IKLAN

“To be honest, I tengah belek gambar-gambar kitaorang,” itulah ungkapan yang dizahirkan oleh Intan Maizura Othaman tatkala penulis menghantar pesanan melalui Whatsapp pagi tadi. Sambil membaca posting mengenai perkenalannya dengan Hazrin atau lebih mesra dipanggil Rain, posting tersebut menjadi luahan rasa dirinya untuk dikenang oleh dua orang permata hatinya. Kehilangan pesawat penumpang Boeing 777 yang hilang daripada skrin radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dengan 239 penumpang terus membelenggu fikiran pakar penerbangan, anggota keluarga, sahabat dan seluruh dunia.

‘SEJUJURNYA SAYA AMAT MERINDUI DIA. HARI  NI GAMBAR DIA JADI PENEMAN,”- 5 TAHUN INTAN MAIZURA MASIH MENANTI JAWAPAN MH370

Hari ini genap 5 tahun hari peringatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Terlalu  banyak linangan air mata, pengorbanan serta tekanan psikologi yang dilalui oleh ahli keluarfga yang kehilangan insan tersayang terutamanya waris keluarga MH370. Ternyata mereka  tidak pernah putus harap memburu jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Operasi pencarian terakhir pesawat itu berakhir Mei tahun lepas apabila syarikat eksplorasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu selepas melakukan pencarian lebih 112,000 kilometer persegi di dasar laut selama lebih tiga bulan tempoh operasi. Sehingga kini, hanya tiga serpihan sayap, dikenali sebagai flaperon, disahkan berasal dari pesawat Penerbangan MH370.

Lima tahun menanti jawapan yang pasti, isteri kepada kru pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Mohd Hazrin Hasnan redha dengan ketentuan Yang Maha Esa terhadap apa yang dilaluinya kini. Walaupun wajahnya mengukir senyuman, namun di sebalik senyuman tersebut tersimpan seribu makna yang sukar digambarkan melalui kata-kata.  Mahu bangkit dari kepiluan sejak insiden itu, isteri kepada pramugara pesawat malang itu, Mohd Hazrin Mohamad Hasnan menjadi wanita yang semakin tabah dari hari he hari.

‘SEJUJURNYA SAYA AMAT MERINDUI DIA. HARI  NI GAMBAR DIA JADI PENEMAN,”- 5 TAHUN INTAN MAIZURA MASIH MENANTI JAWAPAN MH370

“Ya, saya sudah tabah dan redha sejak kejadian itu. Saya pujuk diri supaya kuat meneruskan kehidupan, meskipun persoalan di benak fikiran ini belum bertemu noktah,” ujar Intan yang  kini tampil lebih yakin dengan mengorak langkah menceburkan diri dalam aktiviti lasak pilihannya, memanjat gunung sejak dua tahun yang lalu. Aktiviti mendaki menjadi pilihan dirinya selepas mendapati ia merupakan satu aktiviti fizikal yang bukan sahaja menguji dari segi fizikal, malah turut melibatkan daya ketahanan mental yang tinggi.

‘SEJUJURNYA SAYA AMAT MERINDUI DIA. HARI  NI GAMBAR DIA JADI PENEMAN,”- 5 TAHUN INTAN MAIZURA MASIH MENANTI JAWAPAN MH370

IKLAN

Tambah Intan lagi, kali pertama dia mencuba aktiviti mendaki bersama suami tersayang sekitar tahun 2013. Ketika itu, dia dan suami mencuba mendaki Bukit Tabur yang terletak di Melawati.

“Kali pertama Intan mencuba aktiviti mendaki bersama arwah pada tahun 2013. Ketika itu, kami berdua sekadar mencuba aktiviti berkenaan tanpa persediaan yang lengkap. Bayangkan, dengan hanya berbekalkan air minuman yang sedikit serta kasut dan peralatan mendaki yang terhad, kami berjaya mengatasi cabaran tersebut walaupun arwah bukanlah seorang yang gemarkan aktiviti luar.

“Walaupun kami berjaya mencuba aktiviti tersebut, tetapi banyak perkara yang kami abaikan. Bayangkan, selepas turun dari bukit tersebut, saya google dan dapati ia adalah kawasan yang berbahaya. Tetapi Alhamdulillah, ia mengukir antara kenangan manis antara saya dan arwah. Kini, saya turut membawa Iman dan Muhammad mendaki bersama saya kerana saya mahu dedahkan mereka terhadap aktiviti ini,” ujar Intan mengenang kembali saat manis mencuba aktiviti mendaki bersama suami tersayang.

IKLAN

‘SEJUJURNYA SAYA AMAT MERINDUI DIA. HARI  NI GAMBAR DIA JADI PENEMAN,”- 5 TAHUN INTAN MAIZURA MASIH MENANTI JAWAPAN MH370

“Hari ini, album foto kenangan bersama suami menjadi peneman saya, Iman dan Muhammad. Rasa rindu semakin menebal terhadap dirinya. Malah, setiap kali melihat Muhammad, rasa rindu dan sayu menyelubungi diri apatah lagi raut wajahnya saling tidak tumpah seperti bapanya. Hanya berbekalkan gambar Hazrin, kerinduan Muhammad terubat seketika.

‘SEJUJURNYA SAYA AMAT MERINDUI DIA. HARI  NI GAMBAR DIA JADI PENEMAN,”- 5 TAHUN INTAN MAIZURA MASIH MENANTI JAWAPAN MH370Di sebalik air mata Intan yang entah kali ke berapa gugur, sudah tentu yang paling utama buat dirinya, adalah untuk mendapatkan pengakhiran muktamad tentang insiden misteri tersebut. Tatkala mengakhiri pesanan whatsapp bersama penulis, Intan sempat mengucapkan terima kasih terhadap kata-kata dorongan dan semangat yang dicurahkan oleh rakyat Malaysia yang masih menanti pengakhiran muktamad peristiwa tersebut. Semoga keluarga waris MH370 diberi petunjuk untuk mendapatkan pengakhiran muktamad mengenai insiden yang dianggap misteri itu dan seluruh rakyat Malaysia juga turut sama berharap pengakhirannya bernoktah dengan sempurna.

 

Sumber:Astro Awani & Instagram Intan Maizura Othaman

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI