Ads

“Selamat Jalan Kesayanganku!” Perit ‘Hilang’ Ayah, Afiqah Jalil Imbau Momen Indah Bersama Arwah Jalil Hamid

Allahyarham Jalil Hamid dirindui ramai
Allahyarham Jalil Hamid dirindui ramai

Kehilangan insan tersayang sememangnya amat memeritkan. Apatah lagi, mereka pergi secara mengejut tanpa kita bersedia. Itulah yang dilalui keluarga kepada Allahyarham Jalil Hamid waktu ini termasuk anak perempuan yang cukup rapat dengan arwah iaitu Afiqah Jalil.  

Tanpa Afiqah sedar momen merakam semula lagu raya karya bapa tersayang, ‘Dendang Hari Raya’ pada Mac lalu menjadi kenangan terakhir yang sangat bermakna bagi anak kelima daripada enam beradik ini.  

Artikel https://www.nona.my/nyanyi-semula-lagu-dendang-hari-raya-impian-afiqah-jalil-berduet-dengan-ayahnya-jalil-hamid-tercapai/

Jalil Hamid Meninggal Dunia

“Selamat Jalan Kesayanganku!” Perit ‘Hilang’ Ayah, Afiqah Jalil Imbau Momen Indah Bersama Arwah Jalil Hamid

“Selamat Jalan Kesayanganku!” Perit ‘Hilang’ Ayah, Afiqah Jalil Imbau Momen Indah Bersama Arwah Jalil Hamid “Selamat Jalan Kesayanganku!” Perit ‘Hilang’ Ayah, Afiqah Jalil Imbau Momen Indah Bersama Arwah Jalil Hamid

Pemergian pelakon veteran yang juga penyanyi legenda, Jalil Hamid ke rahmatullah pada 4 Mei 2026 lalu nyata mengejutkan peminat seni tanah air.

Difahamkan Allahyarham Abdul Jalil Abdul Hamid meninggal dunia di rumahnya pada 12.30 tengah hari. Anak seni yang pernah popular menerusi lagu Ayam itu turut dilapor baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-69 pada 25 April lepas.  

Ads

Masih terkesan dengan kehilangan arwah ayah, Afiqah atau mesra disapa Ika menerusi media sosial menzahirkan kesedihan yang dialaminya.  

“Ayah, saat Ika lihat tubuh ayah terbaring kaku, tercari-cari nadi dan suaramu. Terasa badan ini berat dengan semangat yang hilang meski untuk berdiri. Tapi ada harapan ibu di bahu, “Ika teruskan buat CPR seperti saranan masa call ambulan. Jangan berhenti beri bantuan CPR selagi ambulan belum sampai.” 

Ika cuba yah, Ika cuba. Ika cuba sedaya jiwa walaupun Ika tahu sambil meraung sakitnya dalam dada. Ika tahu hakikatnya. Ika tahu ayah dah tak ada.  

Rehatlah yah, Ayah dah tak penat. Ayah cakap dengan Ika Ayah nak beli tanah buat rumah jauh dari kesibukan. Alhamdulillah, tenangnya rumah Ayah. Masih terngiang-ngiang perbualan sehari sebelum Ayah pergi. Selamat jalan kesayanganku, jiwa dan semangatku. Ayah.” 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @afiqahjalil

Ads

“Selamat Jalan Kesayanganku!” Perit ‘Hilang’ Ayah, Afiqah Jalil Imbau Momen Indah Bersama Arwah Jalil Hamid “Selamat Jalan Kesayanganku!” Perit ‘Hilang’ Ayah, Afiqah Jalil Imbau Momen Indah Bersama Arwah Jalil Hamid

Berusia 33 tahun, Afiqah berkata arwah bapanya menghidap masalah jantung bengkak menyebabkan hasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini tidak kesampaian.  

Bagaimana pun keadaan Allahyarham dilaporkan stabil dan sepatutnya menjalani penggambaran pada malam 4 Mei lepas selain merancang ke Singapura bagi menghadiri pelancaran buku biografinya pada minggu hadapan.  

Anak Jalil Hamid, Afiqah Jalil Simpan Memori Bersama Arwah Ayah

Sejak Jalil Hamid meninggal dunia, Afiqah melepaskan rindu kepada sosok bapa tersayang dengan berkongsi kenangan indahnya bersama arwah di media sosial. Perkongsian Afiqah meraih perhatian warga maya dan rata-rata mereka menyifatkan Allahyarham Jalil Hamid seorang anak seni berbakat besar dan telah menghiburkan ramai peminat sepanjang pembabitan dalam industri.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @afiqahjalil

“Selamat Jalan Kesayanganku!” Perit ‘Hilang’ Ayah, Afiqah Jalil Imbau Momen Indah Bersama Arwah Jalil Hamid “Selamat Jalan Kesayanganku!” Perit ‘Hilang’ Ayah, Afiqah Jalil Imbau Momen Indah Bersama Arwah Jalil Hamid “Selamat Jalan Kesayanganku!” Perit ‘Hilang’ Ayah, Afiqah Jalil Imbau Momen Indah Bersama Arwah Jalil Hamid

Sebagai anak yang menyimpan banyak memori bersama, rindu terhadap bapa yang tidak mungkin kembali buat selama-lamanya merupakan sesuatu yang perit untuk ditelan.  

“Seorang Ayah itu adalah cinta pertama untuk anak perempuan. Benar kau cinta pertamaku dan selamanya dalam jiwaku. Ya Allah, kasihanilah dia, maafkan dia Ya Allah, rahmati dan sejahterakanlah dia.  

Kasihanilah ayah dan ibuku Ya Allah, sebagaimana kasih mereka terhadapku sedari aku masih kecil. Amin.” 

Semoga Allahyarham Jalil Hamid ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Juga, keluarga arwah diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian ini. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Bahaya Hipertensi, Silent Killer Yang Rosakkan Jantung Tanpa Sedar

Hipertensi digelar silent killer kerana boleh merosakkan jantung, salur darah dan buah pinggang tanpa simptom jelas. Ketahui bahaya, punca dan cara mencegah tekanan darah tinggi sempena Hari Hipertensi Sedunia 2026.