Membaca entri pakar sakit puan dan perbidanan, Dr Hamid Arshat baru-baru ini membuatkan penulis cuba menarik nafas sedalam-dalamnya untuk melupakan seketika tekanan kerja yang sedang dilalui. Mana tidaknya, tatkala membacanya jelas diterangkan oleh beliau bahawa tekanan merupakan antara faktor berlakunya pelbagai penyakit yang sukar diubati.
IKLAN
Menurut Dr Hamid Arshat, setelah sekian lama beliau bertugas sebagai doktor dan telah merawat pelbagai jenis penyakit, beliau dapat merumuskan bahawa stres termasuklah tekanan mental, emosi dan fizikal merupakan penyebab dan pencetus utama bagi penyakit yang menyebabkan kematian secara mengejut iaitu serangan jantung dan angin ahmar atau stroke.
Prihatin dengan kesihatan masyarakat, beliau berkongsi tip yang sering diamalkan untuk mengatasi tekanan.
IKLAN
TAWAKAL – Sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan dan kekuatan tubuh. Tawakal kepada Allah sambil berusaha menangi stres. Selain itu, reda dengan ketentuan Allah amat penting.
REDA – Apabila ditimpa musibah, anggapnya sebagai ujian Allah untuk menguji tahap keimanan.
SABAR – Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, cuba tahan sedih dan marah. Anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik kita. “Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya”.
TAHAN MARAH – Bila memandu kereta, kita sering diprovokasi oleh pemandu yang kurang berhemah seperti menghempit, bunyikan hon dan lain-lain. Ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah.Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah apabila bersama keluarga dan di tempat kerja. Tahan marah, tinggalkan dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk.
MEMAAF – Selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengungkit-ungkit.
TIDAK BERDENDAM – Walaupun difitnah dan dizalimi. Usah simpan DENDAM dan kawal perasaan untuk membalas.
CARI HOBI – Gemar berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayuran, herba dan pokok buah-buahan di sekitar kawasan rumah. Kesannya sememangnya relaxing.
SENTIASA BERZIKIR – Sentiasa menjadikan amalan apabila memandu kereta terus-menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
DEEP BREATHING – Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulangi untuk 5 minit. Lakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana saja terutama ketika stres.
SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA-LUMBA – Amalkan gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan jenama pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
“Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. Insha’Allah, kita boleh kawal stres, awet muda dan dengan izin Allah lanjut usia serta boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Aamin,” pesan Dr Hamid.ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Di musim perayaan ini, nikmati keindahan warna-warni warisan budaya dan kesenian Malaysia pada sambutan Aidilfitri di mana Pavillion REIT Malls membuka pintunya, mengalu-alukan kedatangan para pembeli bersama meraikan perayaan penuh kesyukuran dan kemaafan ini. Bersedialah untuk menghayati seni warisan sewaktu melawat Pavilion Kuala Lumpur, Intermark Mall, dan Da Men USJ di mana terletak hiasan dekorasi menakjubkan yang pasti menyerlahkan intipati budaya dan tradisi Malaysia yang unik.
Daripada dekorasi menawan di setiap pusat beli-belah, serta peluang merakam swafoto yang pasti mengamit kenangan, pelbagai aktiviti, promosi dan persembahan yang mengasyikkan, pastinya ada sesuatu yang menarik menanti anda di Pavilion REIT Malls. Ambil peluang ini dan bergembiralah bersama keluarga dan rakan taulan, di mana kempen ‘Raya Togetherness’ di Pavilion KL menampilkan gabungan tradisi dan moden, semangat keraian diserlahkan dengan ‘Rentak Irama Raya’ di Da Men USJ, dan hayati hasil kraf tenunan tradisional mengagumkan di ‘Weaving Raya’ hanya di Intermark Mall ‘.
Sama ada anda ingin menikmati suasana perayaan penuh keceriaan, memenuhi terapi membeli belah, atau sekadar ingin menghabiskan masa berkualiti bersama yang tersayang, Pavilion REIT Malls pasti menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat anda semua.
Pavilion Kuala Lumpur
Pavilion KL, destinasi membeli-belah utama Malaysia, meraikan musim Hari Raya kali ini dengan kempen ‘Raya Togetherness’. Sehingga 24 April, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti dan promosi menarik yang mempamerkan keindahan budaya tradisional dalam konteks kontemporari.
Pavilion KL bekerjasama dengan Yayasan Tuanku Nur Zahirah menampilkan rumah warisan berusia 150 tahun yang berfungsi sebagai penghubung antara warisan budaya tradisional dan dunia moden dan ianya diubahsuai menjadi rumah warisan moden menerusi hiasan batik di bahagian luar rumah dan pemetaan unjuran di dalam rumah.
Centre Court juga dihiasi dengan panel kaca berwarna yang menakjubkan dengan corak geometri yang diilhamkan dari seni bina Islam yang mencipta latar belakang Rumah Warisan tersebut. Para pengunjung turut dijemput menyelami warisan dengan demonstrasi seni tradisional seperti seni khat, pembuatan barang kemas, batik canting, ukiran kayu, tenunan dan songket.
Untuk orang ramai melakukan persiapan menyambut kedatangan Syawal, anda semua boleh mengunjungi ‘Raya Togetherness Marketplace’, yang menampilkan koleksi rekaan eksklusif daripada pereka-pereka tempatan seperti Jovian, Captain Batik, serta Pandora. Pengunjung juga dijemput mencuci mata di Artisan Malaysia Raya 2023 Pop-up di Tokyo Street Event Hall, Aras 6 dan melihat lebih dekat pelbagai hasil kraftangan.
Turut dianjurkan ialah persembahan penuh kemeriahan Gema Aidilfitri Bersama Taylor’s International School KL, The Rhythm of Eid with Clap and Tap Orchestra, dan Togetherness Cultural Dance oleh Suktra Terengganu. Bertempat di Crystal Fountain yang ikonik di pusat beli-belah itu, Coach turut menganjurkan pemasangan ‘Bespoke Raya’ yang pertama di Asia Tenggara, dengan bulan sabit, bintang dan tanglung yang bercahaya.
Pengunjung juga bakal mendapat ganjaran iaitu paket Raya eksklusif dan baucar Buka Puasa RM20 secara percuma. Pemegang kad Maybank bakal menerima set cawan dan piring Maxwell Williams percuma dengan RM1,000 dibelanjakan dalam satu resit, serta set kaca seni barok dengan setiap RM2,000 yang dibelanjakan.
Lebih menarik lagi, bagi meraikan ulang tahun ke-15 Pavilion KL, pengunjung yang membelanjakan RM8,000 akan mendapat baucar RM500 dalam pemberian khas selama sebulan dari 15 April hingga 15 Mei.
Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi ‘Raya Togetherness’, layari pavilion-kl.com atau semak kemas kini nyata melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Concierge Pavilion KL di 03 2118 8833.
Da Men USJ
Da Men USJ menceriakan suasana musim perayaan tahun ini dengan ‘Rentak Irama Raya’, menyambut Aidilfitri dan mempamerkan budaya tradisional Melayu melalui persembahan muzik yang menarik seperti gamelan berirama dan dikir barat yang rancak. Mulai 29 Mac hingga 21 Mei, jom sama-sama memeriahkan sambutan perayaan ini yang bertujuan menyatupadukan komuniti Subang sambil memupuk dan memelihara keindahan tradisi dan budaya Melayu.
Hiasan pusat beli-belah tahun ini mendapat inspirasi daripada kampung yang meriah yang dipenuhi dengan alat muzik tradisional Melayu, berlatarkan taman tropika yang subur dipenuhi dengan bunyi alam semula jadi yang menenangkan. Hiasan ini pasti memberi peluang yang sempurna kepada pembeli untuk merakam gambar OOTD Raya mereka.
Untuk menyemarakkan suasana perayaan, Da Men USJ akan mempersembahkan ‘The Longest Doodle In A Mall.’ Kerjasama Rentak Irama Raya dan Peace.Love.Design ini adalah aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga! Dengan kerjasama INTI College Subang Jaya, pengunjung boleh menyerlahkan sisi kreativiti mereka dengan lukisan bertemakan Malaysia pada 15 April mulai jam 11 pagi dan keatas.
Bagi menambahkan kemeriahan sambutan Syawal kali ini, VR Drumming Academy akan menampilkan persembahan gamelan dan dikir barat secara eksklusif pada 1, 8 dan 15 April jam 2 petang, manakala Global Art akan menganjurkan Bengkel Seni dan Kraf Raya pada 8 dan 15 April.
Ingin cabar keupayaan dan kemahiran anda? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Pertandingan Kompang yang paling dinanti-nantikan, dianjurkan oleh VR Drumming Academy, yang berlangsung pada 14 Mei dari jam 11 pagi dan keatas. Pertandingan ini terbuka kepada orang ramai dan menjanjikan persembahan bakat yang menarik. Dan jika anda seorang penggemar makanan, pastikan anda menyertai Pertandingan Makan Nasi Lemak! Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, pastikan anda menyemak halaman media sosial kami. Jangan tunggu lama-lama – ayuh sertai kami dan penuhi hari anda dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan pasti mengujakan!
Dan jangan lupa: pengunjung juga akan diberi ganjaran apabila mereka berbelanja di Da Men USJ! Dengan setiap RM50 yang dibelanjakan dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah, mereka akan menerima satu set paket Raya eksklusif, dan dengan setiap RM280 yang dibelanjakan di seluruh pusat membeli-belah (RM380 dengan resit Jaya Grocer), mereka akan menerima beg tote atau baucar beli-belah yang eksklusif.
Untuk maklumat lanjut tentang senarai aktiviti ‘Rentak Irama Raya’, layari damen-mall.com atau semak kemas kini nyata melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 8021 0222.
Intermark Mall
‘Weaving Raya’ oleh Intermark Mall ialah sambutan meraikan warisan budaya Malaysia dan penghormatan kepada salah satu bentuk seni tradisional tertua di Malaysia. Pembeli boleh menyaksikan kecantikan anyaman dan kemeriahan Aidilfitri dengan persembahan tradisional dan aktiviti kebudayaan sehingga 30 April.
Berganding bahu dengan Puan Asmah Binti Ismail, seorang penganyam yang terkenal, Intermark Mall menganjurkan pameran eksklusif yang menampilkan ciptaan Puan Asmah yang nyata kompleks, mewakili warisan budaya dan tradisi seni kaya tenunan Malaysia. Pengunjung boleh mengagumi malah melihat reka bentuknya yang menakjubkan dengan lebih dekat, termasuk corak bunga yang rumit malah mengambil masa ratusan jam untuk disiapkan.
Selain itu, Intermark Mall bekerjasama dengan Taylor’s International School Kuala Lumpur untuk menganyam 1,000 ketupat, tujuan mengumpul dana untuk rumah anak yatim. Ketupat adalah lambang perpaduan dan kesyukuran dan biasanya digantung sebagai hiasan di sekitar rumah di Malaysia. Intermark Mall juga akan menyediakan bengkel menganyam ketupat percuma pada 31 Mac, 8, 14 April dan 20 April jam 12 tengah hari khas bagi pengunjung mendapatkan pengalaman untuk mempelajari seni kraf yang indah ini. Ketupat yang dianyam dalam tempoh ini akan diletakkan di lobi tingkat bawah sebagai hiasan, dan pembeli juga boleh membelinya dalam usaha menyokong inisiatif itu, di mana hasil pembelian tersebut akan disalurkan ke dana derma pusat beli-belah.
Selain itu, pengunjung boleh berhibur sambil menyaksikan persembahan tradisional seperti gamelan, kompang dan tarian tradisional Melayu pada 24 dan 30 Mac, 5 dan 13 April pada jam 1 tengah hari, di samping menyelami keindahan muzik dan tarian tradisional Melayu.
Pengunjung yang membelanjakan RM300 dan ke atas dalam satu resit boleh menebus set paket Raya edisi terhad, manakala mereka yang membelanjakan RM900 dan ke atas dalam satu resit boleh menebus bakul rotan hiasan dan set paket Raya edisi terhad. Setiap minggu, tiga pembeli belah terbanyak akan menerima hidangan berbuka puasa percuma untuk dua orang di Makan Kitchen DoubleTree KL, dan 10 pembeli belah terbanyak masing-masing akan dihadiahkan sebotol minyak wangi 50ml La vie est belle Flowers of Happiness daripada LANCOME!
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi ‘Weaving Raya’, layari intermark-mall.com, atau semak kemas kini nyata melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 2166 8170.
Celine Dion nyata seorang wanita dan ibu yang berjiwa kental. Sejak mula berkahwin dengan Rene Angelil, Celine sudah merancang untuk memiliki anak ramai. Mana tidaknya, dia dilahirkan dalam keluarga besar dan sebagai anak bongsu daripada 14 orang beradik Celine sentiasa mendapat tumpuan dan perhatian keluarga.
Meskipun secara luaran, Celine disifatkan sebagai seorang wanita yang sukses, kaya, ternama dan mampu memiliki apa saja yang diinginkan namun hakikatnya perjalanan hidup penyanyi berkelas dunia ini tidak berjalan begitu lancar.
Terutamanya apabila melibatkan soal anak. Menghadapi kesulitan untuk hamil, Celine dan suami tercinta akhirnya dikurniakan anak lelaki sulung ketika berusia 33 tahun selepas menjalani rawatan kesuburan IVF.
Baik Celine mahupun Rene, kedua-dua tidak menyangka akan menghadapi masalah untuk mempunyai anak. Selepas bertahun-tahun ikhtiar dan cuba pelbagai kaedah untuk hamil, mereka masih menemui jalan buntu dan usaha pasangan ini untuk timang cahaya mata tetap gagal.
Pada tahun 1999, Rene disahkan menghidap kanser tekak dan sebagai langkah pencegahan, lelaki kesayangan Celine ini nekad membekukan sperma miliknya kerana khuatir kualiti terjejas akibat kesan kemoterapi.
Sementara itu, Celine pula melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik kesuburan di New York pada Mei 2000 dan menjalani dua pembedahan kecil sebagai usaha meningkatkan peluangnya untuk hamil.
Pada 25 Januari 2001, anak sulung mereka bernama Rene-Charles selamat dilahirkan secara pembedahan.
Selepas kelahiran Rene-Charles, suami isteri ini menyimpan hasrat untuk menambah anak dan mereka sekali lagi menjalani rawatan kesuburan IVF.
Pun begitu, Celine mengalami keguguran pada tahun 2009 dan setelah enam kali berusaha akhirnya pada percubaan ketujuh, Celine disahkan hamil anak kembar lelaki ketika usianya mencecah 42 tahun pada 2010.
Dia terpaksa melahirkan bayi kembar Nelson dan Eddy secara pembedahan ketika usia kandungan baru mencecah 33 minggu. Bagaimana pun kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Hasrat Celine untuk menimang cahaya mata perempuan tidak kesampaian apabila Rene dilaporkan meninggal dunia akibat kanser yang dihidapi pada tahun 2016.
Selepas hampir sebulan mendirikan rumah tangga, barulah Syahrini dan Reino Barack terbuka berkongsi kisah percintaan dan majlis perkahwinan mereka. Menyimpan kemas perasaan dan rahsia perhubungan cinta yang terjalin, pasangan romantis ini sah bergelar suami isteri pada 27 Februari 2019 di Masjid Camii, Tokyo, Jepun dalam majlis yang cukup indah.
Selain tertarik dengan keindahan majlis perkahwinan mereka, ramai yang turut memuji kejelitaan dan wajah tampan kedua-dua pasangan mempelai.
Dalam satu sidang media, Syahrini mendedahkan dia tertawan dan yakin Reino Barack adalah calon suami terbaik untuknya selepas mengetahui keperibadian jejaka berketurunan Jepun tersebut.
“Saya pertama kali dapat menerima dan inshaAllah yakin kerana bacaan solat dia bagus. Jadi, ketika dia mengimamkan saya… suami saya ini sudah terdidik dengan ayat-ayat Al-Quran dengan begitu fasih dan alhamdulillah ketika mendengar solatnya bagus, ertinya dia lelaki yang akan patuh kepada Allah dan lelaki yang saya impikan. Solatnya rajin, tak tinggal.
Selama ini mama tidak reda dengan siapa saya bercinta tapi dengan Reino yang datang ke rumah mama dan imamkan solat, dia terharu dan menerimanya. Alhamdulillah, dia penghafaz Al-Quran dan selepas itu segala perancangan kami dipermudahkan.”
Menepati janji kepada rakan media di Indonesia untuk memperkenalkan lelaki yang bergelar suaminya yang sah kepada umum apabila tiba waktunya… Syahrini mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut seminggu selepas majlis pernikahan mereka berlangsung.
Dalam majlis pernikahan sederhana dan secara tertutup itu, dikhabarkan Syahrini menerima mahar berupa berlian seberat 21 karat yang terdiri daripada cincin pernikahan seberat 11 karat termasuk perhiasan rantai leher, anting-anting dan rantai tangan bertatah berlian 10 karat. Wow, memang betul-betul eksklusif dan ia dipakai Syahrini ketika menghadiri sidang media berkenaan.
Enggan menjadikan ia sebagai tumpuan utama, Reino yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dalam nada rendah diri dan ringkas berkata, “Mas kahwin adalah sebentuk cincin dan sepersalinan kelengkapan solat. Semampunya dan seikhlasnya.”
Sambil berseloroh, dia menambah “Tapikan… cincinnya juga bagus!”
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...