Satu persatu dugaan ditempuhinya sepanjang bergelar isteri. Netizen menjadi saksi, bukan satu, bukan dua tapi berkali-kali dirinya dikhianati insan paling disayangi. Tapi hari ini, akhirnya Bella Astillah menyerah, takdir perkahwinannya dengan Aliff Aziz bakal ternoktah.
Hadir dalam persalinan jubah merah jambu berbunga ungu, Bella tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan kes perceraian dengan suaminya, Aliff Aziz.
Nekad untuk berpisah, Bella, 30, atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah sama, kelmarin.
Sekadar mengimbas, Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019 namun merujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.
NEKAD
Ads
Pepatah ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ barangkali tidak terpakai dalam isu melibatkan pasangan ini kerana saban kali Bella dicurangi. Apa yang pasti, kesabaran dan sifat pemaaf ibu kepada Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna ini dikagumi oleh wanita lain.
Bella nekad membuat keputusan demikian selepas mengambil kira banyak perkara selain insiden tangkapan atas dakwaan khalwat suaminya dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini.
Selepas beberapa kali peluang diberikan, perceraian adalah jalan terakhir bagi Bella.
“Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Sudah banyak peluang diberikan pun. Saya harap Aliff dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Ads
Malah menerusi video yang dikongsikan media, ibu kepada dua cahaya ini turut menjelaskan, perpisahan adalah jalan terbaik.
“Saya rasa inilah jalan yabg terbaik untuk saya dan Aliff. Seperti mana yang semua orang tahu, kami berdua pernah rujuk sebelum ini.
Jadi saya rasa dengan kita memilih jalan masing-masing mungkin itu yang terbaik untuk diri Aliff dan saya juga,” katanya.
Instagram: @bellaastillah
Meninjau ke ruangan komen, banyak kata-kata semangat dititipkan oleh peminat kepada Bella. Rata-ratanya menyokong keputusan yang diambil bahkan yakin beliau mampu mendepani ujian ini dengan tenang. Apa pun, semoga Bella terus kuat untuk anak-anak dan bertemu seseorang yang lebih baik, insyaAllah!
Ahli Parlimen Muar yang juga Presiden Muda, Syed Saddiq mencetuskan ‘kekecohan’ di media sosial apabila memuat naik poster Nuzul Quran di akaun Instagramnya sehinggakan para pengikutnya menyangka ia adalah pengumuman perkahwinan.
Kredit Foto: Instagram Syed Saddiq
Pada semalam, Syed Saddiq menyiarkan poster sambutan Nuzul Quran yang akan diadakan di Muar pada 8 April 2023 ini.
Beliau turut menyeru seluruh warga Muar untuk menyertai majlis tersebut.
Kredit Foto: Instagram Syed Saddiq
“Memandangkan Nuzul Quran semakin hampir, saya dan tetamu istimewa, Ayana Jihye Moon menganjurkan acara amal ini di Muar pada Sabtu ini, 8 April.
“Saya gembira kerana majlis amal Nuzul Quran ini berlangsung di Muar, bersama-sama rakan saya @xolovelyayana pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Kredit Foto: Instagram Syed Saddiq
“Saya pasti akan membawanya melawat sekitar Muar bagi merasai semua makanan di sini yang menakjubkan,” tulisnya di kapsyen.
Kredit Foto: Instagram Syed Saddiq
Walaupun kapsyen itu jelas menyatakan tentang majlis Nurul Quran, poster tersebut masih menimbulkan ‘kekecohan’ di kalangan pengikut serta peminat wanita Syed Saddiq.
Kredit Foto: Instagram Ayana Jihye Moon
Dalam poster tersebut Syed Saddiq dan model cantik, Ayana Jihye Moon memakai pakaian tradisional Melayu rona maroon sedondon seolah-olah memperlihatkan mereka seperti bakal pengantin.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika sebelum ini, NONA ada melaporkan kisah tentang lelaki yang tertakhta di hati pelakon kebanggaan kita, Tan Sri Michelle Yeoh di mana selama 19 tahun mereka bertunang dan menyulam cinta, dan akhirnya pelakon kelahiran Ipoh tersebut dikhabarkan sudah berkahwin dengan lelaki tersebut.
Hampir dua dekad menjalinkan hubungan cinta, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya sah bergelar isteri kepada bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari iaitu Jean Todt. Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis yang diadakakan secara tertutup di Geneva, Switzerland pada Khamis.
Walaupun masih belum dikongsikan perincian di laman media sosial pelakon yang baru saja memenangi anugerah Oscar tersebut, namun berita gembira itu dikongsi oleh salah seorang tetamu yang hadir iaitu pelumba Formula 1, Felipe Massa yang menyampaikan ucapan tahniah buat pasangan mempelai.
Michelle, 60, mula berkenalan dengan Jean pada Jun 2004 di Shanghai, China. Michelle Yeoh dan Jean Todt pertama kali bertemu di sebuah kejohanan di Shanghai pada tahun 2004.
Jatuh cinta pada pandang pertama, mereka mula menjalinkan hubungan dan bertunang pada tahun 2005. Michelle berkata dia memuja “rasa jenaka yang tersembunyi” dan warna biru matanya.
Jean yang lahir di Perancis pada tahun 1946 merupakan seorang eksekutif perlumbaan motor Perancis dan mengasaskan syarikat All Roads Management pada 2023 dan sangat aktif dalam dunia sukan permotoran. Jean juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Dek terlalu lama bercinta, kisah perhubungan mereka sering menjadi perhatian dan ramai yang menantikan hari perkahwinan pasangan ini. Apa apa pun NONA mendoakan semoga perkahwinan Tan Sri Michelle dan suami berkekalan hingga ke anak cucu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isu pergolakan rumahtangga antara Farid Kamil dan Diana Danielle terus diperkatakan sehingga kini, namun ia tidak menghalang Diana untuk terus berkarya, dan kini dia melangkah setapak lagi dalam industri seni dengan melancar dan menerbitkan lagu raya yang berjudul Senandung Raya. Lagu raya Diana yang bengenre pop kontemporari didengar cukup ‘catchy’ sekali sehinggakan ada yang menyamakan dengan lagu raya dari kumpulan Feminin.
Menurut sumber Berita Harian, ini merupakan pertama kali Diana merakamkan lagu raya secara solo dalam bahasa Melayu, walaupun Diana lebih selesa berbahasa Inggeris.
“Saya mengaku kepada komposer lagu Senandung Raya, Amyela bahawa saya tidak yakin menyanyikan lagu Melayu. Namun, dia sangat membantu dan memberi sokongan ketika proses rakaman.
Selain menyanyi dalam bahasa Melayu, proses menyiapkan video muzik pada saat-saat akhir juga menjadi cabaran buat penyanyi berusia 31 tahun itu.
Namun, Diana memberi komitmen bagi memastikan perancangan lancar. “Sebelum ini, saya tidak pernah mendapat peluang merakamkan lagu raya secara solo. Jadi, saya mahu segera siapkan lagu dan muzik video Senandung Raya supaya dapat dilancarkan tepat pada masanya
“Saya bangga apabila dapat memberi idea dalam video muzik di mana kami ingin paparkan situasi sebenar. Sebagai penyanyi baharu, semua ini memberi pengalaman kepada saya bagaimana hendak mewujudkan sesuatu yang bermula dengan idea,” katanya.
Selain itu, Diana mengaku gementar untuk bekerjasama dengan Amylea buat kali pertama. Jom sama-sama kita dengarkan lagu raya dari Diana Danielle.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.