Jarang sekali jasa seorang lelaki diraikan kecuali menjelangnya Hari Bapa. Ramai mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa penghargaan terhadap lelaki kesayangan, termasuklah penyanyi popular Elyana.

Sebagai penghidap kanser limfoma dan kini sedang menjalani rawatan radioterapi di pusat perubatan, keadaan kesihatan Elyana sering menjadi perhatian peminat.

IKLAN

Terkini, perubahan fizikalnya yang kurus kering mengundang kerisauan. Dalam hantaran terbaru, Elyana mengakui berat badannya itu kembali mencapai 42kg, daripada 35kg.

“Sebab Ayah Our Superhero…” Positif Berjuang Lawan Kanser, Luahan Elyana Ini Buat Hati Luluh!
Sejuk mata melihat penampilan Elyana dalam tudung Muhayya

 

Nona tertarik berkongsi luahan ikhlas Elyana terhadap dua orang lelaki kesayangannya minggu lepas. Nampak ketulusannya sebagai seorang anak, ibu dan isteri.

Jasa dan kasih sayang mereka terlalu besar dan sentiasa dihargai empunya nama Erneelya Elyana Emrizal, 33 tahun itu.

“Sebab Ayah Our Superhero…” Positif Berjuang Lawan Kanser, Luahan Elyana Ini Buat Hati Luluh!

 

Nana Love Papa

Lelaki pertama yang aku kenal.

Lelaki pertama yang memeluk ku.

Lelaki pertama yang menyuap ku makan.

Lelaki pertama yang menyayangiku sepenuh hati sehingga ke hari ini dan selamanya.

Nana banyak belajar tentang kehidupan dari Papa.

Dulu banyak yang nana tak setuju tapi sekarang baru nana faham kenapa papa buat macam tu.

IKLAN

Thank you Pa besarkan kami adik-beradik.Hidup tak mewah, tapi kami merasa.

Ya Allah ya tuhan ku, panjangkan lah umur papa, kau berikanlahnya kesihatan terbaik, lancarkanlah kehidupannya dan bahagiakanlah dia… nana love papa…

Selamat Hari Bapa!

“Sebab Ayah Our Superhero…” Positif Berjuang Lawan Kanser, Luahan Elyana Ini Buat Hati Luluh!
Elyana dan bapa kesayangannya

 

Paling sedih bila Elyana tulis kata-kata ini buat suaminya, Khairul Anuar Hussin. Kesetiaan lelaki ini menyokong emosi dan segala keperluan isteri dalam melalui waktu getir ini jelas cukup mengagumkan.

 

IKLAN

“Biar Bonda Pergi Dulu”

Bonda, Cinta and Cahaya sayang sangat kat ayah. Kalau ayah tak ada, kitorang tak best.. mesti nak kena ada ayah. Sebab ayah our superhero… semua ayah boleh buat, kecuali pasang-pasang kabinet, katil dan apa je yang ada skru tu memang ayah tak pandai.

Nasib baik bonda power part tu.

Sebab tu bonda selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup and tak best kalau tak ada awak.

“Sebab Ayah Our Superhero…” Positif Berjuang Lawan Kanser, Luahan Elyana Ini Buat Hati Luluh!
Keluarga kecil Elyana

 

“Sebab Ayah Our Superhero…” Positif Berjuang Lawan Kanser, Luahan Elyana Ini Buat Hati Luluh!
Elyana ditemani suami serta anak-anaknya, Cinta Sumayyah dan Cahaya

 

Semoga Elyana lekas sembuh dan tabah menempuh ujian kesakitan kanser limfoma ketika ini. Suka dengan sikap positif dan kelembutan beliau sewaktu diuji, doa kami agar segalanya akan baik-baik saja, insyaAllah.

Sumber: Instagram @elyanaofficial

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI