Sejak Hamil Anak Kedua CP JULIANA EVANS Suka Makan Pedas, Mood Sering Berubah-Ubah Tapi Tetap Glowing!

Sewaktu menghadiri acara berprestij Nona Superwoman Award pada Januari lalu, penampilan pelakon dan pengacara jelita Che Puan Juliana Evans makin berseri-seri.

 

Malah, susuk tubuhnya yang terlihat sedikit ‘berisi’ ketika itu mencetuskan andaian bahawa CP Juliana Evans hamil anak kedua.

Sebulan kemudian, CP Juliana mengumumkan bahawa dia dan suami bakal menimang cahaya mata kedua sekaligus meleraikan andaian sebelum ini.

Berita gembira itu telah dikongsi oleh CP Juliana di akaun Instagramnya dengan kapsyen ringkas.

“We are happy to announce our second one is on the way, and we are very excited for it.”

Penerima Nona Beauty Award berketurunan Melayu-England ini turut meminta agar para pengikut serta peminat mendoakannya.

Untuk info, pemilik nama sebenar Che Puan Juliana Sophie Johari Evans ini mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja Johor-Selangor, Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017.

Mereka dikurniakan seorang puteri, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine yang kini berusia tiga tahun.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, fasa kehamilan CP Juliana telah pun memasuki bulan ke-6.

Walau sudah mula kelihatan sarat namun CP Juliana tetap kelihatan berseri-seri malah makin cantik dan ceria! Memang terserlah seri ibu mengandung.

Menerusi satu video pendek di akaun TikToknya, CP Juliana berkongsi tentang perubahan-perubahan yang dialaminya sejak hamil anak ke-2.

Selain terpaksa berhadapan dengan ‘mood’ yang berubah-ubah setiap hari, CP Juliana juga suka makan terutama makanan-makanan pedas.

Dalam perkongsian video itu, kelihatan CP Juliana sedang memakan seketul tauhu sumbat dengan penuh berselera.

Tak cukup dengan itu, CP Juliana mengunyah pula sebiji cili hijau fresh seperti kudapan. Kita yang melihatnya pun rasa ‘panas’ dan pijar je.

Rata-rata para pengikut memuji CP Juliana yang semakin cantik. Ramai juga yang meramalkan CP Juliana bakal menimang cahaya mata lelaki.

“Mesti baby boy. Sebab lain betul muka ju preegnant dari anak pertama. Mesti boyyyyyyy

“Anak lelaki ni”

Rakan-rakan artis turut meninggalkan komen buat CP Juliana.

“But Still glowing” -Sazzy Falak.

“But still gorgeous” -Nadia Brian

Semoga dipermudahkan segala urusan CP Juliana sepanjang fasa kehamilannya kali ini.

Kredit Foto: Instagram Juliana Evans

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

 

IKLAN
Share