Alhamdulillah dan tahniah buat aktor Saharul Ridzwan atas kelahiran cahaya mata terbaharu! Tahu-tahu je isteri Saharul sudah selamat bersalin anak perempuan hujung Januari lepas. Genap berusia seminggu pada 31 Januari, pasangan suami isteri ini mengumumkan nama puteri mereka kepada peminat.

IKLAN

“Bismillahirahmanirahim. BismillahiMasyaAllah. MasyaAllah Tabarakallah. Assalammualaikum. Semalam genap 7 hari kelahiran puteri solehah kedua kami, telah selamat ditahniqkan dan di cukur rambutnya serta diberi nama. Alhamdulillah.

Nama diberi, KHADIJAH ALKUBRAA.

Sempena nama isteri Baginda Rasulullah s.a.w, Saidatina Khadijah Al-Kubra r.a, ketua bidadari syurga.

Semoga anak solehah ini, Khadijah Alkubraa membesar dengan sihat, pintar, baik ahlak serta rupa parasnya, disayangi dan disenangi ramai, menjadi hafizah Quran, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t.”

Sejuk Mata Tengok ‘Bidadari’ SAHARUL RIDZWAN! Selamat Lahir Anak Ketiga Diberi Nama Khadijah Alkubraa
Kredit Instagram @deenaemir

Qaabila Deena Emir atau lebih dikenali sebagai Deena Emir ini ialah suri hati pelakon tampan, Saharul Ridzwan. Sebelum berkahwin dengan aktor tersebut lagi, Deena sudah pun mempunyai empayar niaga sendiri dan bergelar pemilik Wrap Boutique House.

IKLAN

Wanita cantik keturunan Melayu-Arab ini baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-35 pada 12 Januari lalu. Sepanjang pembabitan Deena dalam perniagaan, dia pernah menjual busana muslimah, tudung dan mengeluarkan jenama kecantikan sendiri iaitu Qaabila Beauty.

Sejuk Mata Tengok ‘Bidadari’ SAHARUL RIDZWAN! Selamat Lahir Anak Ketiga Diberi Nama Khadijah Alkubraa
Kredit Instagram @deenaemir
Sejuk Mata Tengok ‘Bidadari’ SAHARUL RIDZWAN! Selamat Lahir Anak Ketiga Diberi Nama Khadijah Alkubraa
Kredit Instagram @deenaemir
Sejuk Mata Tengok ‘Bidadari’ SAHARUL RIDZWAN! Selamat Lahir Anak Ketiga Diberi Nama Khadijah Alkubraa
Kredit Instagram @deenaemir
Sejuk Mata Tengok ‘Bidadari’ SAHARUL RIDZWAN! Selamat Lahir Anak Ketiga Diberi Nama Khadijah Alkubraa
Kredit Instagram @deenaemir
Sejuk Mata Tengok ‘Bidadari’ SAHARUL RIDZWAN! Selamat Lahir Anak Ketiga Diberi Nama Khadijah Alkubraa
Kredit Instagram @deenaemir

Di bawah jenama berkenaan, Deena dan suami tercinta melancarkan produk Habbatussauda Skin Serum.

IKLAN

Beruntungnya Saharul Ridzwan dikurniakan isteri yang bukan je taat tapi pandai berniaga. Deena Emir ni memang lambang wanita muslimah berjaya dan patut dijadikan inspirasi. Bahkan penampilan Deena yang cukup sopan dan menjaga aurat sebagai wanita juga sejuk mata memandang.

Pasangan ini selamat bernikah pada 16 September 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali yang berusia lima tahun dan Fateema Azzahra, dua tahun.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI