Pemutihan kulit secara cepat bukan lagi suatu cerita baru. Walau sudah banyak tragedi buruk menimpa wanita tetapi keghairahan untuk memiliki kulit yang putih tetap berleluasa.
IKLAN
Bagi wanita Asia, kulit yang putih adalah simbol kecantikan dan ia mampu meningkatkan keyakinan diri. Kegilaan wanita Barat untuk memiliki kulit yang sawo matang pula langsung tidak memberi kesan pada trend tersebut.
Keadaan cuaca dan geografi Asia yang panas dan lembap dikatakan menjadi punca kulit kusam, bintik hitam dan pigmentasi di bawah kulit. Masalah mula timbul apabila kesan pemutihan kulit yang tidak terkawal mengakibatkan kulit lebih rosak.
Kesan sampingan pemutihan seperti penggunaan merkuri yang melebihi dos, penggunaan hidrokuinon yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit yang lebih kronik atau membawa maut.
Pengelupasan kulit ini boleh menyebabkan melanin kulit terhakis. Tanpa melanin kulit menjadi lemah dan tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari.
Faktor-Faktor Yang Menjejaskan Warna Kulit
(a) Dalaman
Tekanan, stres, letih, lesu, gangguan fungsi kelenjar endokrin, pengaruh ubat-ubatan, penyakit kulit, proses penuaan, kurang tidur dan genetik.
IKLAN
(b) Luaran
Penggunaan produk kosmetik yang tidak berkualiti, terdedah lama di bawah sinar matahari dan UV, rawatan kulit yang salah serta pencemaran udara dan radikal bebas
Panduan Asas Jaga Kulit
IKLAN
Elakkan membersihkan wajah tanpa menanggalkan solekan. Gunakan tisu basah atau pembersih khas solekan terlebih dahulu.
Bersihkan solekan di mata dengan berhati-hati. Kulit di sekitar mata amat sensitif. Jika tidak berhati-hati akan mengakibatkan masalah lingkaran gelap bawah mata.
Jangan menggunakan skrub wajah yang terlalu kasar. Penggunaan skrub terlalu kasar boleh mencederakan kulit.
Gunakan serum atau pelembap muka setiap hari.
Dapatkan nasihat doktor dan ambil suplemen yang sesuai jika masalah ini berlarutan.
(1) Kulit Sensitif
Elak menggunakan produk yang mempunyai alkohol, wangian atau lanolin. Bebas pewangi tidak bermakna ia bebas kimia.
Jangan kerap menukar produk. Sebaiknya, setia pada produk yang terbaik untuk anda.
Elak bersolek secara kerap apatah lagi solekan yang tebal.
Pilih skrub yang tidak terlalu kasar untuk mengurangkan iritasi pada kulit.
(2) Kulit Berminyak
Bersih wajah anda sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Gunakan tuala khas untuk mengelap wajah anda. Jangan menggunakan tuala yang sama untuk mengelap badan kerana kulit berminyak sangat sensitif.
Pilih suplemen yang mengandungi vitamin C.
(3) Kulit Kombinasi
Jika ingin tahu kulit jenis ini, anda akan berasa kering pada kawasan zon-T dan licin di bahagian yang lain selepas mencuci wajah.
Elakkan membersihkan wajah dengan menggunakan produk yang berunsurkan buih kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan pengeluaran minyak secara berlebihan.
(4) Kulit Berjerawat
Jika anda mempunyai masalah ini, anda disarankan untuk berjumpa pakar kulit untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
Elakkan tabiat mencuci muka dengan kasar dan menggunakan produk pembersih yang tidak diketahui kandungannya.
Seandainya anda berpeluh, pastikan anda mengelapnya terus. Usah biar ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit.
Elakkan memicit jerawat pada muka anda dengan kuku. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita sudah sampai ke penghujung tahun dan sebagai wanita yang mementingkan kecantikan pasti sudah tahu apa yang perlu dicapai sepanjang tahun lalu. Terus mengorak langkah pada tahun hadapan di samping mengekalkan kecantikan yang sedia ada.
Sudah tiada kemusykilan lagi tentang inti pati produk dan mahir tentang keperluan diri sendiri. Ayuh ayunkan langkah mengecap kulit sihat dan bersih sempurna pada tahun yang mendatang!
(1) ERBORIAN HOLIDAY GIFTING
Hujung tahun pasti meriah dengan acara bertukar hadiah. Erborian telah mengeluarkan produk yang istimewa buat Disember ini. Mahu kelihatan menarik sepanjang hari hingga ke malam boleh menggunakan magis daripada Party Perfection Pair.
Kombinasi CC Crème yang menyerlahkan kulit wajah dan Pink Perfect Crème membuat penampilan kelihatan hebat dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Pasti kelibat anda mencuri tumpuan setiap mata yang memandang.
(2) PINK BAUBLE SET
L’occitane menyediakan solusi bagi yang masih tercari-cari hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang hujung tahun ini. Rangkaian produk penjagaan diri ini mengambil inisiatif agar setiap orang melebarkan kasih sayang dan hidup dengan harmoni tersayang insan yang terdekat.
Salah satu opsyen menjadi pilihan adalah Pink Bauble Set. Mengandungi item yang wajib ada seperti Aromachologie Pillow Mist Relax! yang merupakan pilihan tepat sepanjang cuti hujung tahun. Koleksi ini turut mengandungi essential oil of lavender, bergamot, mandarin sweet orange and geranium untuk sensasi kulit yang diidamkan setiap wanita.
(3) STRIKING NIGHTS EYE PALETTE
Produk yang wajib dimiliki oleh setiap wanita pada hujung ini sudah pasti pembayang mata daripada rangkaian kosmetik antarabangsa Givenchy. Striking Nights Eye Palette yang mudah disapu dan ringan bersama tekstur berkrim membuat sapuan lebih tahan lama.
Bentuk bintang yang terukir di dalam palet menjanjikan sensasi yang luar biasa dengan pilihan warna yang menggoda. Menghasilkan kesan natural refleksi rona merah samar dan biru yang sentiasa menjadi pilihan gadis lincah. Lebih istimewa boleh juga disapu di atas tulang pipi untuk menyerlahkan solekan.
(4) SNOW BALL MINI LIP GLOSS KIT
Siapakah yang tidak jatuh hati melihat himpunan rona pengilat bibir yang indah dan disertakan bersama kilauan keemasan beg kecil atau mini pouch? Rangkaian kosmetik terkenal MAC telah menyediakan bingkisan istimewa buat semua wanita yang gemar bergaya.
Pilihan ini boleh dipakai sendiri atau dihadiahkan kepada yang tersayang. Koleksi Snow Ball Mini Lip Gloss Kit ini menjadi pilihan mereka yang gemarkan rona lembut dan terang. Mengandungi Be a Little Naughty Cremesheen Glass, Holiday Darling Cremesheen Glass dan Go For Pretty Vamplify.
(5) SK-II RADIANT AURA SET
Istimewa hujung tahun ini SK-II telah mengeluarkan botol edisi terhad yang terbaru SK-II Facial Treatment Essence demi meraikan wanita yang memilih untuk menentukan nasib mereka sendiri.
Facial Treatment Essence ini mempunyai ciri-ciri dramatik dengan tiga mantera Change Destiny yang unik, ‘Jadilah individu yang anda inginkan’, ‘Perubahan adalah di dalam diri setiap individu’ dan ‘Perubahan terletak di tangan anda’ yang terukir di setiap botol.
SK-II Radiant Aura Set mengandungi SK-II Facial Treatment Essence, SK-II GenOptics Aura Essence, SK-II Cellumination Mask in Lotion 100ml, SK-II Cellumination Deep Surge Ex, dan SK-II Whitening Source Derm-Revival Mask.
(6) BETADINE® DAILY FEMININE WASH
Kebersihan bahagian intim sangat penting mengelakkan jangkitan kulat yang boleh menyebabkan kegatalan. Bakteria baik, yang dikenali sebagai Lactobacillus memainkan peranan penting melindungi persekitaran mikro bahagian intim dan mengekalkan keseimbangan pH yang optimum.
Prebiotik memainkan peranan yang penting untuk memastikan mikroorganisma yang bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat. Betadine® Tri-Care Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan Betadine® dengan manfaat prebiotik bagi memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda. Mengandungi bahan semula jadi seperti Immortelle, Deoplex dan Syricalm.
(7) BECCA EYELIGHTS PALETTE
Solekan mata pasti menguja setiap wanita yang mahu tampil dan bergaya. Hujung tahun sudah tentu banyak menerima undangan tidak kira majlis makan malam atau majlis perkahwinan.
Pembayang mata ikonik Becca, Eyelights Palette telah memperkenalkan 7 rona pilihan wanita masa kini iaitu Pearl, Rose Quartz, Moonstone, Opal dan Topaz. Melalui kemasan satin-matte dan high-shine membuat anda kelihatan lebih cantik daripada biasa.
(8) TREASURE BOX COLLECTOR’S SET
Kegembiraan melihat orang tersayang teruja menerima bingkisan yang dihulur sukar diungkap dengan kata-kata. Apa kata hulurkan Treasure Box Collector’s Set daripada rangkaian kosmetik Tarte ini kepada yang tersayang.
Diadunkan sempurna pembayang mata paling laris, pengalit mata, maskara, pemerah pipi dan lipstik yang terbaharu. Koleksi edisi terhad ini sangat istimewa didatangkan untuk menaikkan seri dan dalam masa yang sama melindungi kulit melalui bahan istimewanya Amazonian Clay.
(9) SOFTENING CLEANSING FOAM
Setiap wanita pasti tercari-cari buih pembersih dan boleh menanggalkan solekan dan menyingkirkan kotoran dengan efektif. Berita baik buat semua wanita apabila Cle De Peau Beaute telah memperkenalkan Softening Cleansing Foam yang mempunyai kuasa diidamkan oleh wanita terhadap buih pembersih.
Mempunyai tekstur yang mewah dan lembut berupaya membersihkan kulit wajah daripada sebarang kotoran dan sisa solekan dengan berkesan sambil menyeimbangkan pengeluaran minyak semula jadi bawah kulit.
(10) 24/7 TROUBLEMAKER MASCARA AND EYE PENCIL DUO
Raikan kegembiraan hujung tahun setelah mencapai azam yang direncanakan sepanjang tahun 2017 dengan koleksi daripada Urban Decay, 24/7 Troublemaker Mascara and Eye Pencil Duo. Mulai solekan dengan duo ini yang menjanjikan solekan lebih seksi dan meyakinkan dengan rona hitam pekat memikat. Mascara yang mampu membuat bulu mata lebih panjang dan tebal ini bakal menyerlahkan solekan mata anda yang sudah sedia cantik.
(11) ARGAN EXTRAORDINARY WATER
Penuaan memang proses yang tidak boleh ditahan namun terdapat produk yang boleh menghalang penuaan. Magis Argan Extraordinary Water, koleksi Melvita ini berupaya menyamarkan garis-garis halus yang tersembunyi atas kulit wajah dan menyingkirkan kedutan dengan pantas. Melalui teknologi terkini makmal Melvita setiap wanita pasti kelihatan lebih muda daripada usia yang sebenar dan sesuai dengan kulit wanita Asia. Wajah lebih sempurna melambangkan kecantikan wanita yang unggul. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seiring bertambahnya usia, ulang tahun bukan lagi saat untuk bergembira seperti ketika kita masih di zaman kanak-kanak mahupun remaja. Kita seharusnya mula beradaptasi dengan setiap perubahan yang berlaku terhadap tubuh seiring bertambahnya usia. Ketahuilah bahawa dengan mengenali perubahan-perubahan yang terjadi pada tubuh dapat membantu kita untuk bersiap sedia seterusnya lebih menyayangi tubuh kita sendiri.
30-AN
Secara semulajadi, proses berkurangnya hormon adalah bermula pada usia 30-an. Kadar metabolisma akan menurun sekurang-kurangnya empat ke lima peratus pada setiap tahun. Manakala berat badan pula akan semakin bertambah meskipun seseorang itu rajin bersenam mahupun sentiasa menjaga pola pemakanannya agar tidak berubah sejak usia 20-an.
Peratusan lemak tubuh pula mencapai 25 peratus yang biasanya terkumpul di bahagian punggung, paha dan perut. Lemak ini sangat penting semasa kehamilan namun setelah melahirkan lemak-lemak ini akan lebih cenderung untuk terkumpul di sekitar perut bahagian bawah. Selain itu, terjadinya juga pengurangan massa otot.
Pembentukan sel kulit baru turut berkurangan saat melebihi usia 35 tahun. Ketika ini munculnya kedutan-kedutan terutama jika seseorang itu gemar merokok serta sering terdedah atau kerap bekerja di bawah sinaran matahari tanpa memakai krim tabir suria secara teratur sejak usia 20-an.
Pada awal hingga pertengahan 30-an, kaum wanita akan mudah mencapai puncak seksualitinya atau orgasme. Ini adalah kerana terdapatnya rasa percaya diri, percaya pada pasangan serta akumulasi pengalaman.
40-AN
Usia ini merupakan fasa di mana kaum wanita yang memiliki anak sibuk dengan aktiviti mendidik serta merawat. Metabolisma akan terus menurun. Tanpa senaman yang teratur tubuh akan kehilangan sekurang-kurangnya 250 gram massa otot setahun, sementara lemak pula akan bertambah tiga kali ganda.
Disebabkan oleh kadar estrogen yang terus menurun, kolagen atau protein berisi serat halus dan elastin iaitu protein yang membentuk bahagian utama jaringan serat elastik pada kulit berkurangan sehingga kulit mulai mengering, tidak anjal seterusnya semakin banyak kedutan yang muncul. Berkurangnya elastisiti turut terjadi pada kanta mata yang menyebabkan menurunnya daya penglihatan.
50-AN
Usia ini merupakan bermulanya fasa menopaus bagi kaum wanita. Ketika ini terdapat segelintir kaum wanita yang mengalami gangguan-gangguan seperi insomnia, mood swing, hot flush dan mudah lupa. Menurunnya kadar estrogen akan menstimulasi pengumpulan lemak pada bahagian perut, paha, punggung, cuping telinga, pipi dan bagian bawah mata. Namun, pada beberapa bahagian contohnya hypodermis atau lapisan bawah kulit, lemak terhakis sehingga kulit mengendur serta menipis.
Menopaus juga menyebabkan dinding vagina kering dan kehilangan elastisitinya yang boleh menimbulkan rasa sakit ketika berhubungan intim. Kadangkala, terjadinya melecet akibat tergesel. Bibir vagina mungkin mengecut sehingga menekan klitoris mengakibatkan kadar sensitiviti organ tersebut menurun.
60-AN
Sekiranya pengambilan kalsium mencukupi sebelum ini, tubuh akan lebih lambat mengalami masalah fizik. Wanita yang kekurangan kalsium serta tidak bersenam mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat osteoporosis di mana hilangnya kepadatan tulang.
Hilangnya kadar estrogen turut menyebabkan rambut kian menipis. Namun begitu, rambut di bahagian-bahagian lain menebal serta berwarna lebih gelap. Sel-sel kulit turut kehilangan kemampuan untuk memperbaiki diri sehinggakan sel kulit mati pada wajah tidak lagi sekata. Akibatnya, sinaran matahari akan lebih mudah meninggalkan noda hitam pada wajah.
Sementara berat badan pula mungkin akan berkurangan atau tetap kerana metabolisma tubuh menurun serta nafsu makan juga berkurangan. Minat untuk melakukan hubungan intim juga merosot, dan jika tidak melakukan hubungan intim dalam jangka masa yang lama vagina akan menyusut dan kering.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lumrah bila anak bergelar selebriti, pasti ahli keluarga termasuk ibu menerima tempias dunia glamor. Begitu juga bagi ibu penyayang yang juga ratu hati Mira Filzah, Faizatul Akmar Dato’ Hisan. Penampilan ibu selebriti ini mula menarik perhatian peminat sejak perkahwinan Mira Filzah dan Wan Emir Astar pada 2020.
Faizatul Akmar nyata bertuah kerana dikurniakan tiga orang anak perempuan yang cantik dan bijak. Meskipun ketiga-tiga cahaya mata sudah pun mendirikan rumah tangga namun keakraban ibu anak ini tetap utuh.
Ini terbukti apabila mereka saling bertemu di antara satu sama lain dan mengikuti percutian bersama-sama jika ada masa terluang. Pada Ogos lepas, keluarga bahagia ini berpeluang bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah.
Lengkap mengenakan persalinan sedondon rona biru, terserlah wajah gembira seisi keluarga yang menaiki kapal pelayaran di sana.
“Family time. Alhamdulillah selepas beberapa kali tertangguh, dengan izin Allah dapat juga kami sekeluarga bercuti bersama-sama ke Kota Kinabalu. Walau sangat singkat yang penting quality time together.”
Ternyata Faizatul Akmar menjadi sumber inspirasi ketiga-tiga anak perempuan. Mana tidaknya, bukan sekadar memiliki pesona memikat, isteri Badioezaman Ab Khalik ini juga seorang wanita berpendidikan tinggi dan berpenampilan menarik.
Mengintai laman Instagramnya, terserlah sisi penyayang sebagai ibu dan isteri. Setiap perkongsiannya juga lebih banyak berkisar tentang aktiviti keluarga tersayang.
Genap berusia 56 tahun pada 6 Jun lalu, walau sudah meniti usia lebih separuh abad dan bergelar nenek namun kejelitaannya kekal memukau. Tidak hairanlah Mira Filzah mempunyai wajah lembut dan ayu. Mewarisi gen cantik ibunda tersayang rupanya!
Selain sibuk mengurus keluarga, figura ini juga seorang wanita bekerjaya dan menyandang jawatan sebagai Ketua Eksekutif di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM). Semestinya dia mempunyai kredibiliti kepimpinan yang tinggi sampai diberi kepercayaan mentadbir institusi pendidikan berkenaan. Kagum!
Moga segala kejayaan dan asuhan sempurna Faizatul Akmar dan suami turut menjadi inspirasi buat semua. Juga, rumah tangga ketiga-tiga anak mereka berkekalan hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!