Coklat memang sedap dimakan. Kita juga tahu coklat dikatakan mempunyai banyak kelebihan khususnya dari sudut kesihatan. Kajian menyatakan wanita yang makan 1-2 hidangan coklat setiap minggu dapat membantu mengurangkan 1/3 risiko kegagalan jantung. Satu lagi kajian menunjukkan, 1 bar coklat setiap hari dapat membantu merendahkan tekanan darah, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
Berikut Nona kongsikan ilham resipi Cef Mohd Irwan Bani Ismail daripada Hotel Concorde Shah Alam sebagai rujukan. Mana tahu anda sedang tercari-cari idea untuk menghasilkan menu berasaskan coklat.
KEK COKLAT BERLAPIS
Bahan-bahan:
Ads
200 gm mentega
150 gm gula
6 biji telur ayam
100 gm tepung
10 gm serbuk penaik
100 gm coklat
50 gm serbuk koko
100 gm susu segar
100 gm whip cream
5 gm serbuk gelatin
50 gm croquantine
CARA MEMBUAT:
Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau sebati. Kemudian masukkan semua bahan lalu dipukul sehingga sebati. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit.
Ads
BEBOLA COKLAT
Bahan-bahan:
750 gm coklat
250 gm mentega
125 gm gula
60 gm telur
5 gm garam
375 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
10 gm serbuk soda bikarbonat
250 gm coklat putih
150 gm kacang tumbuk (kacang tanah)
CARA MEMBUAT:
Ads
Cairkan coklat, pukul mentega dan gula sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu diikuti tepung gandum, serbuk koko, kacang tumbuk dan serbuk penaik. Seterusnya, masukkan pula coklat yang telah dicairkan tadi ke dalam separuh daripada adunan tadi. Uli sehingga menjadi dua doh. Gulung kedua-dua doh dan masukkan ke dalam peti sejuk. Lapiskan sehingga menjadi tiga bahagian. Kemudian tekap acuan bulat mengikut saiz yang disukai. Susun di atas loyang kemudian bakar pada suhu 160C selama 25 minit. Untuk hiasan, sadurkan bersama coklat cair sehingga menjadi bebola.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim perayaan Aidiladha ini, tentu sekali stok daging korban yang diagih-agihkan akan melimpah ruah.
Nak dimasak sekaligus tentu tak akan habis atau menyebabkan pembaziran. Oleh itu, ikuti tip menyimpan daging korban ini agar terjaga kualitinya.
(a) Jangan Basuh
Sebelum disimpan, daging tidak perlu dibasuh kerana jika dibasuh guna air paip, kuman boleh masuk dan tinggal dalam pori-pori daging. Basuh daging bila kita mahu masak daging tersebut.
(b) Simpan Dalam Ukuran Kecil
Jika dapat daging yang banyak, jangan simpan 2 – 4 kg daging ketul besar sekaligus. Cara yang betul, potong daging berukuran lebih kecil dan simpan di dalam plastik lebih kurang 1/2 kg atau 1 kg seplastik.
Jika mahu masak, ambil satu plastik atau jumlah kilogram yang hendak dimasak saja. Dengan cara ini, daging dalam peti sejuk beku boleh tahan lebih satu tahun.
(c) Jangan Terus Dibekukan
Sebelum simpan di freezer, simpan daging dalam peti sejuk selama 4-5 jam. Setelah sejuk baru masuk ke dalam freezer.
(d) Cara Menyahbeku
Jika mahu masak daging beku, jangan cairkan ais pada daging beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di dalam air biasa (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).
Setelah daging sudah dinyahbeku, buka plastik, basuh daging hingga bersih dan potong lalu siap dimasak.
(e) Tip Tambahan
Jangan guna plastik hitam kerana ia adalah hasil kitar semula iaitu mengandungi cadmium yang merangsang kepada sel kanser. Pakailah plastik putih atau plastik jernih untuk membungkus daging. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanaman herba kini semakin menjadi pilihan. Ini kerana ia mudah di tanam, tidak perlukan kos yang tinggi, boleh di tanam di dalam rumah asalkan ada sumber cahaya yang masuk dan banyak lagi. Antara tanaman herba yang mudah di tanam dan boleh ditanam secara indoor adalah Pegaga, daun saderi, pudina, kucai, rosemary, kesum, kemangi, thyme dan tarragon, Kehadiran garden kitchen bukan sahaja memudahkan proses memasak terutamanya hidangan barat seperti spaghetti dan ayam panggang, malah ia boleh dijadikan hiasan dan mampu tampil dengan gaya yang lebih kreatif dan segar.
Ia kini bukan sekadar berfungsi sebagai tanaman yang boleh di makan, malah menjadi satu seni hiasan dalaman yang memukau. Satu perkara lagi yang anda harus tahu, sebenarnya menanam tanaman herba ini boleh menggunakan apa-apa sahaja bekas terbuang yang terdapat di sekitar kediaman. Antaranya bekas plastik, botol kosong, periuk yang sudah tidak digunakan, bekas pencuci, tin susu dan sebagainya. Menukar bahan-bahan terbuang ke bentuk yang bermanfaat dan baik sebenarnya tidak sukar.
Siapa kata anda perlu membeli pasu cantik dan mahal barulah tanaman menjadi? Guna pakai sahaja apa yang ada di sekeliling rumah kerana selain menjimatkan kos, anda juga sedang membantu melahirkan alam sekitar yang lebih baik tanpa pencemaran.
Apa yang menariknya apabila adanya idea-idea kreatif untuk menanam tanaman herba ini secara tidak langsung ia telah menarik minat generasi muda untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam ataupun berkebun. Semakin ramai yang berlumba-lumba mengolah tanaman dapur menjadi sekreatif mungkin. Di samping boleh di makan, aroma yang menenangkan dan hiasan tambahan yang menarik untuk dapur.
Sebut sahaja herba rosemary, thyme, basil,oregano,sage dan parsli amat sinionim dalam hidangan barat. Ia sering digunakan sebagai penambah rasa, aroma dan keenakan hidangan. Kepelbagai herba segar ini digunakan untuk hidangan lazat yang ringkas, namun kuasa herba segar ini menjadikan hidangan lebih nikmat!
NONA kongsikan beberapa resipi berasaskan herba yang boleh dimasak sendiri di rumah hujung minggu ini. Selamat mencuba!
PASTA AGLIO OLIO CHICKEN SALAMI
BAHAN-BAHAN:
1/2 paket spageti|direbus
1 paket salami ayam
1/2 cawan air
sedikit serbuk pati ayam
2 sudu makan mentega
2 sudu minyak zaitun
5 ulas bawang putih|cincang halus
1 biji cili merah atau hijau|dicincang
Sedikit daun ketumbar|dihiris
5 biji tomato ceri
Sedikit lada hitam|ditumbuk
Garam secukup rasa
Sedikit herba segar thyme, oregano
CARA MEMBUAT:
Hiris salami ayam dan asingkan. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan cili api dan cili hijau atau merah. Goreng sehingga kekuningan dan kemudian masukkan salami ayam tadi. Kemudian masukkan spageti, lada hitam, garam dan tomato. Masukkan daun ketumbar dan herba segar seperi thyme, oregano dan chili flakes. kacau rata dan hidangkan ketika masih panas.
PESTO GRILLED VEGETABLE PASTA
BAHAN-BAHAN:
1 paket spaghetti
1 keping dada ayam
1 ulas bawang putih
1 biji kecil bawang holland
5 keping tomato kering
1/2 biji hirisan lemon
Beberapa helai herba Basil segar
Sedikit parutan keju parmesan
BAHAN-BAHAN PESTO
2 genggam herba Basil segar| cuci dan toskan hingga kering
1 ulas bawang putih
1 genggam kacang pine|digoreng tanpa minyak hingga wangi
3 camca besar parutan keju parmesan
1/2 cawan minyak zaitun
Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
Untuk menyediakan sos pesto, masukkan bawang putih dan kacang pine ke dalam mesin pencincang makanan. Kisar hingga hancur. Masukkan herba Basil dan kisar seketika. Tuang minyak zaitun dan kisar hingga bersatu. Tambah parutan keju parmesan dan sedikit garam. Kisar sekejap lagi dan pesto siap dan asingkan seketika. Sementara itu,panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga layu. Masukkan daging ayam, kacau dan masak hingga isi ayam berubah warna. Tambah tomato kering, kacau rata dan biar hingga isi ayam masak. Matikan api, alihkan ke dalam bekas lain dan sejukkan. Untuk menyediakan spaghetti pula, didihkan air untuk merebus spaghetti. Tambah sedikit garam. Rebus spaghetti sehingga lembut atau mengikut arahan pada bungkusan spaghetti tadi. Tos dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dengan sos pesto dan parutkan keju parmesan dan herba basil sebagai hiasan sebelum dihidangkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali berkunjung ke pasaraya, rambang mata melihat aneka sos yang ada di rak-rak pameran. Ya, terlalu banyak! Malah ada sesetengah daripadanya yang kita tak pernah berani untuk mencuba. Sebagai contoh sos pesto.
Mungkin ramai pernah menikmati Pasta Pesto yang diperbuat dari gabungan basil, kacang pine nut dan minyak zaitun. Namun begitu, hidangan berasaskan pesto ini boleh dipelbagaikan mengikut citarasa. Resipi Ayam Pesto ini juga tidak kurang hebatnya untuk dicuba!
AYAM PESTO
BAHAN-BAHAN:
3 keping dada ayam | hiris nipis memanjang
2 sudu makan pesto basil
2 sudu makan minyak zaitun
2 cawan tomato ceri | dipotong dua
Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
1 sudu makan tepung agndum
2 ulas bawang putih | dicincang
1/2 sudu makan pesto basil
1 cawan susu cair
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Bersihkan ayam dan perapkan dengan garam serta pesto basil selama 10 minit.Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak dan masak ayam tadi hingga keperangan. Angkat.Untuk sos, satukan tepung, bawang putih, pesto, susu cair, garam dan serbuk lada hitam di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan tidak berketul.Dengan menggunakan kuali gorengan ayam tadi, masukkan tomato. Tambah sedikit minyak jika perlu.Bila tomato sudah mula lembut, masukkan bancuhan sos tadi. Biar hingga mendidih.Masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi dan teruskan memasak selama 3-4 minit hingga sebati dengan kuah. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Credit: Majalah RASA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.