Tahun 2017 tentunya merakam kenangan terindah buat Dr. Jezamine Lim, 33, isteri kepada manusia paling kelakar di dunia iaitu Harith Iskander.
Selain baru menjadi wanita pertama yang menggenggam PhD dalam bidang kejuruteraan tisu dan sel stem pada hujung Oktober lalu, Dr. Jezamine sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi wanita termuda menerima anugerah SME100 2017 melalui syarikat Yakin Medic Sdn Bhd.
Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh beliau di media sosial sewaktu menghadiri majlis makan malam gala dan penyampaian anugerah berprestij anjuran SME Magazine pada 8 Disember lalu.
“What a way to end my 2017! From being a student, did my internship with Yakin Medic during my PhD, I was then appointed as one of the company’s director. In this year’s journey, we’ve only hit and achieved our target but gone beyond our goals. Breaking the limits, proud to be the youngest woman receiving this SME100 award,” tulisnya.
Menurut sumber, bidang sel stem boleh dikomersialkan untuk tujuan perubatan dan sebagainya. Beliau juga berhasrat untuk memanfaatkan kepakaran yang ada demi kepentingan sejagat.
Ads
Lebih mengujakan, anugerah tersebut berlangsung pada malam hari jadinya. Maka sejurus selepas majlis berakhir, suami dan teman-teman Dr. Jezamine telah mengatur satu kejutan bagi meraikan ulang tahun kelahirannya di hotel yang sama.
Ads
Memetik kata-kata Harith Iskander, “I have always maintained that a man should marry someone smarter than himself and I’m so glad I followed my own advice. Happy birthday, I am where I am today because of you and I count my blessings on a daily basis that you walked into my life on January 19th, 2009.”
Harith Iskander dan isteri bertolak ke Bali untuk percutian romantis sehari kemudian. Nona juga tertarik dengan kenyataan Dr. Jezamine bahawa beliau terpaksa mengorbankan waktu rehat, tidur dan tiada percutian keluarga selama enam tahun demi mengejar cita-citanya selama ini.
Sememangnya tanpa sokongan dan kerjasama suami, keluarga serta anak-anak mereka iaitu Zander Xayne Iskander, 5, Alessandra Jayne Iskander, 4, dan Zydane Xayne Iskander, 2, mungkin perjalanan Dr. Jezamine tidak akan selancar ini.
Ads
Syabas Dr. Jezamine! Beliau adalah lambang seorang wanita superwoman yang sangat hebat dan seharusnya kita banggakan. Selain bergelar isteri dan ibu, wanita kacukan Cina-India ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Harith Iskander Production serta Yakin Medic Neulife Stem Cell.
Justeru bayangkan bagaimana besarnya pengorbanan yang dibuat hingga pernah tidur tiga jam sehari. Dr. Jezamine juga tidak pernah mengabaikan keperluan anak-anak termasuklah menyusukan mereka secara eksklusif. Beliau turut menguruskan kerjaya suami, menyediakan semua jadual perancangan dan jadual pemakanan keluarganya dengan konsisten.
Satu perkara yang pasti, segala kesibukan ini pasti terubat apabila dapat mendengar jenaka suaminya setiap hari. Tiada yang lebih menghiburkan daripada mengahwini seorang lelaki yang dapat membuat kita ketawa dan memujuk dengan lembut apabila kita terluka. Patutlah orang kata lelaki kelakar itu seksi! Norzalina Mohd Alias
Foto: Instagram @drjezaminelim dan @harithiskander
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidayah itu mahal, bertuah rasanya diberi kesempatan melihat sendiri Ivan Gunawan julung kali reka busana sopan dan tertutup di Jakarta!
Dalam kunjungan singkat Majalah Nona ke Jakarta sempena persembahan eksklusif Ivan Gunawan Prive 2024/2025 di The Langham Fashion Soiree, banyak koleksi gaun malam sopan diperagakan.
Menginap di Hotel Goodrich Suites, Jakarta, media trip yang ditaja oleh Ivan Gunawan itu jelas menyerlahkan sisi eksklusif dan keindahan dunia fesyen di Indonesia.
Dalam The Langham Fashion Soiree ini, barisan pereka terkemuka dari Indonesia Fashion Designer Council (IFDC) termasuk Ivan Gunawan menyerlahkan rekaan masing-masing di aras 5, Hotel The Langham, Jakarta sebelum persembahan bermula.
Tak sangka, jika sebelum ini Ivan yang turut merupakan selebriti popular cukup terkenal dengan rekaan dress glamor dan seksi, beliau hari itu membuat kelainan yang menjadi pujian ramai.
Macam tak percaya, tengok video fashion show ni!!!
Kesantunan dan kemewahan, dua hal yang sangat jarang dipadukan di dalam fashion universe. Namun Ivan Gunawan meleburkan keduanya lewat koleksi berjudul ‘DIVINE LIGHT’.
‘DIVINE LIGHT’ menampilkan 40 helaian yang mengutamakan kesopanan, kesantunan, demure, yang diperindah dengan ornamentasi seni beading bergaya sentuhan art nouveau, seni dekoratif dengan karakteristik megah, lengkung lentur dan geometri.
“Koleksi modest evening gown ini julung kalinya dipersembahkan oleh Ivan Gunawan Prive. Ia sesuai untuk wanita modest, iaitu mereka yang berhijab atau mereka yang berpenampilan santun. ‘DIVINE LIGHT’ dibuat khusus untuk wanita berdaya, yang aktif di kehidupan sosial mereka,” jelas Ivan Gunawan.
‘DIVINE LIGHT’ memberikan sentuhan baru untuk dunia modest fashion, sesuatu yang nyaman dan sopan, serta penuh keindahan. Ivan Gunawan menciptakan gaun-gaun panjang dengan potongan sederhana dan loose bersiluet yang membingkai tubuh dengan anggun.
Terdapat persalinan dengan cape yang memberikan kesan megah. Busana atasan dan celana panjang tailored androgyny, dikenakan dengan selendang yang melingkari leher menjuntai panjang ke belakang, sopan, elegan dan regal.
Palet warna pada koleksi ini terdiri daripada fushcia, merah, silver dan coklat. “Koleksi ini bisa dikenakan di acara pesta dan bisa juga nantinya untuk hari raya. Hiasan ornamentasi sedetail ini juga pertama kali diperagakan oleh Ivan Gunawan Prive,” ujar Ivan yang telah memiliki 19 butik Ivan Gunawan Prive di Indonesia.
Cantik memukau, tiap satunya dihasilkan secara eksklusif dan terhad pada harga lingkungan RM2,700 – RM4,000.
Rezeki datang dalam pelbagai cara dan ini 11 rahsia jemput rezeki yang boleh kita amalkan. Namun, sebagai mana yang diketahui rezeki sama seperti jodoh dan ajal yang telah ditetapkan sejak azali.
Walaupun begitu, sebagai manusia biasa kita tidak boleh duduk sahaja dan menanti rezeki datang bergolek. Kita perlu berusaha dan mencapai apa yang diinginkan. Sebenarnya rezeki bukan hanya duit semata-mata, punya kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia dan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat juga adalah rezeki.
Foto: www.123rf.com
Menerusi firman Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud: ayat 6).
Foto: www.123rf.com
Dengan keyakinan semua rezeki ditetapkan Allah SWT, ia boleh menyelamatkan kita daripada kebimbangan. Sebenarnya terdapat rahsia yang tersembunyi dalam perbuatan kita untuk menarik rezeki. Rupa-rupanya mudah saja amalan untuk menjemput rezeki ini. Ini adalah 11 rahsia jemput rezeki;
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang.
Gambar hiasan. Foto: Instagram @hannahdelisha
Gambar hiasan. Foto: Instagram @zarazya
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
Letakkanlah di dalam bilik sebuah kotak. Setiap kali merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
Jika hadir dalam suatu majlis (keluarga atau sahabat), beli 1 atau 2 kota air mineral, niatkan untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukannya (seperti orang tua, orang sakit, anak-anak dan lain-lain).
Jika membeli barang dari peniaga kecil kemudian apabila peniaga itu ingin mengembalikan wang, berikan wang baki itu untuknya (disedekahkan atau dihadiahkan).
Foto: www.123rf.com
Belilah Mushaf (Al-Quran), letakkan di salah satu masjid. bayangkan berapa pahala yang akan diperoleh dari setiap huruf daripada mereka yang membacanya.
Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doa yang tulus.
Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan berbicaralah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, meyebarkan fitnah dan menzalimimu.
Setting pada handphone kamu, tanda peringatan pada waktu-waktu tertentu untuk kamu membaca surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas yang dihadiahkan kepada kedua ibu bapa, baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Siapa sangka wanita berketurunan Asia ini telah mencipta sejarah menjadi wanita termuda bergelar Datuk Bandar di California, Amerika Syarikat. Bukan sahaja bergelar Datuk Bandar Termuda malah wanita yang mempunyai susur-galur dari Malaysia ini dilantik sebagai Datuk Bandar bukan dari kalangan kulit putih untuk berkhidmat dalam jawatan itu di bandar Eastvale.
Jocelyn Yow merupakan graduan di sebuah kolej komuniti di Norco, California dan UC Berkeley kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan kerajaan di Harvard Extension School. Sudah tentu wanita yang berusia 25 tahun ini bangga dengan pencapaian dirinya. “I am honored to be serving as the mayor of Eastvale,” tulisnya di laman media sosialnya.
Tulisnya lagi, “Sangat penting untuk kita mengambil kira pandangan golongan wanita muda dan golongan ibu ketika membuat sesuatu keputusan penting yang memberi kesan pada keluarga. Kini dengan saya menjadi wanita dan ibu termuda untuk berkhidmat sebagai Datuk Bandar di negeri California, saya berharap lebih ramai wanita dan ibu-ibu lain akan mengikut jejak langkah ini,” tulis ibu kepada seorang bayi berusia enam bulan ini.
Sebelum ini Jocelyn Yow telah dilantik sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada tahun 2018 dan telah menyandang jawatan Datuk Bandar sementara sebelum dilantik secara rasmi pada 10 Disember 2020.
Bapanya yang berasal dari Malaysia telah melanjutkan pelajaran sekitar tahun 80-an di Amerika Syarikat dan bertemu dengan ibunya yang meninggalkan Vietnam untuk mencari kehidupan baharu di sana. Menurut wanita berketurunan Cina Malaysia-Vietnam ini pada tahun 1996 mereka sekeluarga telah kembali ke Malaysia atas urusan keluarga dan menetap selama lebih 10 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.