Pasaran fesyen negara kini terus hangat dengan pembukaan rumah fesyen Loewe di tengah kawasan segi tiga emas, Pavilion Kuala Lumpur.

Butik Loewe Pavilion seluas 285 meter persegi itu menghimpunkan keseluruhan koleksi jenama tersebut buat lelaki dan wanita.

IKLAN

Dilancarkan pada 2 Mac lepas, kira-kira dua minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, Loewe Pavilion menitipkan identiti tersendiri pada keseluruhan dekorasi dalaman, pemilihan warna serta susunan perabot dengan kemasan palet putih.

Laluan dari pintu masuk menghamparkan koleksi window display dari musim terbaharu. Seluruh butik diberi pencahayaan terang bagi memberikan impak suasana lebih mewah dan selesa buat peminatnya.

Seindah Galeri, Hamparan Koleksi Kulit & RTW Musim Ini Tarikan Utama Loewe Pavilion

Seindah Galeri, Hamparan Koleksi Kulit & RTW Musim Ini Tarikan Utama Loewe Pavilion

Antara item yang menggamit perhatian tentu sekali beg tangan, kasut dan aksesori kulit yang tidak asing lagi dengan DNA jenama Loewe.

Bagaikan galeri, Loewe Pavilion mengekalkan keaslian estetik dan budaya kemewahannya. Gandingan karya seni dan kraftangan diterjemahkan buat tatapan pengumpul setia, contohnya koleksi sejak musim Fall/Winter 2016 dibingkai kemas menghiasi dinding-dinding butik.

Seindah Galeri, Hamparan Koleksi Kulit & RTW Musim Ini Tarikan Utama Loewe Pavilion

Seindah Galeri, Hamparan Koleksi Kulit & RTW Musim Ini Tarikan Utama Loewe Pavilion

 

Perabot Artisan

IKLAN

Loewe Pavilion menampilkan paduan idea tiga artis iaitu Hylton Nel dari Afrika Selatan, Shihoko Fukumoto dari Jepun dan Solange Pessoa dari Brazil. Ketiga-tiganya mereka kesinambungan tersendiri mengikut budaya berlainan sebagai persembahan seni di butik ini.

Dinding simen konkrit berpadu tampalan batu hijau zamrud, jubin Sepanyol, panel kayu, lantai campaspero dan langsir linen sebagai tabir butik.

Tidak ketinggalan, sebuah kerusi berlengan Utrecht rekaan Gerrit Thomas Rietveld circa 1935 menjadi titik tumpu utama. Di sudut lain, beberapa kerusi industrial dari pertunjukan fesyen Loewe Fall/Winter 2018 yang sebenar di Paris, turut melirik pandangan.

Begitu juga beberapa perabot artisan yang direka khas untuk Loewe bagai menceritakan sisi eksklusif jenama hebat ini.

IKLAN

Seindah Galeri, Hamparan Koleksi Kulit & RTW Musim Ini Tarikan Utama Loewe Pavilion

Seindah Galeri, Hamparan Koleksi Kulit & RTW Musim Ini Tarikan Utama Loewe Pavilion

Kesemua ini dibuat khas untuk menempatkan koleksi Ready-To-Wear, barangan kulit dan aksesori lelaki mahupun wanita di dalam butik Loewe.

Suatu perasaan indah kala melangkah dan membeli-belah. Antara kemestian tentu sekali Balloon Bag Loewe yang menjadi pilihan kegemaran selebriti sebagai beg tangan harian yang versatil.

 

Koleksi Pilihan Nona

Seindah Galeri, Hamparan Koleksi Kulit & RTW Musim Ini Tarikan Utama Loewe Pavilion
Gala Gonzalez di acara LOEWE Women’s Fall Winter 2020 Fashion Show, 28 Februari 2020
Seindah Galeri, Hamparan Koleksi Kulit & RTW Musim Ini Tarikan Utama Loewe Pavilion
Karlie Kloss di acara LOEWE Women’s Fall Winter 2020 Fashion Show, 28 Februari 2020
Seindah Galeri, Hamparan Koleksi Kulit & RTW Musim Ini Tarikan Utama Loewe Pavilion
Koleksi Fall Winter 2021
Seindah Galeri, Hamparan Koleksi Kulit & RTW Musim Ini Tarikan Utama Loewe Pavilion
Koleksi Fall Winter 2021
Seindah Galeri, Hamparan Koleksi Kulit & RTW Musim Ini Tarikan Utama Loewe Pavilion
The Balloon Bag
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI