Janna Nick dikejar rezeki. Itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan ganjaran Tuhan terhadap hamba-Nya yang berkorban demi keluarga. Ya, kali ini pertemuan Nona dengan gadis bernama Nurul Jannah Muner itu jujurnya cukup membuka mata. Betapa dalam usia sebegitu muda, dia sudah kelihatan lebih dewasa dan matang merencana segalanya.
Pada usia 24 tahun, tak ramai yang tahu Janna Nick sanggup berkorban zaman remaja dengan bekerja dan berhabis wang untuk keluarga tercinta. “Saya betul-betul sayangkan keluarga saya. Tak pernah sekali pun rasa terbeban melunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak. Saya bahagia dapat bantu mereka, malah saya percaya sebagai anak yang menyara keluarga, itulah cara menjemput rezeki dan rahsia keberkatan dalam hidup.
Lagi banyak kita membantu, lagi berkat dan murah rezeki kita. Secara tak langsung, peranan ‘ketua keluarga’ juga mengajar saya supaya lebih bertanggungjawab. Mungkin bila saya dah ada keluarga sendiri nanti, saya dah bersedia dari segi fizikal dan mental,” akui anak kedua daripada empat adik-beradik tersebut.
Memulakan karier dalam bidang seni seawal umur 16 tahun, aktres drama My Coffee Prince itu semakin bijak mengatur langkah. “Saya mula urus kewangan ketika berhasrat beli rumah dulu. Masa tu saya berjaya capai impian beli rumah pertama pada usia 21 tahun. Dan sejak itulah, saya berazam untuk kumpul lebih banyak aset. Saya pula bukan jenis orang yang suka shopping tanpa sebab dan terlalu memandang jenama,” ujar Janna yang bakal membeli sebuah rumah lagi pada tahun ini.
Ads
Selain bakat lakonan, dia juga gemarkan aktiviti lasak seperti berlumba kereta. Janna terlibat secara langsung dalam Toyota Gazoo Racing sejak musim pertama, malah menjadi juara di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang tahun lalu.
Kalau dulu Janna kurang cerewet soal penjagaan baju, hari itu tiba-tiba persepsinya berubah apabila diperkenalkan dengan TOP PLUSH Kondisioner Fabrik Ultra Konsentrasi. Bayangkanlah, hanya satu penutup kecil pelembut fabrik ini saja mampu hilangkan segala bau peluh dan buat baju-bajunya jadi lebih wangi serta segar semula jadi.
“Wanginya! Saya suka aroma pelembut fabrik ini, umpama bangun pagi mata disajikan dengan keindahan panorama pantai, udara segar dan deruan ombak yang mendamaikan (ketawa). Bukan buat-buat ya, tapi memang bila gunakan TOP PLUSH, tiba-tiba saya rasa yakin dan bersemangat. Bau hapak dan bakteria pun terhapus, so baju-baju sukan saya semua bau wangi dan fresh!” kongsinya sambil tersenyum membelek-belek baju di almari.
Amboi, macam cerita drama pula tengok Janna jatuh cinta dengan pelembut fabrik TOP PLUSH ni. Bila penulis cium sendiri baju-baju yang dipegang, tak sangka memang lembut dan selesa sungguh. Patutlah ramai pengguna berebut-rebut dapatkan TOP PLUSH sekarang, rutin mencuci bagai tak lengkap tanpa pelembut fabrik hebat tu!
Ads
SELEKTIF
Bercerita tentang perkembangan terkini, Janna Nick jujur mengakui lebih selektif dalam pemilihan watak lakonan. “Tahun ini saya agak memilih watak kerana kejarkan kualiti, bukan kuantiti. Dulu saya hanya cari duit tapi sekarang ini saya mahu kualiti bakat yang dinilai peminat.
Memang tujuan asal saya menceburi bidang seni untuk tambah pendapatan. Saya mula masuk dalam industri ketika umur saya 16 tahun dan ini bermakna sejak dari sekolah saya dah mula bekerja. Masuk dalam dunia seni mungkin mudah tetapi yang sukarnya adalah untuk kekal dalam industri.
Ads
Bagi saya untuk kekal lama dalam industri kena minat. Dalam setiap kerja apa pun kena minat, kan? Kini setelah lapan tahun berada dalam industri saya sedar lagi lama berada dalam industri sebenarnya lagi mencabar. Bukan bermakna lagi lama berada dalam industri perjalanan seni semakin mudah tapi lebih mencabar sebab macam mana nak letakkan diri kita atau kekalkan diri kita dalam top list,” ujar gadis berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Siam itu
Janna Nick juga begitu teruja berkongsi tentang dunia pengacaraan yang menjadi keutamaannya kini. Setelah tiga tahun menjadi hos untuk program hiburan terkenal di salah stesen televisyen Janna Nick rupanya kini sudah mempunyai program bual bicara sendiri.
Menurut Janna Nick program bual bicara yang masih dalam proses rakaman itu benar-benar menguji keupayaan dirinya sebagai seorang pengacara. “Apabila saya diberi peluang untuk mengacarakan sebuah program bual bicara cabarannya lain pula bila terpaksa menyesuaikan diri dengan program tersebut.
Sebelum ini saya biasa mengacarakan program siaran langsung kini saya belajar pula untuk mengendalikan sebuah program secara rakaman pula. Saya tak sabar nak tengok program tersebut ke udara dan dengar komen dan kritikan orang ramai, kalau kritikan itu membina saya akan ambil,” tutur pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini.
Sesungguhnya kejayaan Janna Nick sebelum berusia 30 tahun amat dicemburui ramai. Semoga usahanya terbayar dengan rezeki yang lebih banyak dan seterusnya, menyuntik inspirasi kepada semua gadis muda agar mencontohinya. Nona sendiri tak sabar nak tengok pencapaian demi pencapaian Janna Nick, berkat kerja keras dan niat mulia membantu keluarga tercinta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan persiapan mental semata, tapi persiapan kesihatan pada usia senja juga perlu dijaga umpamanya dengan mengamalkan Minyak Ikan Omega-3 dan CoQ10 kalau nak pakai badan lama!
Gaya hidup sihat bukan sahaja membantu mengekalkan tenaga, malah dapat mencegah pelbagai risiko penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan masalah jantung yang semakin tinggi seiring pertambahan usia.
Pengambilan suplemen sebagai salah satu langkah pencegahan juga dapat membantu tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi, terutamanya apabila badan mula kekurangan zat yang penting untuk kesihatan keseluruhan.
Kebaikan Minyak Ikan Omega-3 & CoQ10
Usia dewasa adalah waktu yang sangat sibuk. Mengamalkan suplemen adalah cara bijak untuk memenuhi keperluan vitamin yang diperlukan tubuh badan. Tapi, suplemen apakah yang terbaik untuk diamalkan?
Minyak Ikan Omega-3 terkenal dengan manfaatnya untuk kesihatan jantung. Kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang mengandungi asid lemak EPA dan DHA, yang terdapat dalam Omega-3 dapat menyokong kesihatan jantung secara menyeluruh.
EPA dan DHA berperanan dalam mengekalkan tahap trigliserida yang sihat serta membantu menstabilkan tekanan darah. Dengan manfaat ini, Omega-3 dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan fungsi kardiovaskular, menjadikannya pilihan penting untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung.
CoQ10 merupakan suplemen penting yang membantu mengekalkan tahap lipid darah yang sihat, termasuk trigliserida dan kolesterol, sekali gus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Ia berperanan mengurangkan pengoksidaan dan kerosakan akibat radikal bebas pada lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) iaitu kolesterol jahat yang boleh menyebabkan penyumbatan arteri.
Sebagai antioksidan, CoQ10 juga menyokong kesihatan saluran darah seperti arteri, vena, dan kapilari, memastikan peredaran darah yang lancar dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
GAYA HIDUP
Sebelum ditimpa penyakit, adalah lebih baik untuk mencegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Mulakan dengan senaman secara konsisten, yang membantu meningkatkan stamina dan kesihatan jantung.
Jaga pemakanan dengan memilih makanan yang seimbang dan berkhasiat, serta kurangkan makanan bergula dan berlemak. Pengambilan suplemen yang betul juga boleh menyokong keperluan nutrisi harian, memastikan tubuh mendapat zat penting yang mungkin tidak mencukupi melalui diet sahaja.
Hari Jantung Sedunia
Sempena sambutan Hari Jantung Sedunia, jenama suplemen terkenal dari Australia, BLACKMORES bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung.
Penting untuk memilih suplemen dengan reputasi terbaik. Suplemen atau makanan tambahan bukan sahaja perlu disahkan halal, malah dibuat mengikut standard pengilangan tertinggi, menepati piawaian GMP dan telah diuji selamat.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan suplemen jenama ini bolehlah berkunjung ke booth BLACKMORES di Aeon Mall, Shah Alam bermula 24-29 Sep 2024 ini pada jam 10.00 pagi – 10.00 malam. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan adalah:
Ceramah Kesihatan
Percubaan produk BLACKMORES
Pelbagai aktiviti menyeronokkan
Usah lepaskan peluang ini untuk memulakan gaya hidup sihat dari sekarang. Maklumat lanjut tentang produk BLACKMORES, boleh layari: https://www.blackmores.com.my/.
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Tanggal 2 Februari lalu pastinya menjadi momen indah buat usahawan Nur Amirah Maulat Abdullah apabila dia kembali bergelar isteri.
Tampil berbusana indah serba putih di majlis pernikahan, jelas terserlah wajah bahagia wanita cantik ini di samping suami tercinta, Ihsan Yusof.
Menariknya, Nur Amirah atau mesra disapa Mira tidak mengambil khidmat jurusolek untuk hari bahagia tersebut.
Sebaliknya, dia selesa menata rias wajah sendiri dan ternyata naik seri wajah Mira!
Selepas bertahun-tahun naik turun mahkamah, dia akhirnya bercerai namun kekuatan Mira sebagai ibu tunggal meraih perhatian khalayak.
Mira merupakan pengasas Kayra Health & Beauty. Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Azkayra Malaiqa dan Asytar Malik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kepul-kepul asap dari hembusan rokok, sekalipun tak kelihatan di mata kasar namun yang melekat pada rambut serta baju tetap memudaratkan. Inilah yang terpaksa ‘ditelan’ oleh wanita moden berkerjaya dalam persekitaran tempat yang dikelilingi perokok. Dalam bahaya, tidak mustahil kesihatan juga terancam gara-gara asap rokok pasif atau dikenali second-hand smoker.
Menurut kajian, perokok pasif adalah mereka yang secara tidak sengaja dipaksa menyedut asap rokok yang dihembuskan oleh perokok.
Walaupun seseorang wanita itu tidak merokok tetapi beliau terdedah kepada asap yang dihembus keluar daripada mulut rakan perokok di pejabat dan tempat-tempat awam yang dikunjungi.
Tak adil, bayangkanlah kelompok perokok pasif sebenarnya terdedah kepada ancaman asap rokok yang dihembus oleh perokok aktif. Ketika bekerja dan dikelilingi perokok aktif, kesihatan kita masih boleh terancam kerana rokok yang dinyalakan akan melepaskan asap rokok yang mengandungi lebih 7000 bahan kimia, dan kira-kira 250 daripadanya dikenal pasti berbahaya termasuk mengandungi hydrogen cyanide, karbon monoksida dan ammonia.
TAR seringkali disalah erti sebagai bahan yang digunakan dalam pembuatan jalan raya tetapi TAR yang dibincangkan sebenarnya adalah sisa-sisa zarah yang terkandung dalam asap rokok.
Apabila nikotin dan wap air dikeluarkan dari asap rokok, yang tertinggal adalah TAR dan TAR ini boleh melekat kepada perabot, beg, baju mahupun kulit kita. Walaupun rokok telah dipadam, bahan kimia toksiknya tetap boleh menjejaskan kesihatan orang yang berhampiran.
Berdasarkan penyelidikan, sebanyak 4 daripada 10 orang di Malaysia yang bekerja di dalam bangunan terdedah kepada asap rokok basi yang turut akan memberi kesan negatif terhadap perokok pasif.
PENYELESAIAN BEBAS ASAP
Bagaimana boleh majikan serta para perokok menangani masalah merokok ini di tempat kerjaya? Pada mereka yang merokok, berhenti merokok merupakan cara yang terbaik untuk masalah ini, namun bukan kesemua orang boleh berhenti ataupun mahu berhenti.
Oleh itu, majikan boleh mengambil dan mempertimbangkan langkah untuk memelihara kesihatan para pekerja terutamanya golongan wanita dan mereka yang tidak merokok.
(1) Majikan menganjurkan ceramah kesihatan berkaitan dengan pengurangan bahaya tembakau (Tobacco Harm Reduction)
Kempen Tobacco Harm Awareness merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya rokok dan kesan buruknya terhadap kesihatan.
Tujuannya adalah untuk memberikan informasi kepada masyarakat tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok dan mendorong perubahan perilaku untuk mengurangkan atau menghentikan penggunaan tembakau.
Antara yang boleh dilakukan adalah memberi pendidikan kesihatan, umpamanya menyediakan maklumat yang jelas dan mudah difahami tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok. Majikan juga boleh menawarkan program bantuan untuk berhenti merokok seperti sesi kaunseling, aplikasi berhenti merokok atau kelompok sokongan.
(2) Mengadakan minggu bebas asap rokok dan menggalakkan gaya hidup aktif
Dengan mewujudkan persekitaran bebas asap rokok di tempat kerja, majikan dapat mengurangkan bahaya terhadap dedahan bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Apabila udara persekitaran bersih dan segar, barulah kesihatan terjamin serta mengurangkan risiko berkaitan asap rokok.
Dengan menggalakkan perokok untuk berubah kepada penggunaan produk alternatif bebas asap seperti Heated Tobacco Product (HTP) yang mampu mengurangkan kemudaratan kesihatan sebanyak 95% berbanding menghisap rokok tradisional.
HTP merupakan produk yang hanya memanaskan tembakau dan tidak membakar, oleh itu ia tidak melepaskan asap rokok yang merupakan punca utama penyakit berkaitan rokok.
Menyedari ruang persekitaran bekerja mengambil 1/3 masa kehidupan kita, penting untuk memastikan ia selesa serta selamat untuk semua pekerja termasuklah golongan bukan perokok, tidak kira lelaki mahupun wanita.
Bertukarlah kepada gaya hidup yang lebih sihat demi kebaikan semua pihak. Dunia tanpa asap rokok bukan saja menyegarkan, malah tanda prihatin kita terhadap kesihatan diri serta orang tersayang!