Vanidah Imran antara salah seorang selebriti tanah air yang memiliki raut wajah klasik dan kecantikan semula jadi. Sepanjang pembabitannya dalam industri seni tanah air, jarang dengar kisah kontroversi melibatkan dirinya. Yang pasti, bintang filem Reversi ini bijak menjaga privasi diri.
Dalam temu bual eksklusif bersama Nona, pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini menjelaskan keputusannya untuk bergelar anak seni pada awalnya mendapat tentangan bapa, Imran Abdullah.
Pembabitan Seni Vanidah Imran Ditentang Bapa
“Abah tak pernah sokong saya dalam industri. Masa saya mula-mula masuk industri, saya ingat lagi pesan dia dan saya pegang sampai sekarang dan turunkan kepada anak-anak.
Whatever you want to do, I let you do but must remember. Jaga maruah diri, jaga maruah keluarga. Bila terikat begitu, saya kena jaga behaviour supaya tak jadi kontroversi.”
Ujarnya, didikan bapa yang tegas banyak membentuk dirinya pada hari ini. Bahkan sewaktu Vanidah meningkat remaja, bapa tersayang sentiasa mengawal aktiviti dan pergerakan anak-anak. Apatah lagi dia merupakan anak sulung dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.
“Abah garang. Bapa dulukan, mana zaman macam sekarang yang nak keluar senang. Cakap dengan Abah nak keluar, tak bagi. School trip pun tak lepas. I’m the eldest and the only girl. Dulu selalu saya rasa kenapalah my father kolot sangat. Sebab my friends senang je nak gather dengan kawan-kawan.
Ads
Saya merasakan kenapalah bapa saya tak bagi, kenapa dia kolot. Kita jiwa mudakan waktu tu. Kawan-kawan semua boleh, parents open-minded. Tapi bila dah meningkat dewasa dan jadi ibu, kita cuba imbang dengan anak-anak. Nak didik mereka ikut cara Abah, tak mungkinlah.”
Dekati Majlis Ilmu, Vanidah Imran Seronok Belajar Agama
Sejak kembali mendirikan rumah tangga dengan Arifabillah Idris dan meningkat usia 50an, Vanidah Imran dilihat kian aktif menyertai majlis ilmu di samping rakan-rakan artis lain.
Mengaku seronok mendalami ilmu agama, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 berkenaan berkongsi detik awal tertarik dengan majlis seumpama itu beberapa tahun lepas.
Ads
“Dah lama sebenarnya saya diajak Datin Paduka Umie Aida tapi hati tu tak ‘gerak’. Kalau sebelum ni, sibuk dengan shooting tapi bila dah suka, saya cuba sedaya-upaya block date untuk ikut majlis itu. Berbeza dengan awal dulu.
Saya ingat lagi Erma Fatima jemput majlis tadarus Al-Quran tadabur Al-Fatihah. Nak cari khusyuk dalam solat kalau tahu makna, bila baca dan faham, akan hadir khusyuk tu. Terus rasa nak belajar dan faham surah Al-Fatihah dengan sebaiknya. Kita nak perbaiki solat.”
Diaju penampilannya kini yang selesa berhijab, ini jawapan jujur Vanidah Imran.
Ads
“Saya mencari juga untuk istiqamah supaya hati tu dah dekat (berhijab). Cuma betul-betul pastikan yang kalau boleh bila kita dah pakai, tak ada keinginan nafsu nak berfesyen dan cantik.
Kita boleh bergaya tapi ada hadnya. Tapi kalau kita masih nak bergaya, cantik dan menarik perhatian, nanti dosa jatuh dekat kita. It’s very fine line yang saya sangat takut.
Dia sangkut kat hati. Saya didik hati ini supaya (terjaga) dari segi akhlak dan sebagainya. Ia bukan mudah. Ramai orang fikir, ia sekadar bertudung tapi bukan sekadar tutup rambut, tapi akhlaknya bagaimana, pemikiran, dan bicaranya.”
Vanidah sah bergelar isteri Arifabillah pada 7 Julai 2022 dan menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas. Berita pernikahannya mengejutkan peminat seni tanah air kerana tiada desas-desus mengenai percintaan mereka sebelum ini.
Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan aktor Rashidi Ishak namun berpisah pada tahun 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semasa proses penuaan, ia akan berlaku secara menyeluruh bukan hanya pada kulit bahkan kuku turut mengalaminya.
Antara tanda penuaan pada kulit ialah kedutan-kedutan halus sementara kuku akan terlihat kusam serta menipis.
Selain itu, pertumbuhannya juga perlahan manakala permukaannya tidak sekata. Sebagai contoh, kuku pada ibu jari akan lebih cenderung untuk menebal.
Oleh itu, diperlukan beberapa langkah khusus untuk memperlahankan proses penuaan pada kuku.
SUPLEMEN
Tambahkan suplemen untuk memaksimumkan kesihatan kuku. Minta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Suplemen yang disarankan untuk kuku ialah:
Biotin atau Vitamin B7
Vitamin ini banyak ditemui dalam beberapa makanan seperti bunga kobis, kerang, cokelat, kacang, ayam, gandum dan berbagai olahan susu.
Kalsium
Kandungan yang sangat penting untuk pertumbuhan kuku. Kekurangan kandungan ini boleh mengakibatkan kuku tampak kering dan rapuh.
Vitamin D
Kandungan ini diperlukan untuk memaksimumkan penyerapan kalsium ke dalam tubuh.
Omega 3
Merupakan lemak baik yang diperlukan oleh tubuh. Kekurangan kandungan ini boleh menyebabkan kuku menjadi mudah patah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang menyangka, bila bertudung hitam maknanya kita boleh mengadunkan semua jenis warna dalam solekan.
Memang benar warna tudung hitam boleh menyerap semua warna yang diaplikasikan dalam solekan tetapi kombinasi yang paling menyerlah adalah mempertegaskan solekan mata.
Satu tip Nona, pembayang mata rona gelap benar-benar menyerlah untuk penampilan seperti ini. Ikuti tip solekan ini agar penampilan anda dalam tudung hitam tampak lebih menawan.
Pelembap kulit merupakan asas kepada solekan sempurna. Kulit yang lembap dari dalam menyerlah solekan di luar. Jangan sekali lupa sapu pelembap sebelum bersolek. Risau kulit berminyak selepas bersolek? Sapu pelembap dalam gerakan bulatan arah lawan jam.
Inovasi dalam solekan memudahkan tugas bersolek. Sediakan wajah dengan semburan primer yang berasaskan bahan-bahan semula jadi. Hasilnya solekan sama rata dan tidak berbelak-belak nanti.
Bedak asas yang sering menjadi pilihan wanita hadir dalam bentuk stick. Mudah dibawa ke mana-mana dan senang disapu. Aplikasi sempurna bedak asas bentuk ini diperoleh dengan sapuan berus khusus agar sempurna dan sekata.
Sembunyikan cela pada wajah dengan penyamar noda. Titipkan penyamar noda pada daerah yang dikehendaki dan tepuk lembut menggunakan tangan agar tidak bercapuk solekan yang telah tersedia.
Teknik kontur boleh membantu membentuk wajah atau menyempurnakan wajah seseorang. Sapu highlighter pada atas tulang pipi atau bawah mata jika mahu kesan segar dan berseri. Boleh juga meruncingkan bentuk pipi dengan sapuan gelap pada tulang rahang.
Cipta soket mata dengan mengikut alis mata yang terbuka. Kemudian ratakan rona biru gelap agar lebih sempurna. Eksperimentasi dengan rona keemasan disapu sempurna demi sebuah gaya yang menggoda.
Bentuk kening membawa seribu satu makna, benar begitu? Melukis kening memerlukan latihan yang rapi. Jika mengikut cara solekan kening orang Korea, lebih gemar kening yang mendatar. Lukis kening dan penuhkan ruangan kosong dengan sapuan lembut pengalit kening.
Tidak salah mengoles lipstik merah cili walau solekan mata sudah mendominasi solekan. Sapu pelembap bibir sebelum lipstik agar kelembapan kulit bibir terus terpelihara. Ratakan dengan sempurna pada bibir kemudian oles pengilat bibir agar lebih tahan lama. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengorak langkah dan mula mengukir nama sebagai model muslimah, sebelum namanya menjadi tular dek kerana mempunya rupa paras persis pelakon jelita, Mira Filzah.
Nama pelakon yang masih hijau, Qasrina Karim semakin mendapat perhatian di dalam industri seni Malaysia, malah kian memuncak setelah membintangi drama bersiri, berjudul My Famous Ex-Boyfriend yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria satu ketika dahulu.
Rahsia Qas Sentiasa Cantik Dan Bertenaga!
Qasrina yang lebih mesra disapa sebagai Qas bukan sahaja menjadi perhatian orang sekeliling dengan wajah yang manis dan ayu. Ramai yang mengidolakan gadis ini kerana keterampilannya sebagai wanita hijabi yang sopan dan cantik.
Pasti ada dikalangan Nonarians yang ingin mengetahui rutin kecantikan Qasrina, yang sentiasa tampil elegan dan ‘on point’ meski pun sedang sibuk melunaskan tanggungjawab kerjaya. Apa agaknya rahsia Qas ya?
Ketika ditemubual team NONA, Qas menjelaskan bahawa dia tidak pernah culas melakukan rutin kecantikannya, walaupun sibuk. Katanya, itu merupakan satu investment jangka panjang bagi kekalkan kecantikan diri sebagai seorang selebriti dan juga Public Figure.
Kecantikan Satu Investment Besar!
“Kecantikan ini satu investment jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah.
“Walau sibuk macam mana pun, skincare is a must kerana itu satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri.” ujarnya.
Apabila disoal mengenai tip atau bahan alami yang digunakan, Qasrina akui dia mengambil suplemen untuk membantu mengekalkan kemulusan kulit wajahnya seperti vitamin C selain untuk kekal bertenaga.
Malah, dia juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk tubuh badannya.
“Suplemen yang saya ambil adalah Vitamin C, tak perlu tambahan yang lain kerana ia cukup berikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bila shooting.
“Saya juga suka makan buah-buahan seperti Blueberi, Strawberi dan juga Salad. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah!” katanya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!