincangan dengan peguam defendan berhubung hak lawatan. Mereka masih boleh berjumpa seperti sedia kala dan kita tidak mahu silaturahim antara anak dan bapa terputus.
“Alhamdulillah keputusan hari ini satu rahmat buat keluarga plaintif,” katanya ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan, anak perempuan pengasas kosmetik Dnars Skincare memfailkan tuntutan hadhanah terhadap adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan.
Tuntutan itu dibuat oleh Irdiena Hakim Jasman, Khatijah dan Faradilla Rohban sebagai plaintif yang diwakili peguam, Naimah dan Shaharuddin Mohamed, manakala Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, sebagai defendan.
Mereka memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) terhadap Qaseh Khadija yang juga adik bongsu kepada Irdiena Hakim.
Sementara itu, Irdiena Hakim meluahkan rasa syukur apabila adiknya membuat keputusan untuk tinggal bersamanya.
“Tiada kata-kata yang dapat saya gambarkan apabila selepas beberapa tahun dipisahkan dengan adik, akhirnya Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama saya.
“Sebaik Qaseh Khadija membuat keputusan, saya terus berlari memeluk Qaseh Khadija di kamar hakim kerana terlalu gembira,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online
Peguam yang mewakili plaintif, Naimah Saupi, berkata prosedur hari ini dibuat berdasarkan permohonan pihak plaintif yang memohon mahkamah memerintahkan defendan kemukakan Qaseh Khadija bagi pertanyaan di kamar hakim.
“Keputusan agak mengejutkan apabila Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama kakak, nenek serta ibu saudaranya di kediaman ibunya, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad di Pasir Pekan.
Saat penulis mengatur pertemuan dengan ahli perniagaan ini, penulis begitu kagum melihat komitmen yang diberikan untuk menjayakan sesi fotografi ini. Mana tidaknya, persiapan rapi termasuklah dari segi pemilihan pakaian, solekan dan gaya rambut amat dititikberatkan bukan sekadar untuk kelihatan cantik, malah memberi keselesaan untuk semua pihak bekerjasama dengannya.
Menyentuh soal gaya hidup, Linda percaya hobi yang dimiliki oleh setiap individu mampu menyumbang kepada kepuasan daripada segi sense of well being seseorang untuk mendapatkan titik keseimbangan antara kerja dan kehidupan seharian.
Malah, ketika bercerita mengenai hobi yang menjadi pilihannya, penulis tidak menyangka wanita yang anggun dan ayu ini sebenarnya amat meminati aktiviti lasak iaitu menunggang motosikal berkuasa tinggi.
“Siapa sangka aktiviti lasak yang saya gemari ialah menunggang motosikal berkuasa tinggi. Saya amat menggemari menunggang motosikal Harley Davidson. Bayangkan, dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson telah membawa saya menunggang sehingga ke Amerika. Faktor cuaca, keadaan muka bumi dan sebagainya perlu diambil kira sepanjang perjalanan tersebut tetapi ia bukanlah penghalang untuk meneruskan misi.
Pada pandangan saya, aktiviti bermotor ini mengajar saya untuk lebih disiplin dan cekal apabila berdepan dengan cabaran,” ujar Linda ternyata amat teruja bercerita mengenai pengalaman berharganya itu.
Melihat penampilannya, penulis harus memberi pujian melihat bagaimana wanita ini bijak tampil bergaya walaupun memilih kerjaya yang didominasi oleh kaum lelaki. Bagi Linda, sebagai seorang wanita, sense of fashion yang dimilikinya banyak dipengaruhi dari melihat ikon fesyen lagenda, Audrey Hepburn.
“Saya sememangnya amat menggemari gaya yang ditampilkan oleh Audrey Hepburn. Gaya penampilan yang minimalis tetapi tetap menampilkan imej elegan menggemarkan seseorang itu tampil penuh gaya dan tidak pernah luput di telan zaman. Saya bukanlah seorang wanita yang terlalu mementingkan jenama kerana pada pandangan saya setiap jenama mempunyai kelebihan dan tarikan tersendiri. Saya lebih cenderung dengan gaya sofistikated namun timeless,” ujarnya lagi.
“Saya juga gemar melancong ke tempat-tempat menarik sama ada di dalam mahupun di luar negara. Aktiviti melancong ini dapat membuka minda dan persepsi terhadap gaya hidup serta budaya masyarakat yang berbeza di samping memperolehi pengalaman baharu. Ini merupakan detik di mana saya dapat mempelajari tentang budaya, idea, bahasa, fesyen dan sebagainya dari pelbagai golongan masyarakat dan etnik di serata dunia. Benar kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan,” ujar Linda yang gemar melancong bersama rakan-rakan karibnya.
Sebelum mengakhiri perbualan, beliau yang menjadikan Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid sebagai wanita adi wira dan idolanya kerana kagum melihat bagaimana beliau mampu bersaing di dalam industri keselamatan yang sekian lama didominasi kaum lelaki.
“Bukan calang-calang wanita mampu melakukan apa yang beliau lakukan selama ini. Kejayaan beliau menjadi dorongan untuk saya menguatkan semangat dan mencuba sebaik mungkin dalam bidang yang saya ceburi. Tiada yang mustahil untuk dilakukan oleh kaum wanita jika mempunyai keazaman dan usaha tanpa jemu untuk terus maju. Wanita mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan kehebatan wanita terletak pada keazaman yang tinggi dalam diri mereka untuk mencapai kejayaan. Saya yakin berkat usaha dan tawakal pasti kejayaan bakal menyusul,” ujar Linda seraya mengakhiri perbualan.
Rezeki Tuhan itu luas. Jika tiada rezeki anak hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Selama mana pun kita menunggu, berikhtiar dan setialah menanti zuriat daripada-Nya.
Peminat seni masih lagi teruja dengan berita kehamilan Dato’ Siti Nurhaliza. Selepas tiga kali menjalani proses IVF dan entah berapa banyak usaha yang pernah dilakukan, akhirnya Tuhan mengurniakan anugerah terindah pada ulang tahun perkahwinannya yang ke-11.
Hakikatnya ramai pasangan yang berkongsi nasib serupa dengan penyanyi No. 1 negara itu. Reda dan pasrah atas ketentuan Ilahi, tapi pada masa yang sama tetap berusaha menanti kehadiran cahaya mata.
Antara ikhtiar tradisional yang selalu dibuat ialah berurut membetulkan peranakan dan memakan buah zuriat. Namun peluang masih lagi kabur jikalau terdapat masalah perubatan lain yang belum diselesaikan.
Apakah punca masalah kesuburan ini? Nona mendapatkan penjelasan Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Pakar Regency, Dr. Thokha Muhammad berkaitan hal ini.
============================================
Dianggarkan tidak kurang dari 15% daripada jumlah penduduk dunia yang tidak subur atau mandul. Keadaan yg sama juga berlaku di Malaysia. 30% kemandulan adalah berpunca daripada suami, 30% daripada isteri, 30% daripada kombinasi suami dan isteri dan 10% adalah dari punca yang tidak diketahui.
Mujurlah rawatan kesuburan pada hari ini tidak lagi serumit dahulu. Jika sebelum ini, rawatan kesuburan banyak tertumpu kepada mencari punca kenapa seseorang itu tidak mampu hamil. Banyak masa yang dihabiskan.
Walaupun akhirnya mungkin punca diketahui, tetapi penantian yang begitu lama menyebabkan kebanyakan pasangan berputus asa dan tidak meneruskan dengan rawatan.
PUNCA KEMANDULAN
Kualiti sperma yang rendah (oligospermia) atau tiada (azoospermia).
Endometriosis.
Fibroid.
Tiub fallopian tersumbat.
Sindrom ovari polisistik.
Secara asasnya, seorang wanita tidak hamil kerana ovum (benih wanita) dan sperma (benih lelaki) tidak dapat berjumpa.
Pada sesi pertama di klinik, beberapa perkara rutin akan dijalankan seperti mengetahui sejarah ringkas berkenaan kemandulan, ujian analisis sperma, pemeriksaan ultrasound pelvis untuk memastikan tiada unsur-unsur seperti sista ovari, fibroid atau hydrosalphine (tiub yang bengkak/tersumbat yang boleh menjejaskan kesuburan wanita) serta ujian darah untuk hormon-hormon tertentu.
SYARAT HAMIL
Suami mempunyai sperma dan hidup.
Wanita mempunyai ovari yang mampu menghasilkan telur/ovum.
Wanita mempunyai rahim yang mampu membesarkan janin.
Pasangan akan diterangkan bahawa terdapat tiga kaedah rawatan kesuburan dengan kos dan kadar kejayaan yang berbeza.
Ketiga-tiga kaedah bermula daripada permulaan yang sama iaitu rangsangan ovari untuk membesar dan mematangkan telur. Setelah ia tercapai, pasangan yang dirawat boleh memilih kaedah rawatan yang diingini.
(1) Kaedah Natural (Peluang 5-10%)
Keadaan untuk mencapai kehamilan dilakukan dengan cara merangsang ovari untuk menghasilkan beberapa telur/ovum yang kemudian dimatangkan dan ditetaskan. Pasangan akan dimaklumkan untuk bersama pada waktu subur supaya seks secara semula jadi agar peluang untuk hamil lebih tinggi.
(2) Kaedah Separa Natural atau Permanian Berhadas/Intrauterine Insemination (IUI) (Peluang 10-20%)
Ovari dirangsang untuk membesar dan mematangkan beberapa biji telur. Penetasan telur akan dirancang. Sperma suami diproses dan diolah, kemudian di deposit ke dalam rahim isteri dengan harapan sperma dapat berenang ke dalam tiub fallopian untuk bertemu dengan telur/ovum.
Persenyawaan berlaku di dalam tiub fallopian. Embrio yang terbentuk akan digerakkan ke dalam rahim untuk tujuan implantasi.
(3) Kaedah Artifisial atau Bayi Tabung Uji/In vitro Fertilisation (IVF) (Peluang 50-60%)
Sperma dan ovum disenyawakan di luar dan kemudian dimasukkan semula ke dalam rahim untuk dibesarkan. Keseluruhan proses natural sebelum proses implantasi akan dilangkau (bypass). Rawatan dimulakan pada hari ke-2 haid. Suntikan hormon setiap hari di lemak perut (seperti suntikan insulin) selama 10 hari.
Telur yang matang akan disedut menggunakan jarum melalui faraj dengan bantuan ultrasound. Kaedah ini dilakukan dengan bius sepenuhnya.
Telur yang matang akan disenyawakan dengan sperma di makmal dan diinkubasi pada suhu 37 darjah Celsius. 2 hari kemudian, 2-3 embrio yang terbentuk akan dimasukkan semula ke dalam rahim. Embrio yang selebihnya akan dibekukan untuk kegunaan akan datang.
PELUANG
Hakikatnya tanpa rawatan, terdapat 15 pasangan bagi setiap 100 pasangan yang tidak akan berpeluang mendapat zuriat. Ini adalah satu jumlah yang besar.
“Kita beruntung hidup pada zaman di mana rawatan kesuburan adalah serba canggih dan mampu memberi kejayaan yang tinggi. Pada suatu ketika dahulu, rawatan IVF tidak mungkin dapat dikecap oleh kebanyakan pasangan kerana kosnya yang terlalu tinggi,” ujar Dr. Thokha.
Pada masa kini, dengan kos di antara RM15,000 ke RM20,000, kebanyakan pasangan berpeluang mendapat zuriat yang dinanti-nantikan. Secara logiknya, jika kos bukan menjadi penghalang, IVF sepatutnya menjadi pilihan utama bagi setiap pasangan.
IVF yang dilakukan oleh pasangan muda akan memberikan kejayaan yang lebih tinggi kerana embrio yang terbentuk berkualiti tinggi berbanding dengan pasangan yang lebih lanjut usia.
Embrio muda yang dibekukan boleh digunakan berulang kali dengan kejayaan yang tinggi dan dengan kos yang lebih rendah pada masa yang akan datang.
Untuk mengulangi prosedur IVF menggunakan embrio yang telah dibekukan, kos menjadi lebih murah (sekitar RM5,000). Dengan kejayaan 50-60%, setiap pasangan yang menggunakan kaedah ini kebanyakannya akan berjaya hamil.
Diharap apabila kaedah IVF suatu ketika nanti sudah menjadi pilihan utama pasangan untuk mendapat zuriat, kemandulan akan dapat dirawat sepenuhnya dan hampir setiap pasangan akan berpeluang mendapat anak. Norzalina Mohd Alias
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...