Kebanyakkan wanita memang suka bersolek tapi hanya segelintir saja yang rajin membersihkan solekan sebelum tidur. Bagi yang beragama Islam, sejauh mana pula solekan anda dibersihkan sebelum mendirikan solat?
Baru-baru ini Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad memberi penjelasan melalui Facebook Live berkenaan wuduk dengan kesan eyeliner yang masih bersisa.
Kelopak mata atas adalah sebahagian anggota wuduk dan wajib dibersihkan supaya wuduk kita sah.
Bagi wanita Islam, rajin atau malas, kita wajib membersihkan solekan sebelum mengambil wuduk. Jika anda tidak mahu menggunakan pembersih solekan yang mempunyai bahan kimia, anda boleh juga bereksperimen dengan bahan semula jadi.
Susu
Susu sangat baik untuk kulit dan ia kaya dengan kandungan protein dan lemak. Ia menanggalkan kulit mati tanpa perlu skrub, memberi dehidrasi kulit dan memberikan kelembapan yang sesuai. Lagipun, susu lebih murah berbanding produk lain!
Cara: Tuangkan susu ke dalam mangkuk dan rendamkan kapas. Perahkan lebihan susu pada kapas dan sapu pada wajah. Boleh ulang sehingga solekan anda bersih. Jangan lupa cuci wajah dengan air suam!
Extra virgin olive oil
Minyak zaitun ini sesuai dengan semua jenis kulit dan mudah menanggalkan solekan tebal. Lagipun, minyak zaitun ini membuatkan kulit anda lebih lembap.
Ads
Cara: Selain cara mudah menyapu sedikit minyak zaitun pada wajah, anda juga boleh mencampurkan satu sudu teh minyak zaitun dan syampu bayi ke dalam segelas air. Sebatikan dan guna mengikut kesesuaian anda.
Air mawar
Di samping baunya yang harum, air mawar adalah pembersih solekan terbaik unutk kulit anda. Malah ia juga menambah seri pada kulit.
Cara: Mudah saja! Hanya lembapkan bebola kapas dengan air mawar dan sapu pada wajah.
Ads
Timun
Banyak produk kecantikan menggunakan timun sebagai salah satu bahan semula jadi, lebih-lebih lagi untuk kenyamanan kulit. Sebab itu ia sesuai digunakan sebagai pembersih wajah.
Cara: Ekstrak sedikit jus timun ke dalam mangkuk dan masukkan ke dalam botol semburan. Semburkan pada wajah dan biarkan seketika. Cuci bersih dan nikmati kesegarannya.
Avocado
Ads
Magis sebiji avocado pada bahagian mata tentunya berita baik untuk anda. Vitamin A, D dan E serta lemak ikan Omega-3 cukup dalam avocado bertindak sebagai krim mata efektif untuk anda.
Cara: Belah avocado ranum kepada dua bahagian. Gunakan kapas dan calit sedikit avocado untuk memudahkan anda menyapukannya pada bahagian mata. Akhir sekali, bilas dengan air bersih.
Aloe vera
Untuk mengelakkan kulit wajah ‘disimbahi’ bahan kimia, gunakan aloe vera sebagai bahan semula jadi untuk menanggalkan solekan. Gel licin pada aloe vera memudahkan ia meluncur pada wajah dan menanggalkan solekan.
Cara: Potong aloe vera kepada beberapa bahagian dan gunakan gelnya untuk di sapu pada wajah. setelah selesai, cuci bersih dan oles losen sebelum tidur. Rasai kesegaran wajah sebaik anda bangun dari tidur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita dan lipstik memang tidak dapat dipisahkan. Jika anda mengaku sebagai beauty lover maka wajib menyimpan paling tidak sebatang lipstik di dalam tas tangan.
Memiliki lebih daripada satu warna lipstik memang sangat diperlukan kerana ia perlu padan dengan baju yang dipakai. Setiap warna juga memiliki efek yang berbeza dalam penampilan.
Sebelum itu kita perlu semak jenis lipstik yang perlu dipakai. Bagaimana memilih lipstik tahan lama di bibir dan bagaimana pula ingin bibir tampil penuh? Setiap lipstik mempunyai bentuk dan kelebihan yang berbeza.
(a) Lipstik Matte
Lipstik jenis ini biasanya didatangkan dalam bentuk batang. Lipstik jenis matte memiliki warna yang solid dan berbagai. Kebiasaannya lipstik jenis ini tidak berkilat dan hanya memiliki sedikit pelembap.
Bagi memelihara kelembapan bibir elok menyapu pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles lipstik di bibir. Lipstik jenis ini memiliki kelebihan tahan lama sepanjang hari sehingga tidak perlu sering menambahnya.
(b) Lipstik Satin
Kewujudan lipstik jenis satin ini hampir sama dengan jenis matte. Cuma lipstik jenis satin mempunyai tekstur yang berkilat dan mengandungi pelembap yang lebih banyak berbanding lipstik matte. Lipstik jenis ini tidak melekit dan sangat popular kerana tidak perlu gusar bibir kering selepas dioles.
(c) Lipstik Glossy
Bentuk lipstik jenis glossy ini tidak padat serta mempunyai tekstur cair dan kental. Mempunyai warna yang pelbagai dan memberi efek berkilat. Terdapat juga lipstik jenis ini disertakan sekali glitter untuk kesan yang ketara.
Kelebihan lipstik jenis ini memberi efek bibir kelihatan penuh dan seksi. Cuma perlu berhati-hati kerana lipstik ini mudah melekat apabila tersentuh. Selain itu, ia tidak tahan lama dan perlu sering mengoles jika sudah hilang dari bibir.
(d) Pensel bibir
Pensel atau pengalit bibir berfungsi untuk membingkai bibir agar boleh melukis bentuk yang dikehendaki. Tidak semua orang memiliki bibir yang sempurna maka pensel bibir boleh menebalkan bibir yang nipis dan simetri bibir jika tidak sempurna.
Setelah melukis bibir sapu lipstik agar tampil semakin cantik dan bergaya. Jangan sekali-kali tidur tanpa membersihkan lipstik di bibir.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Comel betul anak lelaki Emma Maembong! Walau masih kecil tapi jelas terserlah ketampanan dua cahaya mata kesayangan pelakon wanita berkenaan. Mana tidaknya, Emma pun memang sudah diketahui ramai seorang selebriti yang cantik.
Begitu juga suaminya yang kacak dan berpenampilan menarik. Tak hairanlah, rata-rata peminat setia Emma mengakui kedua-dua anak lelaki mewarisi baka yang baik daripada ibu ayah.
Anak lelaki sulung Emma iaitu Shariq Arshan Gabriel genap meniti usia tiga tahun pada 8 November lepas. Bersempena ulang tahun kelahiran putera kesayangan, Emma dan suami Muhammad Shazli Azhar mengadakan majlis keraian buat Shariq.
Kredit Instagram @emma_maembongofficialKredit Instagram @emma_maembongofficialKredit Instagram @emma_maembongofficialKredit Instagram @emma_maembongofficial
Seperti kebiasaan, kecomelan anak kecil ini menjadi tumpuan warga maya selepas momen hari lahirnya dikongsikan Emma di media sosial.
“Happy birthday anak mama sayang. Cepatnya masa berlalu. Tahu-tahu dah tiga tahun. And yes muka dia terkejut tengok ramai sangat orang datang. Shariq Arshan third year Shark Doo Doo Party.”
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki.
Putera kedua mereka lahir pada Mei lepas dan diberi nama Shakil Aryan Shah.
Menerusi media sosial ibu berusia 31 tahun itu, Emma gemar berkongsi aktiviti dua beradik berkenaan.
Tak dinafikan anak lelaki Emma Maembong macam anak kacukan, berkulit cerah kemerahan, mata bundar dan rambut perang!
Jelas mewarisi keturunan Scotland dari sebelah ibu Emma. Dramatis One Million Dollar Voice ini merupakan anak kesembilan daripada 11 adik-beradik. Chacha Maembong ialah adik Emma yang turut mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon.
Semoga rumah tangga aktres ini kekal bahagia di samping anak tersayang hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi sesetengah orang, untuk menjaga penampilan diri, kesihatan dan berat badan masing-masing, terdapat banyak cara atau method yang boleh diamalkan.
Antara salah satu cara yang NONA rasakan menarik, adalah perkongsian dari pelakon jelita, Sherry Ibrahim menerusi Instastory miliknya.
Makan Dalam Kuantiti Sedikit Tapi Kerap, Sherry Enggan Bazir Makanan!
Perkara berkenaan dimaklumkan Sherry menerusi satu muatnaik hantaran video pendek memaklumkan tentang dirinya yang mahu kembali aktif melaksanakan senaman, susulan telah seminggu demam dan mengalami gangguan kesihatan.
“Nak mula bersenam balik selepas seminggu demam, selsema dan batuk yang paling lama setakat ini. Sebab makan banyak itu je dah sangat kenyang.
“Jadi pembaziran makanan adalah tidak baik sebab itu saya bahagikan siap-siap,” tulis Sherry ringkas.
Nasi Segengam, ‘Rahsia’ Sherry Kekal Langsing
Bagaimanapun, menerusi hantaran video berkenaan dapat dilihat Sherry yang sedang menikmati juadah makan tengaharinya iaitu Ayam Goreng Kunyit bersama nasi putih.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah kuantiti karbohidrat iaitu nasi yang diambil oleh Sherry yang sedikit dan boleh dikatakan tidak sampai segenggam. Malah, meskipun kuantiti sedikit, nasi berkenaan kelihatan seperti tidak terusik.
Dalam satu siri hantaran yang berasingan, Sherry mendedahkan bahawa dengan pengambilan nasi yang sedikit itu pun sudah cukup membuatkan dia merasa kenyang.
Jadi tidak hairanlah jika, bekas pramugari ini mampu mengekalkan penampilan tinggi langsing sekaligus menjaga kejelitaaan dirinya.
Nonarians yang mahu menurunkan berat badan juga boleh meniru cara yang diamalkan aktress jelita ini. Nak kurus, bukan tidak boleh makan. Hanya perlu makan ketika lapar dan pastikan anda makan dalam kuantiti sedikit dan kerap. Selamat mencuba!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari @Hijabista
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntung Dida Sinclair kerana bukan hanya mempunyai suami penyayang. Malah dikurniakan anak-anak yang ‘cantik’ budi pekerti dan menantu yang baik. Kemesraan dan rumah tangga bahagia Dida Sinclair di samping suami tercinta, Mohamed Sinclair wajar menjadi inspirasi ...