Saat pertama kali pelakon terkenal Intan Ladyana atau nama sebenar, Intan Nurladyana Muhammad Yahaya, 40, memuat naik sebuah gambarnya memakai hijab di laman Instagram pada Oktober lalu, ramai yang teruja dengan perubahan imejnya itu. Malah, di ruangan komen pula, dihujani dengan  tidak doa agar pelakon yang pernah membintangi filem Adnan Sempit Sawadikap ini kekal istiqomah dengan imej terbarunya itu.

IKLAN

“Saya Harus Lebih Selektif”- Bawa Imej Berhijab, INTAN LADYANA Jaga Batasan Dalam Lakonan

Tampil cantik berhijab dengan menyarungkan rekaan songket rekaan Lumiere Concept di Festival Filem Malaysia ke-32 yang baru sahaja melabuhkan tirai, penampilan Intan mendapat tumpuan lensa kamera dan  menjadi bahan bualan netizen apabila tampak ayu dengan imejnya itu. 

Berbicara mengenai penghijrahannya itu, isteri kepada pelakon Hariss Aliff ini menyatakan bahawa dia perlu menjadi lebih peka dan memilih dalam menerima tawaran berlakon. Hal ini kerana, perubahan imejnya harus selari dengan jenis watak yang akan dilakonkan.

“Saya Harus Lebih Selektif”- Bawa Imej Berhijab, INTAN LADYANA Jaga Batasan Dalam Lakonan

Bagi saya, tidak ada apa-apa isu sekiranya saya bersifat selektif kerana kebanyakkan artis hari ini sudah memakai hijab dan banyak yang menerima tawaran berlakon. Jadi, saya tidak menjadikan itu sebagai halangan.

“Saya Harus Lebih Selektif”- Bawa Imej Berhijab, INTAN LADYANA Jaga Batasan Dalam Lakonan

Menurutnya, dia bukan sahaja harus memilih tawaran berlakon kerana perubahan imejnya itu, malah juga disebabkan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu yang semestinya mempunyai batasan.

IKLAN

“Saya Harus Lebih Selektif”- Bawa Imej Berhijab, INTAN LADYANA Jaga Batasan Dalam Lakonan

Apabila disoal mengenai perkembangan rumah tangganya, Intan teruja menyatakan bahawa segalanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Malah, banyak perkara yang dipelajari sejak dikurniakan puteri sulungnya, Eviee Khadeeja.

IKLAN

Banyak benda yang saya belajar walaupun selama ini saya ingat saya dah tahu, setiap hari pasti ada benda baru yang saya belajar. Semuanya baik-baik belaka.

Sekadar info, pasangan Intan dan Harris mendirikan mahligai cinta bersama pada 5 Februari 2021 di Kuala Lumpur. 

Sumber: XTRA

Sumber gambar: Instagram Intan Ladyana

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI