Siapa yang tidak mengenali penyanyi Syura Badron yang popular dengan lagu Nazam Berkasih dan Candak. Syura baru-baru ini berkongsikan berita gembira apabila disahkan hamil lima bulan menerusi perkahwinan keduanya dengan Muhd Farizat Ismail. Syura berkata selepas 11 tahun tidak hamil, dia tidak menyangka dikurniakan rezeki ini.

IKLAN

Selepas 11 Tahun SYURA BADRON Akui Kekok Namun Bersyukur Kembali Hamil Di Usia 36 Tahun

 

Menerusi sumber Harian Metro, “Kalau ikutkan perkahwinan kami belum sampai setahun, syukur dapat rezeki anak awal. Kali terakhir hamil adalah 11 tahun lalu, jadi perasaan itu agak kekok seperti sedang hamil anak pertama.


Di Instagram menerusi video yang dimuat naik, Syura dilihat melakukan kejutan buat suami dengan memberi sebuah kotak hitam kepada suaminya untuk dibuka. Dalam kotak tersebut kelihatan sehelai baju bayi yang mempunyai tulisan ‘you are going to be a daddy soon‘.

Syura yang dijangka bersalin Mac tahun depan berkata suami serta anak-anaknya antara individu yang paling gembira apabila dia memaklumkan mengenai kejutan itu baru-baru ini.

Selepas 11 Tahun SYURA BADRON Akui Kekok Namun Bersyukur Kembali Hamil Di Usia 36 Tahun

“Sebelum bernikah kami pernah berbincang mengenai perkara ini kerana usia saya pun bukan muda lagi. Umur sekarang sudah menjangkau 36 tahun. Jadi banyak perkara yang bermain di fikiran saya memandangkan suami saya tidak pernah berkahwin sebelum ini. Tapi dia sudah menegaskan yang dia tidak kisah seandainya tiada rezeki anak. Dia faham keadaan diri saya.

“Bagaimanapun sebaik dia tahu saya disahkan hamil dia sangat gembira dan inilah kesempurnaan yang diimpikan setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga,” katanya.

IKLAN

Syura dan Muhd Farizat mendirikan rumah tangga awal tahun ini selepas lima tahun mereka mengenali hati budi masing-masing. Mereka berkahwin pada 22 Januari lalu dan ini adalah perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami, Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.

Selepas 11 Tahun SYURA BADRON Akui Kekok Namun Bersyukur Kembali Hamil Di Usia 36 Tahun

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.

IKLAN

Semoga kehamilan Syura dalam keadaan baik-baik sahaja, dan semoga dipermudahkan proses bersalin nanti.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI