Setiap kali memikirkan menu seimbang dan berkhasiat untuk sarapan pagi, pasti hidangan berasaskan oat menjadi pilihan. Namun begitu, oat jika dinikmati begitu sahaja pastinya mempunyai rasa yang hambar dan kurang menarik untuk dinikmati. Jadi, untuk menambahkan keenakan hidangan berasaskan oat, apa kata tambahkan kurma sebagai bahan tambahan.
Sememangnya kurma mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan. Tahukah anda, kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan usus? Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.
Resipi Oat Kurma yang dikongsikan oleh Tania Pawanteh ini boleh dicuba untuk menu sarapan pagi yang berkhasiat dan baik untuk sistem pencernaan dan jantung. Selamat mencuba!
Ads
OAT KURMA
Bahan-bahan:
Ads
2 cawan oats
3 ½ cawan air
½ cawan buah kurma (dipotong kasar)
1 sudu makan gula perang
secubit serbuk kayu manis
Cara Membuat:
Masukkan oat bersama air ke dalam periuk. Masak di dalam api yang kecil sehingga oat menjadi masak. Tambahkan kuah kurma yang telah dipotong kasar ke dalam periuk. Akhir sekali, tambahkan sedikit gula perang. Kacau sehingga sebati. Untuk menghidangkannya, taburkan dengan sedikit serbuk kayu manis. Makan ketika ia masih panas.
Ads
Tip Masakan: Masak oat selama lebih kurang 15 minit. Tetapi ia harus sentiasa dikacau agar oat masak sekata dan tidak kembang.ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesibukan kerja dan pemakanan yang tidak seimbang banyak menyumbang ke arah gaya hidup yang tidak sihat. Mana tidaknya, kurang prhatin terhadap soal pemakanan menjadi antara sebab masalah kesihatan seperti sembelit dan sebagainya. Jadi, amalan minuman detoksifikasi bertujuan membersihkan sistem pencernaan untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik.
Amalkan pengambilan jus detoks hari ini untuk kesejahteraan tubuh. Penulis buku masakan, Tania Pawanteh berkongsi resipi bersama pembaca NONA
Tania Pawanteh
JUS CUKA EPAL, LIMAU GEDANG DAN KAYU MANIS
JUS CUKA EPAL, LIMAU GEDANG & KAYU MANIS
Bahan-bahan:
2 sudu makan cuka epal
Jus dari 1 biji buah limau gedang
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu makan madu
Cara membuat:
Potong limau gedang dan ambil jusnya. Kemudian masukkan cuka epal diikuti dengan serbuk kayu manis ke dalam jus limau gedang tadi. Tambahkan sedikit madu dan kacau sehingga larut sebelum dihidangkan.
AIR STRAWBERI, TEMBIKAI DAN DAUN PUDINA
2.AIR STRAWBERI, TEMBIKAI DAN DAUN PUDINA
Bahan-bahan:
1 cawan buah strawberi
1 cawan hirisan tembikai
10 tangkai daun pudina
2 liter air masak
Cara membuat:
Bersihkan buah strawberi. Kemudian belah dua. Seterusnya, potong dadu buah tembikai. Masukkan air masak ke dalam jag dan campurkan buah strawberi bersama buah tembikai yang telah siap dipotong tadi. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 hingga 6 jam sebelum dinikmati.
TEH DETOKS HALIA DAN KUNYIT
TEH DETOKS HALIA DAN KUNYIT
Bahan-bahan:
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 biji lemon (diambil jus)
500ml air
Cara membuat:
Bersihkan halia dan hiris nipis. Kemudian, ambil kunyit hidup dan diketuk. Masak air sehingga mendidih sebelum memasukkan halia dan kunyit. Reneh selama 15 minit. Tutup api dan masukkan pula perahan jus lemon. Hidangkan bersama hirisan lemon.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehebatan Datin Isma di dapur dalam menyediakan pelbagai jenis juadah telah menarik minat warga media sosial untuk mengikuti perkembangannya. Berkunjung ke laman Instagram, Masak With Passion membuat kecur air liur.
Dengan jumlah pengikut seramai 395 ribu yang begitu setia menonton video masakan yang dihasilkan olehnya. Ramai yang telah mencuba resipi Datin Isma dan kalau ikut betul-betul gerenti jadi, kaedahnya.
Personaliti anggun asal Kelantan ini juga merupakan pengasas kepada produk kecantikan Tia Amelia. Apabila ditanya tentang perkongsian resipi di media sosial, jawabnya, “Saya langsung tidak rasa rugi berkongsi resipi sebaliknya saya gembira apabila ada yang menghantar mesej di Instagram berterima kasih kepada saya kerana tidak kedekut ilmu.
Bagi saya ilmu yang saya ada ini bukanlah besar mana pun, tidak luak jika saya berkongsi. Bukankah berkongsi ilmu itu satu perbuatan yang dianjurkan oleh agama kita. Saya rasa gembira dapat membantu wanita-wanita yang tidak pandai memasak namun akhirnya mereka pandai kerana mengikut tutorial video di Instagram saya sehinggakan suami mereka memuji kebolehan mereka memasak dan meminta lagi mereka masak resipi tersebut,” katanya.
Jom kita cuba masak Kari Ayam gaya Datin Isma;
Bahan-bahan;
Ayam
Bahan kisar – bawang merah, bawang putih & halia
bahan tumis – bawang merah, bawang putih, halia, rempah 3 sekawan & daun kari
Rempah kari
Cili Giling
Asam Jawa
Santan
Cara membuat;
Tumis bahan-bahan tumis dengan sedikit minyak.
Masukkan daun pandan, kita bagi wangi sikit
Masukkan satu sudu makan cili giling.
Masukkan bahan kisar tadi. Masakkan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
Apabila bawang dah garing masukkan rempah kari dan terus masukkan sedikit air. Masak bahan-bahan ini sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam.
Biar seketika.
Masukkan santan sedikit sahaja sebab rempah-rempah dan pekat.Masukkan air
Masukkan satu sudu kecil asam jawa
Masukkan gula melaka
Masukkan ubi kentang
Masukkan tomato. Tomato biar dia hancur sekali dalam kuah kari baru sedap ada rasa masam tomato.
Kalau suka boleh masukkan 1 ketul kiub ayam. Tambahkan sedikit garam dan kari ayam dah siap.
Kari ayam sedia terhidang.
Sumber: Instagram @datinismatia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Coklat memang sedap dimakan. Kita juga tahu coklat dikatakan mempunyai banyak kelebihan khususnya dari sudut kesihatan. Kajian menyatakan wanita yang makan 1-2 hidangan coklat setiap minggu dapat membantu mengurangkan 1/3 risiko kegagalan jantung. Satu lagi kajian menunjukkan, 1 bar coklat setiap hari dapat membantu merendahkan tekanan darah, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
Berikut Nona kongsikan ilham resipi Cef Mohd Irwan Bani Ismail daripada Hotel Concorde Shah Alam sebagai rujukan. Mana tahu anda sedang tercari-cari idea untuk menghasilkan menu berasaskan coklat.
KEK COKLAT BERLAPIS
Bahan-bahan:
200 gm mentega
150 gm gula
6 biji telur ayam
100 gm tepung
10 gm serbuk penaik
100 gm coklat
50 gm serbuk koko
100 gm susu segar
100 gm whip cream
5 gm serbuk gelatin
50 gm croquantine
CARA MEMBUAT:
Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau sebati. Kemudian masukkan semua bahan lalu dipukul sehingga sebati. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit.
BEBOLA COKLAT
Bahan-bahan:
750 gm coklat
250 gm mentega
125 gm gula
60 gm telur
5 gm garam
375 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
10 gm serbuk soda bikarbonat
250 gm coklat putih
150 gm kacang tumbuk (kacang tanah)
CARA MEMBUAT:
Cairkan coklat, pukul mentega dan gula sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu diikuti tepung gandum, serbuk koko, kacang tumbuk dan serbuk penaik. Seterusnya, masukkan pula coklat yang telah dicairkan tadi ke dalam separuh daripada adunan tadi. Uli sehingga menjadi dua doh. Gulung kedua-dua doh dan masukkan ke dalam peti sejuk. Lapiskan sehingga menjadi tiga bahagian. Kemudian tekap acuan bulat mengikut saiz yang disukai. Susun di atas loyang kemudian bakar pada suhu 160C selama 25 minit. Untuk hiasan, sadurkan bersama coklat cair sehingga menjadi bebola.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
AirAsia berhijab membuka lembaran baharu buat wanita Muslim dalam industri penerbangan dengan membenarkan kru kabin memakai hijab secara rasmi. Perubahan ini meraikan kepelbagaian dan memberi ruang kepada wanita hadir sebagai diri sendiri tanpa mengorbankan prinsip.