Darah kerabat yang pekat mengalir dalam dirinya bukanlah alasan untuk YM Tengku Nurul Iman Alianna Tengku Ali untuk berpijak diatas kaki sendiri dalam mengecapi kejayaan yang diperoleh hari ini.

IKLAN

Usaha gigih wanita yang lebih mesra disapa Tengku Alianna, 27 tahun terbukti apabila perniagaan yang diusahakannya semakin membuahkan hasil. Pastinya, kisah Tengku Alianna yang juga merupakan kerabat negeri Pahang boleh dijadikan inspirasi buat wanita di luar sana.

Di usia yang masih hijau, Tengku Alianna sudah memiliki kerjaya yang cukup hebat. Perniagaan yang diberi nama Sugar Candy miliknya semakin berkembang dan terus maju tahun demi tahun.

“Setiap Usahawan Pasti Mempunyai Dilema Untuk Membahagikan Masa Bersama Keluarga” -TENGKU ALIANNA
FEB 21 2019 NONA LEE PESONALITY TENGKU ALIANNA

“ Semuanya bermula secara tidak sengaja. Pada mulanya saya buat kek untuk ayah saya sejak di bangku sekolah lagi. Saya kerap memuat naik foto kek yang saya buat di laman sosial dan tidak menyangkakan respon yang diperolehi amat memberangsangkan. Dari situlah saya memulakan bisnes ini secara kecil-kecilan untuk menambah side income. Saya pernah belajar di sebuah kolej swasta dalam jurusan akaun. Namun saya berhenti untuk meneruskan dan fokus dalam perniagaan ini.

Sejujurnya, tahun pertama saya menjalankan perniagaan ini adalah untuk suka-suka dan sekadar untuk menambah duit poket sahaja. Masuk tahun kedua, saya mula nampak potensi bisnes ini yang boleh pergi lebih jauh. Saya mula bangunkan bisnes ini dengan menyewa rumah dan semua aktiviti membuat kek dilakukan di situ. Selain itu, saya juga ada mengadakan kelas buat kek untuk berkongsikan ilmu pengetahuan saya.

Lama-kelamaan bisnes yang saya usahakan ini semakin berkembang. Keuntungan yang diperolehi daripada permualaan bisnes ini, saya jadikan modal untuk membeli perkakas-perkakas keperluan. Saya juga menyertai lebih banyak kelas mengenai pembuatan kek untuk menambah pengetahuan.

IKLAN

Pada tahun 2014, saya mempunyai production house khusus untuk membuat kek sahaja. Ketika itu, masih belum ada kedai lagi. Sebarang jual beli hanyalah melalui online sahaja. Alhamdulillah, kini saya sudah mampu membuka kedai di Wangsa Maju yang membolehkan pelanggan datang dan beli. Walaupun kedai Sugar Candy baru beroperasi pada Disember tahun lalu, namun sambutan yang kami dapat amat positif,” ujar Tengku Alianna.

IKLAN

Sesungguhnya wanita yang bergelar sebagai seorang ibu, isteri dalam pada masa yang sama juga merupakan usahwan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pasti setiap tugas yang digalas Tengku Alianna mempunyai cabaran tersendiri.

“ Bagi saya, cabaran utama ialah masa. Setiap usahawan yang mempunyai perniagaan pasti mempunyai masalah ini iaitu dilema untuk membahagikan masa bersama keluarga. Namun, dalam pada masa yang sama, kita mempunyai komitmen dalam pekerjaan. Mungkin rata.rata orang berfikiran kerja sendiri lebih mudah daripada kerja 9 pagi hingga 5 petang.

Sebenarnya, apa yang boleh saya katakan di sini, kerja sendiri lebih mencabar. Ia memerlukan masa yang lebih banyak untuk menguruskan sesuatu perniagaan. Banyak yang saya perlu korbankan terutama sekali ialah perhatian kepada anak-anak. Tetapi, saya menganggap ia cabaran yang positif untuk memperoleh kejayaan, Insyaallah,” jelas Tengku Alianna tenang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI