Kenali sepatu pilihan yang terbaik untuk digayakan bersama padanan pakaian yang disarung ke badan. Sepatu boleh menjadikan penampilan keseluruhan menjadi lebih baik ataupun canggung. Jangan pandang ringan apabila membeli item fesyen ini. Tidak semestinya yang mahal sahaja yang cantik, sebaliknya lihat kepada jenis rekaan dan juga keselesaan. Jom kenali sepatu dan bagaimana untuk menggayakannya secara efektif.
IKLAN
ASAS SELESA
Walaupun memakai sepatu tumit tinggi membebankan tapak kaki anda dengan memberi keberatan ekstra namun kebanyakan wanita tidak kisah mengenai perkara ini. Asalkan mereka kelihatan cantik itu sudah memuaskan hati. Namun tahukah anda yang terdapat beberapa idea dan trik menggayakan kasut tumit tinggi lantas memberikan keselesaan.
IKLAN
Tinggi dan Kestabilan- Kasut tumit tinggi yang digelar kitten heels adalah ketinggian paling ideal untuk tampil selesa. Selain itu anda boleh memilih kasut tumit tinggi yang memiliki tumit blok tebal, ini memberikan lebih sokongan.
Lapik Kusyen- Apabila membeli sepatu anda harus merasa keselesaan di dalam sepatu itu sendiri. Jika ia tidak memiliki kusyen yang menyokong tapak kaki, anda boleh membeli kusyen tambahan sebagai langkah keselesaan.
Material- Pilih sepatu yang dihasilkan dari fabrik yang lembut dan boleh bernafas serti kulit napa ataupun kulit kambing. Anda juga boleh memilih fabrik sintetik namun ia akan membuatkan kaki berpeluh.
IKLAN
TIP MEMBELI SEPATU
Anda harus mencuba beberapa saiz yang berbeza mengikut jenama. Tidak semestinya jenama A anda memakai saiz 6 jadi saiz jenama B akan sama. Ia bergantung kepada pengeluar kasut tersebut.
Seeloknya beli kasut pada pukul empat petang dan ke atas kerana saat itu kaki anda membesar sedikit setelah banyak berjalan.
Apabila mencuba sepatu cuba berjalan di atas permukaan lantai yang tidak berkarpet. Ini untuk memberi anda bayangan bagaimana jika anda berjalan di atas pemukaan sebenar.
Saat mencuba sepatu anda perlu menggerak-gerakkan hujung jari dan longgarkan buku lali anda, cuba duduk dan bangun. Jika ada bahagian yang terasa ketat, kemungkinan besar kaki anda akan melecet jika memakai sepatu tersebut. Elak membeli sepatu yang ketat.
Semakin ramai wanita berhijab yang kini bijak bergaya dan tidak mahu terlepas daripada mengikuti trend fesyen terkini. Walaupun berhijab, penampilan harus dijaga agar kelihatan lebih berkeyakinan sekaligus memberi impak positif buat seorang wanita muslimah. Bagi wanita yang memakai hijab, penting untuk anda menyesuaikan sesuatu rekaan pakaian dengan imej berhijab agar kelihatan sopan dan tidak keterlaluan. Ekoran fesyen Muslimah yang semakin meriah dengan keluaran pelbagai koleksi pakaian Muslimah moden, berikut merupakan beberapa tip fesyen terkini khusus untuk wanita bertudung yang boleh dijadikan panduan.
1. TUBUH KECIL
Wanita muslimah yang bertubuh kecil seeloknya elakkan diri daripada memakai jubah yang terlalu besar dari saiz anda. Ia hanya akan menampakkan tubuh anda kelihatan janggal dan seakan tenggelam. Untuk kesan terbaik, anda boleh memakai blaus yang panjang atau tunik labuh paras lutut dan dipadankan dengan seluar jenis straight cut. Anda juga boleh meilih rona terang sebagai pilihan agar anda kelihatan lebih berisi. Dari segi pemilihan tudung, anda digalakkan untuk memilih tudung atau selendang dengan warna yang senada agar penampilan anda kelihatan cantik dan sopan.
2. TUBUH TINGGI
Bagi Wanita yang mempunyai tubuh yang tinggi, anda cukup beruntung kerana memiliki tubuh yang menjadi idaman setiap wanita diluar sana. Anda sesuai memakai pelbagai jenis busana muslimah dari jubah, tunik hingga ke paduan blaus dengan skirt atau seluar panjang. Malah, anda juga sesuai bermain dengan fesyen yang lebih berani seperti permainan rona busana, potongan busana dan sebagainya. Untuk menaikkan seri penampilan anda, anda boleh memakai aksesori seperti rantai atau gelang supaya penampilan anda kelihatan lebih cantik dan lebih manis. Namun harus diingatkan, jangan memakai aksesori berlebihan hingga boleh menenggelamkan penampilan anda.
3. TUBUH BERISI
Rata-rata wanita berisi rungsing untuk memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh mereka. Untuk tubuh berisi, pilih blaus dan seluar jenis wide leg. Dengan blaus muslimah ini anda akan kelihatan lebih langsing. Untuk memberi kesan langsing yang paling berkesan, Pilihlah warna gelap untuk menghasilkan ilusi dan menyamarkan bentuk tubuh anda. Pilih tudung atau selendang yang tidak berlapis untuk menghindari efek penuh pada penampilan anda. Anda juga boleh memilih corak yang ringkas seperti garis-garis lurus atau corak abstrak yang berbentuk kecil supaya anda kelihatan langsing dan tidak berisi.
4. MEMAKAI OUTERWEAR
Memakai outerwear boleh memberi impak yang lebih trendy buat penampilan anda. Jika anda ingin tampil kasual bersama padanan jeans dan t-shirt kegemaran anda, ‘always remember to put yourself an outerwear’. Selain memberi gaya stylish, pemakaian outerwear juga mampu menutupi bentuk tubuh anda daripada terlihat terus. Jenis-jenis outerwear yang boleh anda gayakan adalah seperti kardigan, blazer, kimono top, dan sweater. Pemilihan fabrik outerwear juga haruslah bersesuaian dengan aktiviti yang anda lakukan. Apa yang paling penting, bergayalah mengikut kesesuaian gaya dan personaliti anda!
5. PEMILIHAN RONA
Pemilihan rona juga amat penting buat wanita berhijab. Tentu sekali anda tidak akan pernah salah apabila memilih rona hitam sebagai pilihan. Ia bukan sahaja menjadikan tubuh anda kelihatan langsing, malah warna hitam juga membuatkan penampilan anda kelihatan elegan dan eksklusif. Sekiranya anda tidak menggemari rona hitam dan menganggapnya ia sebagai rona yang membosankan, anda boleh memilih rona-ronna pastel seperti dusti link, lilac, hijau muda, ungu lembut, mint green dan banyak lagi. Rona-rona ini mampu memberi sisi kelembutan dan feminin yang tiada tara buat penampilan anda. Elakkan memilih rona terlalu terang atau neon untuk dijadikan pilihan.
6. MENUTUPI BAHAGIAN PINGGUL
Ramai wanita yang terlepas pandang mengenai hal ini. Pakaian yang menutupi bahagian pinggul juga perlu dititikberatkan buat seseorang Muslimah. Kini terdapat banyak koleksi pakaian muslimah moden yang mempunyai rekaan menutupi bahagian pinggul wanita. Penting untuk wanita berhijab memakai pakaian yang tidak memperlihatkan bahagian pinggul terutama sekali jika potongan seluar yang dipakai adalah ketat.Sebaiknya jika seluar yang digayakan sedikit ketat, anda dinasihatkan untuk memakai baju yang lebih panjang melebihi paras punggung dan peha. Sebagai contoh, anda boleh memilih kemeja oversized berona putih untuk dijadikan pilihan.
7. BUSANA LONGGAR
Siapa kata busana longgar tidak bergaya? Anda boleh bergaya dengan koleksi busana Muslimah seperti kaftan yang kini banyak tersedia dalam rekaan longgar dan trendy. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk potongan dan juga dalam motif yang cukup menarik. Selain tampil lebih trendy, busana jenis ini pastinya memberi keselesaan optimum buat si pemakai. Bukan itu sahaja, malah ia memudahkan pergerakan anda untuk melakukan aktiviti seharian. Koleksi busana seperti ini bukan sahaja sesuai untuk digayakan bersama seluar, malah cukup menarik untuk dipadankan bersama skirt labuh.
Kacamata merupakan satu aksesori yang mempu mengubah penampilan seseorang. Tidak kiralah jenis optik ataupun kaca mata tabir suria, penampilan wajah anda dengan aksesori ini seolah-olah mencipta satu identiti baru. ic! Berlin tampil dengan koleksi baru plotic yang mana ia diterjemahkan dari sudut seni bina bandar yang mengagumkan.
Ada cerita di sebalik inspirasi ini sebenarnya. Ia adalah kesinambungan kepada gaya musim panas yang menongkah arus dan tidak mengikut gaya semasa. Secara logiknya, bila tiba musim panas ramai yang akan berpusu-pusu ke pantai untuk menikmati pemandangan. Namun mengapa menyesakkan diri di kawasan yang penuh dengan orang sedangkan anda boleh bergembira di bandar konkrit metropolitan?
Rekaan Bingkai Utopia
Inspirasi ini memberikan kesan kepada rekaan bingkai kacamata yang lebih menarik dan juga memiliki lekuk yang cukup istimewa yang mencetus gaya sangat fashionable. Bayangkan jika anda bergaya ringkas, cukup sekadar melengkapkan penampilan dengan kaca mata ini. Terbahagi kepada lima rekaan setiap satu dinamakan dengan gelaran Metropolis, Utopia, Uptown, Downtown & Dystopia.
Kebanyakannya beranggapan bahawa untuk menjadi seorang fashionista haruslah mempunyai perbelanjaan yang besar serta menjadi ahli fesyen. Ternyata tanggapan itu tidak benar! Tidak semestinya dengan pakaian yang berjenama dan terkenal, tas tangan mewah dan kasut yang mahal melayakkan seseorang itu untuk bergelar fashionista.
Sebaliknya, apa yang perlu dilakukan ialah memerhatikan pada sekeliling anda. Gunakan kreativiti untuk mengubah barangan yang terpakai menjadi lebih trendy.
INSPIRASI & KREATIVITI
Dapatkan idea-idea baharu dalam berfesyen antaranya melalui majalah, internet, pentas fesyen dan juga mereka di persekitaran anda. Lihat barangan yang tidak dipakai yang boleh diilhamkan menjadi barangan yang trendy dan carilah rujukan di youtube contohnya tutorial DIY.
PERCAYA DIRI
Kunci kejayaan untuk bergelar fashionista ialah sikap percaya diri. Setiap insan mempunyai cita rasa gaya yang berbeza-beza. Maka jadilah seorang yang percaya diri dengan stail pilihan anda sendiri dan tonjolkan diri anda seorang fashionista.
SUAI PADAN
Seorang fashionista tidak takut untuk menggabungkan dua motif yang kontras di samping bijak bermain dengan warna. Namun begitu, ia masih terlihat mengagumkan.
BERGEMBIRALAH!
Sewaktu anda berbelanja dan memilih pakaian, kasut, tas tangan serta aksesori anda perlu merasa selesa supaya dapat mengekspresikan diri dalam memilih pakaian yang tepat dan stail yang dipilih sesuai dengan anda.
UNIK & LUCU
Trend yang banyak diperlihatkan oleh orang lain adakalanya membuatkan kita mudah merasa bosan. Sementara yang unik, lucu serta jarang ditonjolkan oleh orang lain boleh menjadi pilihan anda dalam berfesyen. Siapa tahu anda boleh menjadi trendsetter.
JADI DIRI SENDIRI
Sebaiknya elakkan daripada meniru mahupun menciplak gaya orang lain. Ini kerana setiap orang mempunyai aura serta cita rasa yang berbeza. Begitu juga dari segi bajet masing-masing kerana belum tentu apa yang cantik dan selesa pada orang lain, akan turut dirasai oleh diri kita sendiri.