Kelunakan suara penyanyi tersohor Indonesia, Ruth Sahanaya berjaya memukau seluruh peminat yang hadir pada Konsert Fabulous Friday yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Jumaat lepas. Konsert yang diadakan selama dua jam itu cukup jelas memperlihatkan tentang kualiti seorang bintang yang masih kuat dalam diri penyanyi ini.

IKLAN

“Saya Menangis Teringatkan Mama”- Sebak Menyanyi Di Konsert, RUTH SAHANAYA Rindukan Ibu

Sepanjang konsert itu berlangsung, Ruth yang kelihatan menawan dan eksklusif dalam rekaan gaun labuh rona keemasan tersentuh hati apabila mendendangkan sebuah lagu tentang ibunya. Lagu Thankful yang dialunkan dengan penuh penghayatan dan emosi itu menjadikan suasana konsert ketika itu berubah sayu.

Saya menangis saat menyanyikan lagu itu kerana teringatkan mama. Lagu Thankful itu sendiri saya anggap seperti luahan rasa terima kasih kepadanya di atas segala jasa dan pengorbanan yang dilakukannya.

“Saya Menangis Teringatkan Mama”- Sebak Menyanyi Di Konsert, RUTH SAHANAYA Rindukan Ibu

Tambahnya lagi, berkat didikan yang diberikan oleh orang tuanya terutamanya ibu yang menjaganya menjadikan Ruth berjaya hingga ke harini. 

Berbicara mengenai kejayaan konsertnya, Ruth atau lebih mesra dengan panggilan Uthe tersenyum lebar tanda berpuas hati kerana dapat menghiburkan peminat-peminatnya yang tidak lelah memberi sokongan dalam kariernya sebagai seorang penyanyi. Malah, beberapa artis Malaysia juga turut hadir untuk menyaksikan kehebatan penyanyi dari Indonesia ini. Antara yang hadir adalah Datuk Sheila Majid, Datin Seri Camelia, Noryn Aziz dan Misha Omar.

“Saya Menangis Teringatkan Mama”- Sebak Menyanyi Di Konsert, RUTH SAHANAYA Rindukan Ibu

IKLAN

“Saya Menangis Teringatkan Mama”- Sebak Menyanyi Di Konsert, RUTH SAHANAYA Rindukan Ibu

Selain mendendanglan barisan lagunya yang popular seperti Satu, Seputih Kasih, Merenda Kasih, Astaga, Selamanya, Memori dan Kaulah Segalanya, Ruth juga turut memeriahkan konsertnya dengan menyanyikan empat buah lagu dari penyanyi popular Krisdayanti, Datuk Seri Rossa, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Sheila secara medley.

IKLAN

Kejayaan Konsert Fabulous Friday yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) lepas dibawakan oleh Shiraz Projects menerusi siri konsert Fabulous Friday.

Sumber: Berita Harian 

Sumber gambar: Instagram Ruth Sahanaya

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI