Wajah Nur Syakirin Husnal Az’hari sememangnya cukup sinonim dengan saluran televisyen membeli-belah Go Shop selama beberapa tahun lamanya. Keletahnya yang bersahaja mempromosikan pelbagai barangan menjadikan dirinya menjadi sebutan sehingga sering digelar kakak Go Shop!

IKLAN

Raih CGPA 3.98, Bekas Pengacara GO SHOP, SYAKIRIN HUSNAL Dinobat Graduan Terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK

Pada usia 33 tahun, ibu kepada dua cahaya mata ini boleh berbangga dengan pencapaian akademik yang dimilikinya kerana baru-baru ini, dia telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana.

Menjengah laman Instagram miliknya, Syarikin Husnal merupakan graduan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam jurusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pemasaran). Lebih membanggakan, Syakirin menamatkan pengajiannya dengan memperolehi purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.98 dan sekaligus dinobatkan sebagai pelajar terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK.

Raih CGPA 3.98, Bekas Pengacara GO SHOP, SYAKIRIN HUSNAL Dinobat Graduan Terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK

Berkongsi perjalanan sebelum menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang, graduan dalam bidang kejuruteraan  biokimia dari Donyang Mirae University dan Yonsei University Korea Selatan ini mengakui bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu ketika menyambung pelajaran.

Raih CGPA 3.98, Bekas Pengacara GO SHOP, SYAKIRIN HUSNAL Dinobat Graduan Terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK

Tambah syakirin lagi, ketika menyambung pengajian dia hamil dan banyak melakukan kerja luar  serta terlibat menyertai kegiatan ko-korikulum dan menguruskan kempen pilihan raya. Wanita yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Korea sememangnya bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga serta pelajaran agar apa yang diimpikan dapat tercapai.

Raih CGPA 3.98, Bekas Pengacara GO SHOP, SYAKIRIN HUSNAL Dinobat Graduan Terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK

IKLAN

“Alhamdulillah saya mempunyai sistem sokongan yang kuat. Dan sudah tentu, saya banyak berkorban untuk berada di tahap ini, terutamanya berkorban masa lapang. Sesungguhnya tiada yang lebih menggembirakan selain dapat melihat hasil jerih payah ,” kongsinya apabila pengikut Instagramnya mengajukan pertanyaan bagaimana dia berjaya menamatkan pengajiannya walaupun sibuk.

Raih CGPA 3.98, Bekas Pengacara GO SHOP, SYAKIRIN HUSNAL Dinobat Graduan Terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK

Raih CGPA 3.98, Bekas Pengacara GO SHOP, SYAKIRIN HUSNAL Dinobat Graduan Terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK

IKLAN

Pasti ramai yang merindui kelibatnya di rangkaian Go Shop, bukan?  Syakirin sudah menamatkan perkhidmatannya bersama Astro selepas 11 tahun berkidmat di syarikat penyiaran terbesar negara itu. Baru-baru ini, Syakirin dilihat memulakan tugas rasminya dalam sektor kerajaan.

Raih CGPA 3.98, Bekas Pengacara GO SHOP, SYAKIRIN HUSNAL Dinobat Graduan Terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK

Raih CGPA 3.98, Bekas Pengacara GO SHOP, SYAKIRIN HUSNAL Dinobat Graduan Terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK

Untuk rekod, Syakirin mendirikan rumah tangga pada 23 November 2013. Hasil perkongsian hidup dengan Muhammad Faris Arriffin, mereka dikurniakan  dua orang cahayamata.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI