Setuju dengan kenyataan Datin Seri Shahida mengenai cabaran hidup berumah tangga. Baik suami mahupun isteri, masing-masing perlu bijak menangani ujian melayari bahtera perkahwinan agar ikatan cinta yang dibina sentiasa mekar dan berkekalan.

IKLAN

16 tahun berkahwin dengan usahawan ternama, Dato’ Seri Aliff Syukri pastinya satu tempoh yang mencabar bagi Datin Seri Shahida. Walau hampir dua dekad namun dia mengakui masih dalam fasa mengenali karakter suami dengan lebih mendalam.

Mengulas menjaga keharmonian rumah tangga, ini jawapan jujur Datin Seri Shahida.

“Setiap Suami Ada Busuknya, Semua Isteri Ada Masamnya,” DATIN SERI SHAHIDA Pujuk Suami Isteri Cari Bahagia Rumah Tangga!
Kredit Instagram @shahidadherbs
“Setiap Suami Ada Busuknya, Semua Isteri Ada Masamnya,” DATIN SERI SHAHIDA Pujuk Suami Isteri Cari Bahagia Rumah Tangga!
Kredit Instagram @shahidadherbs

“Dalam rumah tangga ada pasang ada surutnya, ada mesra ada gaduhnya dan ada bertengkar dan ada romantiknya. Nikmati saat-saat manis bersama kerana momen manis itulah yang akan memujuk hati kita bila bergaduh.

Terima baik buruk pasangan kita kerana dia juga manusia biasa. Tidak akan ada manusia yang benar-benar sempurna termasuk diri kita sendiri. Setiap suami ada busuknya, semua isteri ada masamnya. Terima dengan redha dan carilah wanginya untuk kita nikmati bersama.”

IKLAN

Datin Seri Shahida baru-baru ini sempat meluangkan masa menghadiri majlis gilang-gemilang Nona Superwoman Award 2022 bersama Dato’ Seri Aliff Syukri. Dia yang kini sarat hamil anak keenam kelihatan berseri-seri dan bahagia di samping suami tersayang.

“Setiap Suami Ada Busuknya, Semua Isteri Ada Masamnya,” DATIN SERI SHAHIDA Pujuk Suami Isteri Cari Bahagia Rumah Tangga!
Kredit Instagram @shahidadherbs
“Setiap Suami Ada Busuknya, Semua Isteri Ada Masamnya,” DATIN SERI SHAHIDA Pujuk Suami Isteri Cari Bahagia Rumah Tangga!
Kredit Instagram @shahidadherbs
“Setiap Suami Ada Busuknya, Semua Isteri Ada Masamnya,” DATIN SERI SHAHIDA Pujuk Suami Isteri Cari Bahagia Rumah Tangga!
Kredit Instagram @shahidadherbs
“Setiap Suami Ada Busuknya, Semua Isteri Ada Masamnya,” DATIN SERI SHAHIDA Pujuk Suami Isteri Cari Bahagia Rumah Tangga!
Kredit Instagram @shahidadherbs

Dalam pada itu, Datin Seri Shahida turut meluahkan rasa bangga melihat ramai usahawan-usahawan wanita hebat dan berkaliber yang menerima pengiktirafan pada majlis berkenaan. Malah, dia berharap lebih ramai lagi individu berjaya pada masa akan datang.

IKLAN

Datin Seri Shahida dan Dato’ Seri Aliff berkahwin pada Ogos 2007, dikurniakan lima cahaya matai aitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI