Siapa yang tidak kenal dengan wanita yang dilahirkan sebagai anak sulung perempuan Donald Trump ini. Ivanka Trump merupakan seorang usahawan wanita sebelum dilantik oleh bapanya menjadi penasihat kepada presiden di Rumah Putih.
Sewaktu membantu bapanya berkempen untuk piliharaya Amerika Syarikat baru-baru ini Ivanka telah mencuri tumpuan dengan penampilan yang stailo. Memiliki ketinggian 180cm sudah pasti apa sahaja yang disarung oleh wanita berambut perang ini cantik dan bergaya sementelah meminati bidang fesyen.
Baharu sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-11 bersama suaminya, Jared Kushner, serta kelihatan bahagia di samping 3 orang anak mereka. Walau bagaimanapun, kini Ivanka telah ‘kehilangan kerja’ di Rumah Putih ekoran bapanya kalah dalam piliharaya di tangan Joe Biden baru-baru ini.
Sewaktu bapanya menjadi Presiden di Amerika Syarikat, Ivanka telah berkhidmat dalam pentadbiran Amerika Syarikat dengan menjadi penasihat kepada bapanya serta bertanggungjawab kepada pendidikan dan memperkasakan ekonomi wanita dan keluarga sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan melalui latihan kemahiran dan keusahawanan.
Ke mana Ivanka bakal mengalihkan fokusnya selepas tidak berkhidmat dalam pentadbiran negara telah menjadi talk of the town. Namun, dengan jumlah kekayaan yang dianggarkan sebanyak USD800 million miliknya itu mungkin tidak menjadi masalah buatnya. Atau mungkin Ivanka akan pulang ke syarikat hartanah milik bapanya, The Trump Organization.
Ivanka juga aktif menulis buku dan hasil tulisannya pernah menjadi New York Time Bestseller. Antara hasil tulisannya adalah, The Trump Card, Women Who Work, Women Who Work: Rewriting the Rules for Success dan The Trump Card: Playing to Win in Work and Life.
Kehamilan adalah tempoh khas dan sangat penting dalam kehidupan seorang wanita. Semasa mengandung, seorang wanita perlu menjaga bukan sahaja tentang kesihatan mereka sendiri, tetapi juga kepada kesihatan bayi dalam kandungan.
Penyertaan wanita dalam sukan bertaraf antarabangsa sewaktu hamil sememangnya menarik perhatian dan pastinya menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan. 5 wanita hamil di bawah ini antara yang paling menyerlah tatkala menyertai sukan bertaraf antarabangsa. Jom tengok siapa orangnya.
(a) Quzandria Nur Mahamad Fathil, Atlet Ekuestrian Malaysia
Kejayaan Quzandria Nur Mahamad Fathil menghadiahkan emas ekuestrian dressage individu dalam keadaan dirinya sedang mengandung lima bulan sememangnya sesuatu yang boleh dibanggakan.
Walaupun sedang hamil, namun demi menggalas cabaran memburu pingat emas buat Malaysia dalam Sukan SEA ke-29, Quzandria, 35, melakukan pengorbanan besar menyembunyikan keadaan dirnya yang hamil untuk negara.
Quzandria mengakui perasaannya bercampur-baur sebaik sahaja disahkan mengandung ketika sibuk menjalani latihan di Eropah menjelang Sukan SEA beberapa bulan lalu.
Apapun, nasihat dan pandangan dari doktor dan keluarga diambil kira sebelum meneruskan cita-cita menyertai acara dalam Sukan Sea. Apatah lagi, suami, Alessandro Zulkarnain Ciaramaglia setia menemaninya.
(b) Nur Suryani Mohamed Taibi, Atlet Menembak Malaysia
Selain Quzandria, atlet menembak Malaysia Nur Suryani Mohamed Taibi turut menarik perhatian apabila terpilih menyertai sukan Olimpik ketika sedang hamil lapan bulan. Malah kisahnya turut disiarkan dalam New York Daily News yang menulis tentang “penyertaan wanita paling sarat mengandung dalam sejarah sukan ternama ini.”
Sebenarnya, Nur Suryani hampir terlepas peluang untuk menyertai Olimpik London kerana pakar sukan Malaysia bimbang keadaannya yang sarat mengandung tidak mengizinkan atlet ini bertanding dengan selesa.
Nur Suryani menduduki ranking ke-47 di dunia dan doktor membenarkannya membuat perjalanan ke luar negara. Ketika acara berlangsung, kandungan Nur Suryani telah mencecah 34 minggu. Walaupun sarat mengandung, keazaman untuk memenangi pingat dalam acara menembak pada sukan Olimpik London amat dihargai.
(c) Serena Williams, Jaguh Tenis
Kisah kehamilan Serena mula diperkatakan ketika pemain tennis yang telah menjuarai gelaran Grand Slam 35 kali memuat naik foto dengan kapsyen ’20 minggu’ di laman sosial miliknya.
Posting Serena mendapat maklum balas yang positif dari para peminatnya. Malah, ketika menjuarai Grand Slam Australia di Melbourne akhir Januari 2017, Serena dikhabarkan sedang hamil 8 minggu.
(d) Alysia Montano, Atlet Olahraga Amerika Syarikat
Bagi juara kebangsaan Amerika Syarikat sebanyak lima kali, Alysia Montano, berlari ketika hamil bukan satu perkara pelik bagi dirinya dan dia mampu menamatkan larian acara 800m dengan catatan dua minit ketika usia kandungannya 34 minggu.
Biarpun atlet Olimpik itu sekadar menamatkan saingan di kedudukan terakhir ketika di Stadium Hornet di Sacramento, California, dia tetap gembira apabila dapat menamatkan larian.
Alysia yang menerima tepukan gemuruh daripada penonton selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan 2 minit, 32.13 saat berkata, “Saya berlari sepanjang tempoh kehamilan dan saya tetap berasa selesa.
Dia menamatkan saingan 35 saat lebih perlahan daripada catatan peribadi terbaik iaitu 1:57.34s yang dilakukannya ketika beraksi di Monaco pada 2010. Walaubagaimanapun, catatannya itu masih tidak mampu dilakukan oleh ramai atlet lain.
Dikenali sebagai ‘gadis bunga’ kerana identitinya yang agak unik, Alysia pasti menyelitkan setidak-tidaknya sekuntum bunga di rambutnya setiap kali berlari. Pakar mengatakan adalah selamat wanita untuk terus kekal cergas seperti Alysia yang bersenam ketika hamil walaupun pada kadar lebih rendah daripada sebelumnya.
Langkah larian Alysia dalam perlumbaan ketika hamil pastinya lebih santai berbanding ketika beraksi di temasya Sukan Olimpik 2012 di London. Dia menamatkan larian di tempat kelima dengan catatan di bawah dua minit.
(e) Amber Miller, Atlet Marathon
Selain sukan Olimpik. Amber Miller, 27, turut mencipta sensasi apabila dia menyertai Chicago Marathon tahun lepas ketika hamil 39 minggu dan melahirkan bayi perempuan hanya beberapa jam selepas acara itu.
(f) Ni Made Dwiyanti, Atlet Silat Indonesia
Ketika menyertai Pekan Olahraga Nasional (PON) 2016, Pesilat Putri Bali, Ni Made Dwiyanti sedang hamil 6 minggu. Namun rezeki memihak kepadanya apabila memenangi pingat emas acara silat di kejohanan tersebut.
Walaupun pada awal usia kandungan, pesilat wanita ini berjaya menunjukkan aksi menarik dan membuktikan mengandung bukanlah halangan untuk Berjaya dalam dunia sukan! Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau yang pergi menyelam dasar laut berusia sekitar 20an, 30an atau 40an memang tiada apa yang menghairankan pun. Tapi apabila sudah mencecah umur 73 tahun dan aktif
dengan aktiviti menyelam, itu memang luar biasa! Terkedu dibuatnya apabila tokoh pemimpin negara, Tan Sri Rafidah Aziz mendedahkan pencapaian beliau yang berjaya mendapat lesen menyelam pada usia 74 tahun! Apa sebenarnya rahsia Tan Sri Rafidah sampai ada ‘semangat’ luar biasa seperti itu?
Dalam temu ramah The Truth Kiffy Razak bersama Tan Sri Rafidah Aziz pada 16 Mei lalu, Nona cuba mencungkil sisi peribadi wanita hebat ini dengan lebih dekat. Macam-macam
pendedahan eksklusif dikongsikan beliau kepada pengikut setia Nona dan salah satu yang paling mencuri perhatian ialah keupayaannya mendapat lesen menyelam.
Ditanya sejauh mana kedalaman yang pernah dilalui ketika menyelam, ini pengakuan Tan Sri Rafidah. “Saya dapat lesen umur 74 tahun, saya mula menyelam pada usia 73 (tahun).
Kedalaman paling jauh ialah 90 kaki di Thailand. Saya memang suka air, hutan, gunung-ganang dan angkasa lepas. Empat perkara ini memang saya minat dari kecil. Jadi, dengan menyelam inilah yang saya rasa senang sedikit.
Senang maknanya boleh kita buat sebagai aktiviti. Saya akui dulu saya tak ada masa dan sebagainya kerana seperti yang kita tahu kalau hendak pergi menyelam bukan boleh pergi dalam sehari. Setelah sekian lama pendam hasrat, akhirnya dapat juga buat. Alhamdulillah.”
Tambahnya lagi, “Macam masuk hutan seperti trekking, ada jugalah saya pergi. Tapi sekarang ini tak ada. Saya ingat lagi dulu saya dan kawan-kawan pernah pergi Tioman dan naik sebuah gunung di sana. Kami naik sampai ke puncak dan turun ke seberang menghadap laut.”
A post shared by Rafidah Aziz (@rafidah.the.original) on
Minat Tan Sri Rafidah tidak hanya kepada alam sekitar semata-mata, bahkan beliau turut bercita-cita mahu membawa kapal terbang!
“Saya memang lama nak bawa kapal terbang. Saya dah bawa balik borang minta suami untuk sign, jadi guarantor. Tapi arwah suami kata, “No! Tak ada!” Jadi, sebab teringatkan arwah punya tak mahu tu, sampai ke hari ini saya tak buat sebab arwah dah melarang jangan buat,” ujarnya sambil ketawa.
Sememangnya Tan Sri Rafidah Aziz seorang wanita yang cukup dikagumi dan menjadi kebanggaan ramai. Meniti usia 76 tahun ketika ini, beliau masih gagah menghadiri mesyuarat dan ceramah. Bahkan ketika memenuhi pelawaan Nona dalam temu ramah tersebut, Tan Sri Rafidah dilaporkan baharu keluar dari hospital kerana menjalani pembedahan di bahagian perut. Namun demi memberi inspirasi dan semangat buat kaum wanita, beliau tetap datang!
“Saya selalu jumpa orang-orang di seminar yang menyatakan mereka mengidolakan saya. Saya berterima kasih dengan perhargaan itu tapi jangan idolakan orang. Kita tengok
diri sendiri dulu. Kadang-kadang kita lebih baik dari idola tu. Cumanya kita tak sedar kebolehan kita.”
Mengulas mengenai persiapan raya, Tan Sri Rafidah menjelaskan setiap tahun beliau tidak membuat persiapan baju raya kerana baginya raya adalah lebih kepada mengingati mereka yang sudah tiada dan meneruskan silaturrahim bersama ahli keluarga yang masih ada.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi penggemar filem-filem kungfu Hong Kong yang popular suatu ketika dulu pastinya mengenali aktres ini.
Wajah jelitanya sering muncul di layar perak sekitar tahun 90an sehingga digelar sebagai artis tercantik di Hong Kong.
Kini, di usia 60 tahun Rosamund masih kekal menawan!
Meskipun kini tidak lagi aktif sebagai aktres, bintang filem ‘Once Upon a Time’ yang dibintanginya bersama Jet Li ini sering berkongsi perkembangan terkini serta kehidupan sehariannya di media sosial.
Meski memiliki karier yang hebat dalam industri hiburan namun Rosamund terpaksa berhadapan dengan fasa kegagalan dalam dua perkahwinannya sebelum ini.
Pernah berkahwin pada tahun 1981 namun dia bercerai setelah setahun usia perkahwinan. Kemudian pada tahun 2014, Rosamund berkahwin kali ke-2 dengan Pierre Chen secara ‘senyap-senyap’.
Bahagia yang diharapkan hanya sementara. Mereka berpisah setelah perkahwinan itu bertahan selama setahun.
Di usianya 59 tahun, Rosamund memutuskan untuk menghabiskan sisa hidupnya berseorangan tanpa pasangan walaupun masih ramai jejaka yang mahu mendekatinya. Nampaknya Rosamund bahagia dengan kehidupannya kini.
Kredit Foto: Instagram Rosamund Kwan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato' Hajjah Hanifah Hajar Taib menerima kunjungan hormat Majalah Nona bagi memperkukuh kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini.