Bukan mudah melalui hari-hari mendatang selepas disahkan menghidap kanser payudara. Timbul rasa gusar, adakah masa depan akan gelap atau keadaan kita bakal membebankan ahli keluarga yang menjaga? Semua ini antara soalan yang bertubi-tubi mengganggu fikiran pesakit yang diuji penyakit pembunuh No. 1 wanita itu. Kisah pejuang kanser payudara, Saliza Khalid ini menyuntik inspirasi.

Selepas menggenggam ijazah, Saliza Khalid atau Lizz menyertai Avon dan beliau melakar sejarah sebagai salah seorang Pengurus Pemasaran Malaysia yang hebat.

IKLAN

11 tahun bersama jenama itu, tiba-tiba Lizz disahkan menghidap kanser payudara. Beliau merakam penghargaan khas untuk Avon yang selalu memberi motivasi agar berjuang untuk sembuh.

Sel Kanser Payudara Merebak Pantas, Saliza Khalid Bersemangat Lawan Penyakit Agar Segera Sembuh

 

“Saya banyak mengendalikan kempen Avon Breast Cancer sewaktu bersama Avon. Walaupun penyakit saya merebak secara mengejut, tapi saya tahu apa yang mesti dilakukan.

Saya tahu saya mampu ‘menang’ dalam perjuangan ini dan teruskan kehidupan dengan positif.

Avon sentiasa menemani perjalanan saya. Sokongan itu memberi semangat kepada saya untuk sembuh dan kini saya lebih menikmati hari-hari yang dilalui bersama famili.” Saliza Khalid

Sel Kanser Payudara Merebak Pantas, Saliza Khalid Bersemangat Lawan Penyakit Agar Segera Sembuh

 

Saliza percaya bahawa jenama itu lebih dari sekadar perniagaan. Ia adalah keluarganya. Lima tahun kemudian beliau meletak jawatan untuk memberi perhatian pada suami dan anak-anak tersayang.

Kini Saliza masih aktif menyertai program-program berkaitan kanser payudara yang dianjurkan oleh Avon, badan NGO dan sebagainya. Beliau tekad mahu membantu menyebarkan kesedaran kanser payudara di kalangan wanita.

 

KEMPEN

Avon menganjurkan Kempen #NormalForMe secara global sepanjang bulan Oktober sempena meraikan Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan pemahaman masyarakat tentang kanser payudara.

“Kami mahu menormalisasikan perbualan tentang kesihatan payudara dan membantu orang ramai supaya tahu akan tanda-tanda awal kanser payudara dan langkah penjagaan yang boleh diambil.

IKLAN

Kami menyeru wanita dan lelaki di luar sana untuk berkongsi tiga perkataan yang menggambarkan payudara mereka di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok untuk membantu meningkatkan kesedaran dan mengingatkan orang ramai akan pentingnya pemeriksaan kendiri.

Bangkit dan bantu dalam mencegah kanser payudara dengan berkongsi tiga perkataan yang anda rasa mampu untuk mengajak rakan, ibu mahupun kakak anda untuk melakukan pemeriksaan. Periksa. Kongsi. Senyum.” Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Avon, Angela Cretu

Usaha murni Kanser Payudara Avon Malaysia bermula pada tahun 1994 melalui pelancaran Kempen Kesan Barah Awal (KEBAL), yang kemudiannya dilancarkan semula sebagai Kiss Goodbye to Breast Cancer (KGBC) pada 2002 oleh Menteri Kesihatan Malaysia ketika itu.

Sel Kanser Payudara Merebak Pantas, Saliza Khalid Bersemangat Lawan Penyakit Agar Segera Sembuh

 

IKLAN

Dalam tempoh 28 tahun, kempen itu telah menyumbang lebih RM2 juta kepada hospital, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak yang berkaitan. Ini termasuk pendermaan berbentuk wang, penajaan mesin mamogram dan biopsi kepada pusat kanser payudara, dan saringan mamogram secara percuma turut dilaksanakan sebagai program jangkauan.

Melalui kerjasama dengan rakan perkongsian strategik, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kementerian Kesihatan, Avon Malaysia juga telah menjelajah seluruh negara untuk menyebarkan pengetahuan tentang Pemeriksaan Kendiri Kanser Payudara ke kawasan bandar dan luar bandar dalam dekad yang lalu.

Sel Kanser Payudara Merebak Pantas, Saliza Khalid Bersemangat Lawan Penyakit Agar Segera Sembuh

 

Bulan Kesedaran Kanser Payudara berlangsung sepanjang Oktober dan Kempen #NormalForMe Avon bermula secara rasmi pada 1 Oktober 2022.

 

CARA-CARA SERTAI

  • Avon menyeru anda yang mempunyai akaun Facebook, Instagram atau Twitter untuk menyertai bulan Kesedaran Kanser Payudara ini.
  • Kongsi tiga perkataan yang paling tepat menggambarkan payudara anda dan gunakan hashtag #NormalForMe.
  • Bantu Avon meningkatkan kesedaran tentang pengesanan awal kerana pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa!
  • Lawati shop.avon.my dan beli produk sambil bantu mengumpul dana untuk rakan kongsi amal kanser payudara kami, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk membiayai pemeriksaan payudara, program jangkauan dan penyebaran maklumat kepada orang ramai di Malaysia.

 

Tunggu jap! Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (klik link sini)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI