Pengalaman itu universiti kehidupan. Bagi usahawan spa resort Rumah Hutan Terapi Alam yang juga Pengasas Jamu Ratu Malaya dan Sendayu Tinggi iaitu Bonda Rozita Ibrahim, cabaran yang menimpa para peniaga bazar waktu pandemik ini cukup memberi kesan kepadanya.
Ads
“Wallahi, kesian sangatlah dengan peniaga bazar. Saya pernah lalui saat tu, masa hujan tak laku jualan. Payung tumbang habislah makanan rosak. Tak laku pun pernah, walaupun saya masak sedap!” Bonda Rozita
Kesusahan meniti hidup sebagai ibu tunggal dan tidak berpelajaran tinggi banyak memberi motivasi kepada wanita berusia 50-an ini untuk memajukan diri. Biarpun empayar perniagaannya kini sudah berdiri kukuh, namun beliau tidak segan berkongsi kenangan menjadi penoreh getah, bekerja kilang, menjadi penyambut tetamu serta menjalankan bisnes direct selling dari rumah ke rumah.
Bahkan sebelum membina empayar perniagaan kosmetik, Bonda Rozita juga berniaga kecil-kecilan dengan menjual surat khabar, majalah dan nasi lemak. “Hikmahnya, survival jiwa harus kuat. Jangan mudah koyak…” tulisnya.
“Kenangan masa Yati dan Kri kecik-kecik, saya taknak orang hina mereka. Saya rajin kerja dan latih mereka kerja lasak. Bila miskin sangat anak-anak takde pilihan, ikut jelah walau merungut.
Kami menjual kuih, laksa. Penat jangan cakaplah. Ada masa rugi tak balik modal pun. Kami teringin nak makan pakai dan setahun sekali pegi jalan, jadilah. Tak pernah terlintas nak hidup kaya pun. Memadai hidup sederhana dan tak menyusahkan orang lain.
Rugi banyak kali sebab jualan makanan ni untungnya tak seberapa. Walaupun saya ada kafe di Rumah Hutan tapi jual makanan ni susah dan selalu rugi. Jadi kami makan apa yang tak habis jualan tu je.”
Ads
ERTI KESUSAHAN
Bonda Rozita yang merupakan ibu kepada jutawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Yatie Sendayu Tinggi turut mengimbau kenangannya menggadai emas semata-mata untuk menyewa rumah.
“Banyak pengalaman mencabar dalam membesarkan anak-anak seorang diri. Tapi yang penting, usaha, walaupun hasilnya tak pasti lagi. Niat saya mereka tak merempat macam saya waktu zaman muda,” kongsi Bonda Rozita yang pernah melalui episod kegagalan perkahwinan semasa muda.
Ads
Kemiskinan itu ujian, Allah bagi segalanya pada manusia untuk meneruskan kehidupan. Namun siapa yang berusaha lebih, berdoa lebih dan bertawakal, maka Allah tidak akan sia-siakan pengorbanan mereka. Resipi kejayaannya adalah kerajinan.
Meskipun kini hidup senang-lenang, wanita cekal ini masih mengusahakan perniagaan frozen food seperti karipap daging, karipap ayam dan karipap kentang melalui platform @dapurkayubybonda.
“Saya jual makanan frozen ni sebagai latihan minda supaya sifat insaniah tinggi. Ia mengingatkan saya tentang orang lain yang lebih memerlukan” Bonda Rozita
Sumber: Facebook Bonda Rozita Ibrahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari di laman Instagram miliknya mengenai suasana lebaran dirinya dan keluarga menarik perhatian apabila kelibat jejaka yang dikatakan teman istimewanya turut kelihatan di dalam foto yang dikongsikan oleh Bunga Citra Lestari atau lebih mesra di sapa BCL.
Melalui perkongsian di Instagram, Bunga atau lebih mesra disapa sebagai BCL berkongsi foto-foto ketika menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga dan teman rapat di kediamannya pada hari kedua sambutan Aidilfitri di Indonesia.
Tahun ini menyaksikan BCL menyambut lebaran dalam suasana sederhana dan meriah dikelilingi keluarga dan rakan-rakan rapat. Tahun lalu, ibu mentuanya, Khadijah Abdul Rahman atau lebih mesra disapa Dida Sinclair menemani BCL dan Noah meraikan lebaran di Jakarta.
Seperti kebiasaannya, sebagai ibu BCL akan sibuk menyediakan pelbagai hidangan Aidilfitri untuk dijamu di pagi raya. Menerusia perkongsian di Instagram milik penyanyi Wanita Terbahagia ini, dia sememangnya ‘wanita paling sibuk’ di dapur setiap kali tiba musim perayaan dan menyediakan sendiri hidangan berupa manisan antaranya termasuklah cinnamon rolls, kek dan sebagainya.
Selebriti berketurunan Minang ini juga tidak lupa menghidangkan juadah istimewa seperti ketupat, rendang dan opor ayam sebagai juadah di pagi 1 Syawal.
BCL mengenakan busana bermotif flora nuansa pastel sedondon dengan anak kesayangannya, Noah Sinclair serta keluarga terdekatnya. Apa yang menariknya, sosok tubuh jejaka yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengannya, Tiko Aryawardhana turut kelihatan mengenakan pakaian sedondon dengan keluarga BCL.
Meskipun BCL memuat naik gambar yang disunting menggunakan teknik ‘collage’, masih jelas kelihatan foto-foto Tiko berpakaian sedondon bersama keluarga selebriti tersebut. Ini merupakan kali kedua BCL ‘membawa’ Tiko ke khalayak umum apabila gosip mengenai hubungan mereka mula diperkatakan apabila Tiko hadir di majlis sambutan hari jadi BCL baru-baru ini.
Menurut Kompas.com, Tiko merupakan kakitangan di bahagian kewangan di salah sebuah bank terkemuka di Indonesia. Meskipun gosip mengenai hubungan mereka mula diperkatakan sejak kebelakangan ini, namun BCL mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai gossip tersebut.
Kali terakhir BCL mengadakan sambutan majlis rumah terbuka di kediamannya adalah pada tahun 2019, setahun sebelum Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun akibat serangan jantung. BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aiden Sinclair,13.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kepimpinan para pemimpin muda telah diperakui di seluruh pelosok dunia kini dalam percaturan politik dunia yang pelbagai. Jika dahulu pemimpin muda tidak pernah diberi ruang untuk ‘berdamping’ dalam pentadbiran negara, kini pemikiran itu sudah jauh ketinggalan.
Pengiktirafan terhadap pemimpin muda ini telah memberi ruang suntikan idea-idea baru dan segar yang ‘luar kotak’ dalam membantu pembangunan ekonomi negara.
Begitu juga dengan wanita cantik yang bernama Shamma Al Mazrui, 26 tahun ini. Shamma Al Mazrui telah mencipta sejarah dan memahat namanya sebagai menteri termuda di dunia.
Pengiktirafan sebagai menteri termuda ini telah tercatat di Guinness of World Records 2018. Wanita yang tampil cantik berhijab ini memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Belia bagi negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada usia 22 tahun lagi.
Shamma Al Mazrui merupakan satu di antara lapan orang wanita yang menganggotai ahli kabinet UAE yang jumlah keseluruhannya 29 orang. Wanita yang mempunyai akuan Instagram dengan nama @shamma dengan 323 ribu pengikut bukan calang-calang wanita. Shamma Al Mazrui telah dilahirkan dan membesar di Abu Dhabi.
Shamma Al Mazrui memegang Bachelor of Arts in Economics dari New York University Abu Dhabi. Kemudian beliau meraih Ijazah Sarjana Public Policy dari the University of Oxford, 2015. Wanita hebat ini merupakan pelajar pintar di University of Oxford dan merupakan satu-satunya warga UAE dan satu-satunya wanita yang mendapat biasiswa Rhodes yang sangat terkenal itu.
Wanita ini juga telah mendapat banyak pengiktirafan di mata dunia dengan meraih penghargaan Distinction Award Mansour bin Zaid Al Nahyan, meraih penghargaan Coutss Future Leader Award pada tahun 2015, malah saluran berita CNBC telah memasukkan namanya di antara tujuh wanita muda yang dapat mengubah dunia. Shamma Al Mazrui juga aktif di PBB sehingga menjadi perwakilan UAE di PBB.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tertawan dengan aura Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib. Beliau sememangnya mempunyai pesona tersendiri yang membuatkan setiap mata memandang tertawan dengan rupa paras jelitanya. Bertubuh tinggi lampai, hidung mancung, sepasang mata bundar dan rambut hitam panjang mengurai… penampilan Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad di khalayak ramai sentiasa menjadi tumpuan masyarakat.
Diam tak diam, Januari lepas merupakan ulang tahun perkahwinan ke-10 Toh Puan Raghad di samping suami tercinta, Tun Abdul Taib Mahmud. Berkongsi rasa syukur menikmati kehidupan bahagia bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ini, jelitawan tersebut menerusi media sosial miliknya mengungkapkan ungkapan romantis sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Kongsi Toh Puan Raghad, “I am who I am because of you. We may have our challenges, our stumbles and our disagreements, but as long as we are still together and love one another.”
Sambil menggunakan hashtag #happyweddinganniversary, beliau turut memuat naik foto mesranya di samping Tun Abdul Taib Mahmud yang sedondon berbusana putih.
Meskipun berstatus isteri kepada pemerintah Sarawak namun Toh Puan Raghad tidak kekok bertemu masyarakat. Ada sahaja masa terluang, beliau pasti akan turun padang beramah mesra dengan rakyat dan menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan. Buktinya, pada awal Februari lalu beliau telah melawat kediaman penduduk terjejas dengan memberi bantuan khusus sambutan Tahun Baharu Cina.
Malah, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setahun yang lepas hingga ke hari ini Toh Puan Raghad tidak putus-putus memberikan sumbangan kepada rakyat terjejas Covid-19 dan mangsa bencana banjir yang melanda Sarawak. Tidak cukup itu, beliau juga mengagihkan sejumlah bantuan kepada pusat perlindungan haiwan di Kuching yang mengalami kerosakan disebabkan insiden banjir.
“My small gesture to help the animal shelter of The Sarawak Society for Prevention of Cruelty to Animals (SSPCA). I was so moved to found out that the shelter was badly damaged due to the floods. I hope with this gifts, it can lighten the burden of SSPCA in making the shelter more comfortable condition for the animals under its care.”
Moga rumah tangga Toh Puan Raghad dan Tun Abdul Taib Mahmud terus kekal bahagia. Harapan Nona agar segala kebaikan dan kerja amal yang dilakukan isteri T.Y.T Sarawak ini juga memberi suntikan semangat serta inspirasi buat ramai wanita untuk saling membantu mereka yang memerlukan.
Kredit foto: Instagram Raghad Taib
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita ini pernah memiliki kerjaya hebat sebagai seorang pensyarah dan penyelidik namun akhirnya memilih untuk bergelar usahawan dan pengasas kepada produk penjagaan kulit, Dr...