Sejak jadi ibu, tumpuan Preity Zinta lebih kepada suami dan anak kembarnya. Bahkan selepas mendirikan rumah tangga dan berpindah ke Amerika Syarikat, aktres cantik Bollywood ini memperlahan karier seni dan lebih mengutamakan masa di samping keluarga tersayang.

IKLAN

Sebut saja nama Preity Zinta, pasti ramai yang tertarik dengan wajah comel dan lesung pipit yang dimilikinya. Dilahirkan pada 31 Januari 1975 di Shimla, Preity merupakan graduan Bahasa Inggeris dan pernah mengikuti pengajian Psikologi Jenayah dari St. Bede’s College, Shimla.

Dia kemudian dikatakan menyambung pelajaran ke luar negara dan akhirnya berjaya menggengam Ijazah Kedoktoran dalam bidang seni di University of East London pada tahun 2010.

Sebelum berkahwin pada tahun 2016, Preity menetap di Mumbai tetapi kini dia memilih untuk tinggal di Amerika Syarikat bersama suami tercinta, Gene Goodenough.

Baru-baru ini, Preity menjalankan amalan tradisi masyarakat Hindu yang dikenali sebagai Karva Chauth. Difahamkan acara ini dikhususkan kepada wanita yang sudah berkahwin untuk berpuasa pada bulan Kartik.

Seharian Puasa Tanpa Minum Air, PREITY ZINTA Buat ‘Karva Chauth’ & Enjoy Jadi Ibu Anak Kembar!
Credit Instagram @realpz

Karva Chauth ialah festival penting yang disambut para isteri untuk berpuasa sepanjang hari tanpa air dari terbitnya matahari hingga terbitnya bulan. Ia dipercayai untuk memberi suami umur yang panjang dan keselamatan mereka.

Kongsi jelitawan ini, “This Karva Chauth was filled with so many firsts. My first Karva Chauth as a mommy, first time I didn’t drink water all day, first time the moon took forever to show up and I had to use an app to see it and my first beautiful Phulkari dupatta that took more than 3 months to be made.

Today I believe more than ever that we can only grow stronger together as a couple and as individuals when we have mutual respect for each other and our respective traditions. Here’s to east meeting west and being happy together.”

IKLAN

Rutin harian Preity sejak hujung tahun lalu bertambah sibuk apabila dia dan suami menerima kehadiran bayi kembar mereka.

Seharian Puasa Tanpa Minum Air, PREITY ZINTA Buat ‘Karva Chauth’ & Enjoy Jadi Ibu Anak Kembar!
Credit Instagram @realpz
Seharian Puasa Tanpa Minum Air, PREITY ZINTA Buat ‘Karva Chauth’ & Enjoy Jadi Ibu Anak Kembar!
Credit Instagram @realpz
Seharian Puasa Tanpa Minum Air, PREITY ZINTA Buat ‘Karva Chauth’ & Enjoy Jadi Ibu Anak Kembar!
Credit Instagram @realpz

Menerusi laporan media The Economic Times, Preity dan Gene membuat pengumuman mengenai bayi kembar perempuan dan lelaki mereka di Instagram pada 18 November tahun lalu. Difahamkan, bayi kembar berkenaan dilahirkan melalui ‘ibu tumpang’.

Teruja dengan kehadiran cahaya mata, pasangan tersebut menamakan bayi mereka sebagai Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.

IKLAN

Menikmati momen indah bergelar ibu, Preity ketika sambutan ulang tahun kelahiran ke-47 yang lepas turut berkongsi kegembiraan dengan status baru itu.

Seharian Puasa Tanpa Minum Air, PREITY ZINTA Buat ‘Karva Chauth’ & Enjoy Jadi Ibu Anak Kembar!
Credit Instagram @realpz
Seharian Puasa Tanpa Minum Air, PREITY ZINTA Buat ‘Karva Chauth’ & Enjoy Jadi Ibu Anak Kembar!
Credit Instagram @realpz
Seharian Puasa Tanpa Minum Air, PREITY ZINTA Buat ‘Karva Chauth’ & Enjoy Jadi Ibu Anak Kembar!
Credit Instagram @realpz
Seharian Puasa Tanpa Minum Air, PREITY ZINTA Buat ‘Karva Chauth’ & Enjoy Jadi Ibu Anak Kembar!
Credit Instagram @realpz

“This birthday was like no other. We stayed home and I spent most of the day cleaning and sterilizing milk bootles for the kids, then feeding, burping and changing nappies.

I cannot believe I’m saying this but I did not find time to wear a nice dress and get all made up. Inspite of all that, this birthday was special cause I had my little ones keeping me company and it was just a family affair.”

Pasangan ini juga baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan ke-6 pada Mac lalu.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI