‘Work hard in silence, let your success be your noise..’ kata-kata inilah yang menjadi pegangan buat si cantik Nazeera Sardi yang merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi.
Dalam usia 33 tahun Nazeera kini sudah pun bergelar usahawan produk kecantikan jenama sendiri iaitu Zeyra Beauty yang diusahakan sejak empat tahun lalu di samping label pakaian, Zeyra by Nazeera Sardi. Dan yang terbaharu ialah Zeyra Cosmetics serta Food Lab By Nazeera. Ini telah membuktikan bahawa semangat bisnes artis jelita ini sangat tinggi!
Selain itu, penulis juga kagum dengan usaha serta semangat Nazeera dalam mengejar impiannya untuk bergelar artis yang berpendidikan tinggi. Bagi Nazeera Allah SWT telah mengurniakan rezeki buatnya lebih kepada bisnes dan pendidikan.
Sebelum berada di tahap sekarang Nazeera terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang apabila perlu melakukan lima kerja dalam satu masa iaitu sebagai pelajar, pelakon, penyanyi, pengacara serta usahawan fesyen dan produk kecantikan. Ternyata, Nazeera sememangnya seorang artis yang serba boleh. Salute!
IBU WANITA TERHEBAT
“Salah satu sebab saya sambung belajar juga adalah untuk membahagiakan dan menggembirakan mak saya, Siti Nginah. Walaupun saya anak bongsu, saya tak akan pernah berhenti untuk melihatnya gembira. Setiap apa yang saya lakukan hanyalah untuk mak. Ayah pula dah lama meninggal dunia.
Mak adalah wanita inspirasi dan terhebat dalam hidup saya. Sejak kecil saya kagum sangat dengan mak. Selain rajin berniaga secara kecil-kecilan, mak juga memiliki semangat yang kuat dan tegas untuk melihat anak-anaknya berjaya walaupun dirinya bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi,” luah Nazeera.
Ads
RAPAT DENGAN ADIK BERADIK
“Keluarga saya memang meriah sebab ramai. Anak buah seramai 24 orang. Sejak kecil hubungan saya dengan adik beradik macam isi dengan kuku. Saya mempunyai seorang abang dan enam orang kakak.
Saya paling rapat dengan kakak nombor tujuh, Samiah. Beza usia kami dua tahun dan kami tinggal bersama. Kami berkongsi minat yang sama iaitu gemar memasak dan menyanyi. Selain itu, kami juga banyak persamaan dari segi karakter antaranya rajin berdikari dan happy go lucky.
Kalau ada sebarang aktiviti atau majlis kami akan pergi bersama. Susah senang pun kami lalui bersama. Adik beradik sentiasa menjadi penyokong setia saya walau apa jua keadaan. Mereka sentiasa percaya dengan kebolehan saya dan tak pernah memandang rendah,” ungkap Nazeera yang mengamalkan makan buah buahan, sayuran serta air kosong untuk kekal cantik dan sihat.
Ads
GRADUAN IJAZAH SARJANA
Oktober 2018 menjadi detik paling manis apabila Nazeera berjaya memperoleh Master Pentadbiran Perniagaan (MBA) pengkhususan pemasaran daripada Putra Business School Universiti Putra Malaysia.
“Waktu ini saya betul-betul struggle sampai kerap menangis kerana terlalu tertekan untuk melunaskan lima kerja dalam satu masa. Saya juga pernah hampir putus asa kerana badan dan otak terlalu penat. Namun saya kuatkan semangat dan yakin, kalau orang lain boleh buat kenapa saya tidak?
Alhamdulillah akhirnya saya berjaya. Sesungguhnya, tiada kemanisan dalam kejayaan tanpa pengorbanan dan air mata. Lagi pun memang dah niat saya sejak dulu untuk sambung belajar. Secara tak langsung dengan ilmu yang diperolehi dapatlah saya apply dalam bisnes.
Ads
Nasihat saya kalau inginkan sesuatu, kalau kita betul-betul bersemangat dan positif segalanya tak mustahil. Kita pasti boleh buat. Setiap kali bangun pagi saya dah set di fikiran, hari ni mesti positif! Walaupun sedang penat atau rasa down kena bangun juga..saya paksakan diri,” kongsi Nazeera yang mengimpikan untuk memiliki beauty house sendiri suatu hari nanti.
Sekiranya anda peminat filem-filem Bollywood klasik era awal 20-an, sudah pasti anda sudah menonton filem romantik seram Kasoor yang suatu ketika dulu cukup popular ditambah pula dengan lagu-lagunya yang cukup mendayu dan mengalun rasa. Gandingan pertama dan terakhir pelakon kacak Aftab Shivdasani bersama pelakon jelita Lisa Ray arahan Vikram Bhatt itu juga mendapat reviu positif dari pengkritik filem malah sukses dari hasil kutipannya.
Namun sudah agak lama kita tidak mendengar khabar berita dari pelakon utama wanita filem Kasoor, Lisa Ray yang dilihat tidak lagi berlakon dalam mana-mana filem Bollywood selepas kali terakhir muncul dalam filem tersebut.
Sebelum memulakan karier sebagai pelakon, Lisa yang lahir di Kanada itu merupakan seorang model sebelum membuat debut dalam filem Kasoor. Walaupun tidak mampu bercakap dalam Bahasa Hindi, namun persembahan Lisa mendapat perhatian walaupun ketika filem tersebut suaranya dialih suara menggunakan suara pelakon Divya Dutta. Namun apa yang terjadi pada Lisa?
Penampilan Lisa terkini yang kekal jelita dan menawan di usia 50 tahun.
Walaupun kekal aktif dan terlibat dengan projek-projek kecil selepas filem Kasoor, khabarnya Lisa masih lagi aktif di media sosial malah penampilannya tetap anggun di usia 50 tahun.
Sukar untuk dipercayai rupa-rupanya pada tahun 2009, Lisa didiagnos dengan kanser darah myeloma. Ternyata ini merupakan satu tamparan hebat buat Lisa yang ketika itu sedang berusaha menaikkan namanya dalam industri seni Bollywood.
Namun mujurlah pada Krismas 2009, Lisa berusaha untuk kembali sihat dengan menjalani pemindahan sel stem untuk merawat kansernya. Dan pada April 2010, Lisa mengumumkan yang dirinya bebas kanser hasil dari pemindahan itu.
Dan pada Jun 2010, Lisa muncul dalam doku-drama istimewa kanser terbitan UniGlobe Entertainment bertajuk 1a Minute. Dokumentari itu diterbitkan oleh Namrata Singh Gujral dan memaparkan kisah tidak pernah didengari dari para pejuang kanser yang terselamat dari penyakit tersebut, antaranya Olivia Newton-John, Diahann Carroll, Melissa Etheridge, Mumtaz, Bárbara Mori dan Jaclyn Smith.
Dan baru-baru ini, Lisa mengumumkan menerbitkan buku yang ditulisnya sendiri, berjudul LISA RAY CLOSE TO THE BONE yang menceritakan pelbagai kisah suka duka kehidupan Lisa, antaranya pembabitan awal beliau dalam arena filem Bollywood, perhubungan dia dengan ayahnya yang berbangsa Bengali dan ibunya yang lahir dari Poland, berhadapan dengan gangguan makanan serta perjalanannya melawan kanser.
Dan kini, Lisa dilihat cukup bahagia menjalani kehidupan bersama suami, Jason Dehni dan dikurniakan 2 cahaya mata perempuan yang comel-comel, iaitu Sufi dan Soleil menerusi kaeadah ibu tumpang. Malah di usia 50 tahun, Lisa Ray tetap tampak anggun dan awet muda.
Lisa Ray adalah definisi wanita yang cukup memberikan inspirasi dan contoh seorang ibu dan isteri yang kuat! Semoga baik-baik saja buat Lisa Ray.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Baim Wong sememangnya cukup popular di Indonesia sebagai seorang selebriti dan usahawan yang mempunyai beberapa rangkaian perniagaan antaranya termasuklah makanan, fesyen, rumah produksi dan Youtuber berjaya dari negara jiran.
Baru-baru ini tular mengenai sifat prihatin Baim Wong yang menghulurkan bantuan untuk membiayai perbelanjaan persekolahan pelajar-pelajar di SMP di Pesanggrahan, Jakarta.
Bukan hanya membantu seorang pelajar melunaskan tunggakan biaya pelajaran, malah Baim Wong turut menghulurkan bantuan melibatkan sejumlah pelajar dan guru-guru di sekolah berkenaan yang mempunyai masalah gaji tertunggak.
Menurut info, jumlah keseluruhan yang telah disumbangkan oleh Baim Wong mencecah RP 150 juta atau bersamaan RM 42,449.81. Jumlah tersebut merupakan separuh dari bayaran yang merangkumi kos pembelajaran dan gaji para guru yang mencecah Rp300 juta.
Melihat situasi tersebut, usahawan itu berharap agar ada pihak lain yang dapat menghulurkan bantuan dan sumbangan untuk membantu pihak-pihak yang mempunyai kekangan ekonomi untuk meneruskan kelangsungan hidup apatah lagi dalam soal pendidikan.
Dapat dilihat kegembiraan di wajah para pelajar dan guru-guru yang mendapat sumbangan dari Baim Wong dan sekaligus dapat meneruskan pengajian mereka tanpa perlu memikirkan kekangan kewangan yang boleh memberikan tekanan.
Sementara itu, Baim Wong melalui syarikat produksi miliknya, Tiger Wong Entertainment melahirkan rasa sangat berbesar hati membawakan Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir kepada peminat di Malaysia. Konsert tersebut dibawak oleh 4ward, Tiger Wong Entertainment, MHT Live selaku penganjur.
“Mengapa konsert ini diberi judul Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir adalah kerana kami percaya setiap penggemar mereka mempunyai momen atau nostalgia tersendiri dengan lagu lagu mereka.
“Kami mahu konsert ini kelak menjadi momen yang istimewa bukan sahaja buat Kerispatih dan Sammy Simorangkir yang sudah kangen (rindu) bertemu peminat yang sudah terus setia mendukung perjuangan muzik mereka, tetapi juga buat penggemar yang dahagakan persembahan mereka secara langsung.
“Besar harapan kami konsert ini kelak sukses diselenggara dan mencapai objektif iaitu membayar kerinduan dan membangkit nostalgia lampau sekaligus mengukir momen baharu buat semua,” ujar Baim Wong mewakili Tiger Wong Entertainment yang kini muncul sebagai penganjur konsert.
Baim Wong bersama isteri tersayang, Paula Verhoeven.
Untuk rekod, Baim Wong berkahwin dengan seorang model kacukan Cina-Belanda Indonesia bernama Paula Verhoeven pada tahun 2018. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Kiano Tiger Wong.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada hari ini, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah bertitah dan mengingatkan setiap wanita agar menyayangi dan menghargai diri sendiri untuk menjadi seorang insan yang hebat dan bahagia.
Foto: Instagram @istana_negara
Baginda bertitah wanita perlu menjaga kesihatan fizikal dan mental diri sendiri serta keluarga kerana seorang wanita yang bahagia akan mampu membawa kebahagiaan kepada semua orang di sekelilingnya.
“Wanita waja mampu mengharungi setiap cabaran yang datang dan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT itulah istimewanya kita wanita,” titahnya menerusi video yang dimuat naik di laman sosial rasmi Istana Negara sempena sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini.
Foto: Facebook Istana Negara
Jelas Baginda, kekuatan wanita terserlah ketika pandemik COVID-19 yang melanda negara kini apabila mereka mampu bangkit serta cekal mengatasi sebarang cabaran, sesuai dengan tema sambutan Hari Wanita tahun ini – Wanita Bangkit Mendepani Cabaran.
Foto: Instagram @istana_negara
“Di sinilah kita melihat kekuatan seorang insan yang bergelar wanita. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, wanita tetap mampu bangkit dan cekal serta berjaya daripada cabaran tersebut,” titah Raja Permaisuri Agong.
Foto: Facebook Istana Negara
Baginda turut menyeru supaya masyarakat menghargai wanita, menyayangi, menghormati dan berlemah lembut dengan golongan wanita.
“Dengan ini, anda pasti mampu membawa kebahagiaan kepada semua insan di sekelilingnya. Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan kita dan keluarga. Sejahtera wanita, sejahteralah negara,” titah Raja Permaisuri Agong.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.