Pandemik COVID-19 di ketika ini sangat menggerunkan kerana virus ini sedang bermaharajalela di seluruh dunia. Saban hari pasti ada saja kes baharu yang dilaporkan dan beberapa buah syarikat telah mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah.

Sekatan Sementara Visa Umrah Akibat COVID-19, Suasana Di Kota Mekah TETAP SAMA Kongsi DS Shahida

IKLAN

Kerajaan Arab Saudi juga telah mengambil langkah yang tepat dengan melakukan sekatan sementara visa umrah dan pelancong ke sana berikutan penularan COVID-19 bermula 27 Februari lalu. Walaupun ramai jemaah yang sepatutnya mengerjakan ibadah umrah kecewa tetapi pasti hikmah yang lebih besar sedang menanti.

Sekatan Sementara Visa Umrah Akibat COVID-19, Suasana Di Kota Mekah TETAP SAMA Kongsi DS Shahida

Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang merupakan isteri kepada Jutawan Kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman adalah insan bertuah kerana sempat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah beberapa hari sebelum sekatan dilaksanakan. Menghubungi Datin Seri Nur Shahida atau lebih mesra disapa DS Shahida ini untuk bertanya khabar, nyata menurutnya suasana di Masjidil Haram tidak berubah sama sekali.

Sekatan Sementara Visa Umrah Akibat COVID-19, Suasana Di Kota Mekah TETAP SAMA Kongsi DS Shahida

“Kami sekeluarga dalam keadaan baik di sini. Alhamdulillah semua okay sahaja di sini. Orang tetap ramai dan di kawasan Masjidil Haram sentiasa penuh. Suasana masih sama kalau lambat datang ke masjid memang kena solat di luar,” bicara DS Shahida dengan lembut.

Sekatan Sementara Visa Umrah Akibat COVID-19, Suasana Di Kota Mekah TETAP SAMA Kongsi DS Shahida

Syukur keadaan di sana masih sama walaupun sekatan telah dijalankan oleh Kerajaan Arab Saudi. Semoga sekatan ini hanyalah sementara dan umat Islam dibenarkan semula untuk melakukan ibadah umrah seperti sediakala.

Dalam pada itu sempat juga bertanyakan kepada DS Shahida tentang suaminya. Apabila diajukan pertanyaan jika Dato’ Seri Aliff Syukri bukan disleksia agaknya adakah beliau berjaya seperti sekarang? “Saya rasa tak,” jawab DS Shahida.

Sekatan Sementara Visa Umrah Akibat COVID-19, Suasana Di Kota Mekah TETAP SAMA Kongsi DS Shahida

IKLAN

Tambahnya lagi, “Sebab pesakit disleksia ni kan luar biasa dan sering berfikiran di luar kotak. Mungkin itu rezeki Dato’ sebabnya beliau sekolah memang tak pandai. Dato’ boleh membaca ketika darjah 4 dan pernah masuk kelas peralihan waktu tu. Siapa sangka dia berjaya seperti sekarang.

Anak saya, Qadejah (Qadejah El Zahra) juga telah disahkan disleksia. Pada mulanya kami tak tahu pun dia ada disleksia. Saya hantar dia ke sebuah tadika waktu tu, saya perasan dia suka pakai kasut terbalik.

Sekatan Sementara Visa Umrah Akibat COVID-19, Suasana Di Kota Mekah TETAP SAMA Kongsi DS Shahida

IKLAN

Tapi masa tu saya fikir mungkin sebab dia kecil lagi. Apabila Qadejah berusia 6 tahun dan nak masuk darjah 1 keputusan peperiksaannya teruk sangat. Ini kerana dia tak boleh jawab soalan periksa langsung. Tulis terbalik-terbalik dan nama sendiri tak tulis dengan betul.

Sekatan Sementara Visa Umrah Akibat COVID-19, Suasana Di Kota Mekah TETAP SAMA Kongsi DS Shahida

Cikgu beritahu Qadejah mempunyai simptom disleksia sebab tak boleh fokus dalam pelajaran dan selalu bermain dalam kelas. Masa tu saya tak tahu apa itu disleksia. Cikgu tersebut sarankan buat ujian saringan. Bila dah buat ujian memang betul Qadejah adalah kanak-kanak disleksia. Namun begitu Qadejah lebih kepada seni dan keistimewaa Qadejah ialah suka melukis apa yang orang tak fikir pun nak lukis.

Sekatan Sementara Visa Umrah Akibat COVID-19, Suasana Di Kota Mekah TETAP SAMA Kongsi DS Shahida

Saya ambil cikgu khas untuk latihan otaknya (brain gym). Bila saya tengok dia penat ke sekolah akhirnya saya ambil cikgu datang rumah. Cara pembelajaran mereka tak sama macam anak-anak biasa,” terang DS Shahida.

Foto: Instagram @shahidadherbs

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI