Ini antara salah satu masalah yang dialami kebanyakan orang perempuan. Walau dah dapat macam-macam tip kurus pun tapi berat badan masih kekal statik atau lebih menyedihkan, semakin naik pula. Di mana agaknya salah tu? Bila jadi perkara macam ni, niat hendak kembali kurus mulalah berbolak-balik. Akhirnya tersungkur jua!

IKLAN

Sebagai selebriti kecergasan dan personaliti TV, Nana Al Haleq sangat menitikberatkan soal penampilan dan kesihatan fizikal. Dia yang dilihat sering menghabiskan masa di gimnasium dengan pelbagai rutin senaman ringan dan berat, Nana rasa terpanggil untuk merungkai istilah sebenar ‘kurus’ memandangkan persoalan tentang perkara tersebut sering diajukan kepadanya.

Selalu Nak Tahu TIP KURUS Tapi Tak Amalkan Jugak, Hadam Perkongsian NANA AL HALEQ Ni!Share some tips to kurus or macam mana nak kurus? Soalan ni Nana rasa sangat lazim ditujukan to trainers, coaches or influencers. But I always wonder kenapa soalan ni masih ditujukan… Is it because betul-betul nak tahu or mengharapkan jawapan jalan mudah.

In my opinion, the right question we should ask is, “Kenapa masih lagi tak berjaya hit fitness goal yang diidamkan,” telusnya.

Ujar jurulatih kecergasan ini lagi, “Fitness bukan hanya merujuk kepada nombor semata-mata (tentang berapa banyak berat yang berjaya dikurangkan atau peratus kandungan lemak dalam badan yang telah berkurang) dan juga bukan kerana kecantikan sahaja.

https://www.instagram.com/p/BuzDd4zHWr5/

Bagi saya, fitness lebih kepada macam mana hendak mendapatkan fizikal yang sihat dan cergas tanpa mengira apa juga bentuk badan dan saiz.

Rakyat Malaysia perlu sedar yang penurunan berat badan secara drastik dan mengikuti trend diet semata-mata bukanlah cara yang tepat untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan kuat.”

IKLAN

Selalu Nak Tahu TIP KURUS Tapi Tak Amalkan Jugak, Hadam Perkongsian NANA AL HALEQ Ni!Selalu Nak Tahu TIP KURUS Tapi Tak Amalkan Jugak, Hadam Perkongsian NANA AL HALEQ Ni!Memang deep maksudnya tu! Iyalah, kalua hanya bersandarkan kepada trend diet sahaja tanpa amalkan gaya hidup sihat dan bersukan… berat badan ideal yang dikecapi sekarang, belum tentu dapat bertahan lama. Kunci utama mahu badan yang kurus, cantik dan sihat adalah melalui pemakanan seimbang, senaman dan mental yang positif. Tanamkan niat dalam diri yang niat untuk kurus bukan sekadar untuk cantik semata-mata tapi lebih daripada itu.

Selain aktif bersenam, Nana Al Haleq juga sebenarnya seorang usahawan Body Lab termasuk memasarkan produk makanan! Bukan berniaga minuman atau makanan kecantikan, sebaliknya wanita berjiwa lasak ini ligat mengusahakan sambal. Produk Fit Sambal by Nana Al Haleq disediakan Nana sendiri dan menariknya ia tidak mengandungi pengawet, pewarna, perasa serta gula tambahan. Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Hebat Nana ni, bukan saja aktif di gym tapi juga ligat beraksi di dapur!

IKLAN

 

 

Foto: Instagram Nana Al Haleq

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI