Meriahnya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sambut lebaran tahun ini. Dalam perkongsian di media sosial, kelihatan mahligai indah milik bekas ahli politik ini dan suami dipenuhi ahli keluarga dan sanak-saudara yang bertandang di pagi Syawal. Seronok!
Tidak sekadar datang menziarah dan bermaaf-maafan, keluarga besar bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini juga sempat melaungkan takbir raya bersama-sama. Sambil disertai cucu-cucu kesayangan.
Tan Sri Shahrizat tampil anggun dalam persalinan kurung warna navy blue sepadan dengan suami yang mengenakan Baju Melayu rona biru lembut. Gaya raya ibu kepada tiga cahaya mata ini turut dilengkapi dengan aksesori barangan kemas seperti rantai leher dan cincin.
Paling istimewa, pemilihan hijab Tan Sri Shahrizat di Aidilfitri yang setia menggayakan tudung awning!
Ucap bekas Ketua Wanita UMNO ini, “Alhamdulillah. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua yang tersayang jauh dan dekat dari kami sekeluarga.
Happy havoc first day raya bersama famili kat rumah. My husband and brother-in-law, both Kelantanese. Overwhelmed by us Penangnites.”
Ads
Kalau tengok video yang dimuat naik, memang meriah Tan Sri Shahrizat sambut lebaran. Terserlah jalinan kekeluargaan yang kuat di antara mereka. Apatah lagi, Hari Raya juga masa terbaik untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama insan.
Tan Sri Shahrizat mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
Ketiga-tiga mereka ialah Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.
Tidak ketinggalan, kehidupan Tan Sri Shahrizat dan suami juga diserikan dengan kehadiran empat orang cucu comel.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang benar kata orang ‘you are what you eat’. Apa sahaja makanan yang dimasukkan ke dalam perut akan memberi kesan kepada tubuh.
Makanan juga berfungsi untuk kecantikan rambut. Nutrisi terpenting untuk memiliki rambut yang berkilau juga datang daripada makanan. Ayuh ambil makanan yang baik untuk meningkatkan kecantikan rambut agar penampilan lebih terserlah indah.
(1) Ikan salmon hindar hidrasi rambut
Ikan salmon memang terkenal kaya dengan asid lemak omega-3, protein, vitamin B12 dan zat besi. Ternyata ikan salmon adalah makanan yang membantu mencantikkan rambut. Kandungan protein dan vitamin D yang diperoleh daripada ikan salmon ini membantu rambut menjadi lebih kuat dan bebas daripada masalah rambut gugur. Malah kesihatan kulit kepala terus terpelihara hasil daripada asid lemak omega-3. Minyak ikan pula boleh membantu rambut berterusan terhidrat.
(2) Brokoli memperkuat folikel rambut
Kesihatan dan kecantikan rambut terus terpelihara dengan sayur hebat ini. Brokoli mengandungi vitamin yang diperlukan untuk rambut. Vitamin A, C dan B6 yang terdapat dalam sayur ini mampu memelihara rambut agar lebih kuat dan halus. Vitamin ini juga merangsang pengeluaran minyak yang dipanggil sebum. Sebum ini berfungsi sebagai perapi dan pelembap secara semula jadi pada rambut. Manakala kalsium yang terdapat dalam brokoli membantu memperkuat folikel rambut.
(3) Kacang cegah rambut rosak
Berbagai nutrisi yang terdapat dalam kacang memang sudah tidak boleh disangkal lagi. Nutrisi yang terkandung dalam kacang adalah protein, zink, zat besi dan vitamin H. Protein yang terdapat dalam kacang membantu meningkatkan pertumbuhan rambut baru. Manakala apabila seseorang kekurangan vitamin H pula rambut mudah rosak dan gugur. Sumber kacang yang boleh dimakan adalah seperti kacang gepang, kacang merah dan kacang hijau.
(4) Daging ayam pelihara rambut gugur
Setiap helai rambut terdiri daripada protein dengan jumlah yang besar. Makanan yang banyak memiliki kandungan protein dapat menjadi nutrisi sebagai perawatan rambut. Daging ayam tanpa lemak memiliki kandungan protein yang tinggi. Selain itu daging ayam juga mengandungi zat besi dan vitamin B untuk membantu memperkuat rambut daripada akar. Bukan itu sahaja vitamin dan mineral yang lainnya dapat mengelak daripada rambut gugur.
(5) Telur bantu elak rambut rosak
Memang benar rambut mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang baik. Telur mempunyai dua bahagian iaitu putih telur dan kuning telur. Putih telur mengandungi kandungan protein dua kali ganda berbanding kuning telur. Protein yang terdapat dalam putih telur ini juga mudah diserap oleh tubuh. Kuning telur pula kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida yang mempunyai peranan untuk membantu mengurangi kerosakan rambut dan menjadikan rambut sihat berkilau. Antioksida pada telur juga boleh mengatasi masalah rambut bercabang dan kelemumur.
(6) Bijirin penuh jauhi rambut botak
Keguguran rambut secara berlebihan menandakan kekurangan pengaliran darah ke kulit kepala. Keguguran rambut juga boleh berlaku apabila mengalami kekurangan protein, asid lemak, vitamin B dan vitamin E. Vitamin E yang terdapat dalam bijirin penuh merupakan bahan antioksida semula jadi yang melindungi kesan negatif melampau radikal bebas dan bertanggung jawab untuk kesihatan rambut.
(7) Tiram memperbaharui rambut baru
Tiram kaya dengan zink dan apabila seseorang itu mengalami kekurangan zink boleh menyebabkan rambut gugur dan kulit kepala kering dan bersisik. Bukan sahaja kaya dengan zink bahkan tiram kaya dengan sumber protein yang baik. Rambut mengandungi 97 peratus protein dan tanpa protein yang cukup tubuh tidak dapat mengganti rambut secara semula jadi setiap hari. Apalagi jika anda sedang berdepan dengan stres yang mengundang kepada rambut gugur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaannya, hujung tahun merupakan waktu di mana kebanyakan individu menghabiskan cuti tahunan dengan melancong bersama keluarga baik di dalam mahupun di luar negara. Selain bercuti, ada juga mengambil kesempatan ini untuk berkunjung ke kota suci Mekah dan Madinah untuk mengerjakan ibadat umrah.
Melalui posting di Instagram milik Wan Sharmila, @lala.wansharmila, dia kini berada di Mekah untuk menunaikan ibadat umrah. Turut kelihatan bersama rombongan umrahnya ialah pelakon Liza Abdullah.
9.Dec.2022 . AllahuAkbar. Alhamdulillah Allah berikan izin dan kemudahan utk kami bersujud lama di dalam Taman Syurga MU. Semoga kami dijemput lagi dan lagi untuk masuk ke dalam Raudhah Mu. Amin.🤲🏻
Thank you Ustazah… Thank you juga kakak2 & kawan2 yg sentiasa mendoakan Lala. 💋
Sorry lala post gambar kenangan ni sebab ini kenangan terindah Lala. ❤️
InsyaAllah akan ada rezeki awak semua untuk ke sini. 🤍
Wan Sharmila pernah memuat naik posting berkenaan hajatnya untuk menunaikan umrah dalam Instagram sekitar April lalu dan kini hajatnya telah termakbul dan dirinya kini dapat melaksanakan ibadat umrah dengan sebaik mungkin.
Malah, kenangan indah yang tidak dapat dilupakan buat dirinya dapat bersujud lama di dalam Taman Syurga atau Raudhah adalah momen indah yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat. Mengambil kesempatan memohon kepadaNya untuk dijemput lagi ke Raudhah, pelakon berusia 41 tahun ini memanjatkan kesyukuran dan doa semoga diberi kesempatan lagi untuk masuk ke Raudhah.
Melalui posting di Instagram miliknya, pelakon versatil ini menyifatkan jemputan umrah ini bagaikan satu mimpi yang indah untuk dirinya.
“Bagai mimpi. Alhamdulillah. Semoga menjadi inspirasi untuk pasang niat lagi ke sini. 🤍🕋”, ujarnya melalui posting di laman Instagram miliknya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon tampan Norman Hakim memanjatkan kesyukuran diberi kesempatan meraikan hari jadi anak keduanya yang ke-18 tahun iaitu Marissa Dania bersama dengan keluarga termasuk bersama famili bekas isterinya Abby Abadi di sebuah resort terkenal di Kuantan, Pahang.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram milik Norman atau nama penuhnya Mohamed Nurhakim Zaidon, kelahiran Marissa mengingatkan dirinya saat kelahirannya bersama bekas isterinya Abby Abadi bersalin di dalam kereta.
“18 tahun lepas Allah pilih mama untuk lahirkan adik dalam kereta dan pilih papa untuk sambut kelahiran adik juga dalam kereta. Momen yang takkan papa lupakan seumur hidup. Hari ni walau dah 18 tahun, momen tu macam baru je semalam berlaku. Bezanya adik dah besar cantik depan mata Alhamdulillah,” tulisnya.
Selain itu, pelakon sasa berusia 47 tahun itu mengagumi sikap Marissa yang solehah, pandai berdikari dan bijak.
Dalam pada masa yang sama, Norman Hakim turut mendedahkan tidah pernah meninggalkansolat sunat dan hajat dan sentiasa mendoakan yang terbaik terutamanya berkaitan hati dan perasaan anaknya jika satu hari nanti mencintai lelaki yang salah.
“Hari-hari papa tak pernah tinggal solat hajat doakan untuk semua anak-anak papa. Khusus untuk adik, hari-hari papa doa supaya Allah tutup pintu hati adik ke atas mana-mana lelaki kecuali nawaitu lelaki itu tulus dan ikhlas nak jadi imam buat adik dan bimbing adik ke Jannatul Firdausi,” ungkapnya.
Di akhir perkongsian, Norman Hakim berharap anaknya sentiasa berada di bawah lindunganNya. Untuk rekod, Norman dan Abby pernah berkahwin pada 2002 dan berpisah pada 2009, dan memiliki tiga orang anak bersama. Kini, kedua-duanya bahagia dengan pasangan masing-masing.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah buat Uyaina Arshad dan Raja Syahiran atas kelahiran cahaya mata ketiga mereka. Syukur kepada Allah, pengacara jelita berkenaan selamat melahirkan permata hati yang merupakan anak lelaki ketiga mereka pada 28 Januari lalu. Khabar gembira itu dikongsikan Uyaina di media sosial miliknya.