Nama jelitawan Scarlett Johansson sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila berita kelahiran anak keduanya heboh diperkatakan. Bintang Hollywood berusia 36 tahun ini berjaya merahsiakan kehamilan beliau selepas melangsungkan perkahwinan dengan pelawak Amerika, Colin Jost pada Oktober lepas.

IKLAN

Merupakan pelakon wanita yang mendapat bayaran tertinggi di Hollywood, nama Scarlett Ingrid Johansson juga pernah tersenarai beberapa kali dalam Forbes Celebrity 100. Kekayaan yang dimiliki wanita itu setanding dengan bakat lakonannya serta rekod filem box-office yang dibintangi.

Dengan anggaran kekayaan sekitar USD$165 juta, Scarlett memperoleh pendapatannya daripada sembilan filem Marvel termasuk Black Widow dalam siri Avengers, selain kempen-kempen iklan yang dijayakan seperti Louis Vuitton, Moet Chandon, Dolce & Gabbana, Mango dan L’Oreal.

Selebriti Jutawan, Scarlett Johansson Lahirkan Anak Kedua Pada Usia 36, Nama Cosmo Jadi Pilihan!
Bintang Hollywood yang mendapat bayaran tertinggi

 

Selebriti Jutawan, Scarlett Johansson Lahirkan Anak Kedua Pada Usia 36, Nama Cosmo Jadi Pilihan!
Bakat lakonan Scarlett Johansson sering mendapat pengiktirafan

 

Selebriti Jutawan, Scarlett Johansson Lahirkan Anak Kedua Pada Usia 36, Nama Cosmo Jadi Pilihan!
Kempen iklan yang menampilkan kejelitaan Scarlett Johansson

 

Sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Colin Jost pada Oktober 2020, Scarlett pernah menjadi ibu tunggal membesarkan anak perempuannya, Rose Dorothy Dauriac, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Romain Dauriac. Beliau juga pernah berkahwin dengan aktor Ryan Reynolds pada tahun 2008.

Ketika membintangi filem Marriage Life untuk tayangan Netflix, pelakon jelita ini pernah berkongsi perasaannya selepas perceraian.

“Menjaga anak seorang diri tanpa kehadiran dan dibantu suami dalam tempoh yang lama adalah sangat sukar. Saya bertanya kepada diri sendiri, bagaimana perkara ini boleh terjadi? Namun, saya berjaya melalui saat pahit itu.” Scarlett Johansson

IKLAN

 

BABY COSMO

Selebriti Jutawan, Scarlett Johansson Lahirkan Anak Kedua Pada Usia 36, Nama Cosmo Jadi Pilihan!
Colin dan Scarlett ketika menghadiri majlis Academy Awards

 

IKLAN

Memilih nama Cosmo untuk bayi pertamanya, Colin jelas begitu gembira dengan kehadiran si kecil bagai melengkapkan kebahagiaan bersama isteri tercinta.

“Ok ok we had a baby. His name is Cosmo. We love him very much.” Colin Jost

Meminta sedikit privasi bagi memberi ruang kepada isterinya berehat, pasangan ini jelas sangat menghargai momen-momen berdua bersama si kecil mereka.

Sumber: E! News

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI