Sewaktu menghadiri acara berprestij Nona Superwoman Award pada Januari lalu, penampilan pelakon dan pengacara jelita Che Puan Juliana Evans makin berseri-seri.
Malah, susuk tubuhnya yang terlihat sedikit ‘berisi’ ketika itu mencetuskan andaian bahawa CP Juliana Evans hamil anak kedua.
Sebulan kemudian, CP Juliana mengumumkan bahawa dia dan suami bakal menimang cahaya mata kedua sekaligus meleraikan andaian sebelum ini.
Berita gembira itu telah dikongsi oleh CP Juliana di akaun Instagramnya dengan kapsyen ringkas.
“We are happy to announce our second one is on the way, and we are very excited for it.”
Penerima Nona Beauty Award berketurunan Melayu-England ini turut meminta agar para pengikut serta peminat mendoakannya.
Untuk info, pemilik nama sebenar Che Puan Juliana Sophie Johari Evans ini mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja Johor-Selangor, Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017.
Mereka dikurniakan seorang puteri, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine yang kini berusia tiga tahun.
Ads
Menerusi hantaran terkini di Instagram, fasa kehamilan CP Juliana telah pun memasuki bulan ke-6.
Walau sudah mula kelihatan sarat namun CP Juliana tetap kelihatan berseri-seri malah makin cantik dan ceria! Memang terserlah seri ibu mengandung.
Menerusi satu video pendek di akaun TikToknya, CP Juliana berkongsi tentang perubahan-perubahan yang dialaminya sejak hamil anak ke-2.
Selain terpaksa berhadapan dengan ‘mood’ yang berubah-ubah setiap hari, CP Juliana juga suka makan terutama makanan-makanan pedas.
Ads
Dalam perkongsian video itu, kelihatan CP Juliana sedang memakan seketul tauhu sumbat dengan penuh berselera.
Tak cukup dengan itu, CP Juliana mengunyah pula sebiji cili hijau fresh seperti kudapan. Kita yang melihatnya pun rasa ‘panas’ dan pijar je.
Rata-rata para pengikut memuji CP Juliana yang semakin cantik. Ramai juga yang meramalkan CP Juliana bakal menimang cahaya mata lelaki.
“Mesti baby boy. Sebab lain betul muka ju preegnant dari anak pertama. Mesti boyyyyyyy
Ads
“Anak lelaki ni”
Rakan-rakan artis turut meninggalkan komen buat CP Juliana.
“But Still glowing” -Sazzy Falak.
“But still gorgeous” -Nadia Brian
Semoga dipermudahkan segala urusan CP Juliana sepanjang fasa kehamilannya kali ini.
Kredit Foto: Instagram Juliana Evans
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika sebelum ini, kanak-kanak bernama Thylane Blondeau dinobatkan sebagai kanak-kanak tercantik di dunia dengan memiliki kulit cerah, rambut blonde dan mata berona biru yang cukup cantik. Namun kali ini, kanak-kanak berkulit gelap telah diberi gelaran kanak-kanak tercantik di dunia.
Jika definisi cantik bagi anda itu harus mempunyai kulit cerah dan mata biru, ini bermakna anda silap kerana warna kulit bukanlah penentu atau pengukur bagi kecantikan seseorang individu itu.
Kanak-kanak yang perempuan Nigeria yang dikenali sebagai Little Jare menjadi tumpuan media antarabangsa kerana keunikan yang menarik perhatian. Walaupun berkulit gelap, Jare rata-rata dipuji kerana terlalu cantik persis anak patung.
Gambar Jare mula tersebar luas apabila terdapat seorang jurugambar perkahwinan, Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria memuat naik gambar seorang budak kecil sebagai sebahagian daripada projek terbaharunya.
Melihatkan pada wajahnya yang fotogenik dan komersial, ramai yang mengharapkan Jare bakal menjadi model professional satu hari nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan Umai, anak saudara kepada Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kian dikenali ramai ini.
Baru-baru ini, Umai memuat naik beberapa gambar di mana dia tampil manis bertudung sempena meraikan hari raya Aidiladha.
Kredit Foto: IG umairahofficial
Iras Ibu Saudara
Ramai yang tertarik malah memuji penampilan gadis berusia 14 tahun ini. Ada yang menyatakan penampilannya itu persis ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Umairah atau nama penuhnya Ummi Umairah Saiful Anuar berkongsi momen hari raya bersama ibunya, Siti Saerah serta ibu saudara kesayangan, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Macam Kakak & Adik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji penampilan Umairah itu malah ada yang turut mendoakan agar terbuka hatinya untuk bertudung suatu hari nanti.
“Moga2 Allah berikan hidayah utk kekal menutup aurat mengikut syariat.. ameen..”
Ada juga yang melihat penampilan Umairah dan ibunya umpama kakak dan adik.
Cipta Kejayaan Tersendiri
Semoga Umrairah terus sukses dalam bidang nyanyian, mengikut jejak langkah Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Untuk info, pada Julai 2024 Umairah mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori Junior Champion Vocalist Of The World di World Championships of Performing Arts (WCOPA) ke-27.
Umairah menjulang pingat emas di acara berprestij itu yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat.
Kejayaan itu juga bukan calang-calang kerana dia berjaya menamatkan “kemarau” hampir 10 tahun.
Kali terakhir wakil negara menjuarai kategori vokal WCOPA ialah pada 2014 menerusi Aina Abdul yang melantunkan lagu Semalam dalam kategori senior.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru 10 minit bersenam, dah terus makan nasi lemak atau roti canai dengan teh tarik. Lagi sedap makan kalau makan dengan geng sekepala. Akhirnya masing-masing pun timbullah rasa bersalah kerana makan selepas penat berhempas pulas bersenam.
Persoalannya, adakah benar makan setelah bersenam akan membuat tubuh bertambah gemuk dan senaman menjadi sia-sia?
Sebenarnya makan setelah bersenam amat penting kerana dapat membantu tubuh menerima nutrien yang betul dan membantu menghasilkan otot protein dan penyimpanan glikogen. Sumber nutrisi ini juga membantu merangsang penghasilan otot baru.
Pentingnya makan selepas bersenam
Penting untuk menambah glikogen yang telah habis digunakan semasa latihan.
Makan makanan berunsurkan protein selepas senaman menjadi kemestian untuk proses pemulihan otot dengan cepat, terutamanya selepas latihan berat badan (weightlifting).
Makan makanan yang mengandungi elektrolit (mineral yang perlu dibakar oleh neuron anda), yang perlu diganti akibat kehilangan semasa berpeluh.
Selepas bersenam, tubuh boleh mengalami keletihan dan gula dalam darah menurun. Tanpa kemasukan nutrisi juga menghalang proses pembaikan otot dalam badan. Jika secara rutin mengelak makan selepas melakukan senaman, ia akan menjadi lebih sukar untuk mencapai matlamat kecergasan tubuh badan anda.
Berikut adalah tip pemakanan selepas bersenam
(a) Pastikan anda makan sesuatu
Badan anda baru saja menggunakan tenaga yang diperlukan untuk mencapai kapasiti yang maksimum. Seeloknya, ambil snek dalam masa 20 minit sebelum daripada latihan senaman dan kemudian makan makanan yang seimbang 3 jam hingga 4 jam selepas senaman.
(b) Tambahkan dengan karbohidrat dan protein
Semasa bersenam, tenaga telah digunakan daripada glikogen dan memberi kesan kepada otot. Oleh itu, hidangan selepas senaman adalah penting dan anda perlu mengambil makanan yang tinggi dalam karbohidrat kompleks seperti roti bijirin penuh, oat, quinoa dan ditambahkan dengan protein yang sihat seperti tofu, ikan dan sebagainya.
(c) Jangan berlebihan
Pengambilan snek selepas bersenam adalah sangat mudah tetapi perlu berhati-hati dengan kandungan kalori makanan tersebut. Ini kerana kemungkinan kalori makanan tersebut adalah lebih tinggi daripada kalori yang telah dibakar melalui senaman. Cuba untuk menyimpan snek selepas latihan anda sekitar 150 kalori seperti 1 gelas jus epal, dan makan pasca kerja anda di bawah 500 kalori seperti sandwic tuna.
(d) Hidrasi dengan segera
Minum air secukupnya selepas bersenam. Mendapatkan air secukupnya selepas latihan bergantung kepada banyak faktor, iaitu panjang dan intensiti latihan, keadaan persekitaran, dan fisiologi individu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.