Memakai denim ke tempat kerja tentunya menjadi salah satu perkara yang amat disukai oleh pekerja. Namun ia haruslah tidak salah jika etika pemakaian denim tidak dilarang di tempat kerja anda. Oleh itu penggayaannya juga haruslah betul dan bersesuaian. Ini kerana terdapat beberapa jenis denim yang terdapat di pasaran. Tidak semua jenis denim sesuai digayakan ke pejabat. Jom Nona kongsikan etika pemakaian denim yang betul untuk ke pejabat!

IKLAN
  1. FIT

Jeans yang fit pada kaki tampak lebih kemas. Pastikan ia fit sempurna tetapi bukan sehingga terlalu ketat.

Serlah Gaya Ranggi, Ini 6 Etika Pemakaian DENIM Ke Pejabat Yang Boleh Anda Cuba!

  1. PILIH DENIM YANG GELAP

Berbanding dengan pelbagai jenis denim yang lain, denim yang berona gelap adalah sangat bersesuaian untuk dikenakan kala ke tempat kerja. Acid wash sememangnya cantik tetapi tidak berapa sesuai dengan pejabat. Denim berona gelap adalah selamat untuk dipakai kerana ia boleh bertindak sebagai rona neutral dan lebih kelihatan seperti seluar atau skirt hitam.

  1. ELAK AKSESORI PADA DENIM

Denim yang dihiasi aksesori seperti batu berkilau atau carikan kain sememangnya versatil dan bergaya. Namun ianya tidaklah bersesuaian untuk digayakan di pejabat.

Serlah Gaya Ranggi, Ini 6 Etika Pemakaian DENIM Ke Pejabat Yang Boleh Anda Cuba!

IKLAN
  1. SUAI PADAN BERSAMA CERAIAN  FESYEN YANG LEBIH FORMAL

Ini memastikan agar anda tidak kelihatan terlalu kasual. Kemeja berbutang, kasut wedges atau ankle boots adalah antara yang sesuai untuk ke pejabat. Suaikan bersama blazer, sudah pasti menaikkan penampilan seharian kala di pejabat.

IKLAN
  1. PANJANG DENIM ITU PENTING

Berikan perhatian pada labuh jeans yang anda pakai. Jika ia terlalu labuh, anda akan tampak tidak kemas. Terlalu pendek pula akan tampak seakan ingin bersantai. Jadi, pastikan panjang denim yang anda pilih bersesuaian.

  1. ELAK PADANAN DENIM DAN DENIM

Suai padan top denim dan seluar denim akan dilihat terlalu trendy jika dipakai di pejabat. Pilih satu sahaja item denim dalam persalinan ke tempat kerja dan pastikan helaian selainnya tampak lebih profesional.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI