Ads

“Dia Sangat Sabar Ajar Saya,” Sheahnee Iman Lee Imbau Momen Awal Kahwin Dengan Naz Rahman, Kini Bahagia Ada 3 Anak!

Dunia Pengacaraan Sheahnee Iman Lee & Suami Naz Rahman
Dunia Pengacaraan Sheahnee Iman Lee & Suami Naz Rahman

Bukan mudah bagi seorang mualaf untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan ajaran Islam. Namun Sheahnee Iman Lee berjaya membuktikan dia mampu menjadi seorang muslim yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan. 18 tahun berkongsi hidup bersama Naz Rahman, dia kini lebih memahami Islam dan mengasuh anak-anak dengan sebaik mungkin.

Peluang bertemu dengan bekas personaliti televisyen ini di sebuah majlis pelancaran, Sheahnee yang ketika itu menjadi moderator turut berkongsi pentas dengan suami tercinta yang bertindak sebagai pengacara majlis dalam acara sama.  

Artikel https://www.nona.my/bukan-calang-calang-suami-isteri-sheahnee-naz-rahman-kongsi-pentas-jadi-host-sidang-kemuncak-asean/

Sheahnee Iman Lee Kongsi Awal Perkahwinan

“Dia Sangat Sabar Ajar Saya,” Sheahnee Iman Lee Imbau Momen Awal Kahwin Dengan Naz Rahman, Kini Bahagia Ada 3 Anak! “Dia Sangat Sabar Ajar Saya,” Sheahnee Iman Lee Imbau Momen Awal Kahwin Dengan Naz Rahman, Kini Bahagia Ada 3 Anak!

Diaju pertanyaan mengenai rumah tangga bahagia di samping pengacara yang popular dengan program Jalan-Jalan Cari Makan itu, Sheahnee Iman Lee mengukir senyum sambil membuka cerita.  

Berbanding sekarang, masa tu saya adalah mualaf baru. Banyak benda yang masih saya tak tahu dan masih belajar. Pada masa itu, Abang Naz (suami) dia sangat sabar mengajar saya benda yang boleh saya buat dan tidak boleh saya buat.  

Ads

Saya rasa lepas 18 tahun saya dah rasa oklah. Lepas tu ada anak sendiri, kita pula yang ajar anak, seperti mana Abang Naz ajar saya dulu. Nak puasa satu bulan tu agak susah tapi alhamdulilllah lepas 18 tahun saya rasa kira oklah,” dedah bekas penyampai berita NTV7 dan pengacara ini mengenai awal perkahwinannya bersama Naz Rahman.  

“Dia Sangat Sabar Ajar Saya,” Sheahnee Iman Lee Imbau Momen Awal Kahwin Dengan Naz Rahman, Kini Bahagia Ada 3 Anak! “Dia Sangat Sabar Ajar Saya,” Sheahnee Iman Lee Imbau Momen Awal Kahwin Dengan Naz Rahman, Kini Bahagia Ada 3 Anak!

Kerjaya Sheahnee Iman Lee & Naz Rahman

Sementara itu, mengulas perkembangan kerjaya terkininya dan suami, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata mereka masih aktif dalam bidang pengacaraan namun di luar kaca televisyen dan lebih kepada program korporat serta majlis rasmi kerajaan.

“Saya banyak buat training bersama corporation company di Malaysia dan pada tahun 2026 saya mahu beri tumpuan kepada focus coaching. Lebih kepada one on one. Passion saya sekarang adalah untuk membantu orang lain untuk naik dalam apa-apa industri yang mereka nak ceburi.” 

Ads

Tambahnya lagi, “Sudah lama saya tak bekerjasama dengan Naz dalam bidang pengacaraan. Sebab jenis event yang kami buat berbeza. Saya lebih kepada corporate dan conference, Naz pula banyak buat event kerajaan dan juga roadshow tapi lately dalam 2-3 tahun yang lepas ni Naz banyak buat event yang sama seperti saya. Bila client nampak gandingan saya dengan dia, mereka macam suka pula. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sheahnee Iman Lee (@sheahnee)

“Dia Sangat Sabar Ajar Saya,” Sheahnee Iman Lee Imbau Momen Awal Kahwin Dengan Naz Rahman, Kini Bahagia Ada 3 Anak! “Dia Sangat Sabar Ajar Saya,” Sheahnee Iman Lee Imbau Momen Awal Kahwin Dengan Naz Rahman, Kini Bahagia Ada 3 Anak!

Ads

“Dia Sangat Sabar Ajar Saya,” Sheahnee Iman Lee Imbau Momen Awal Kahwin Dengan Naz Rahman, Kini Bahagia Ada 3 Anak!

Saya cukup bersyukur sebab bila saya baru berkenalan dengan Naz, kami mulakan kerjaya televisyen sama-sama dalam The Breakfast Show. Bagi saya ini adalah peluang untuk kerjasama dengan dia lagi untuk explore balik chemistry yang kita ada sebelum ini dan saya rasa bestlah kerja dengan suami.” 

Tahap profesionalisme dan gaya penyampaian jelas serta bertenaga Sheahnee Iman Lee dan Nazrudin Habibur Rahman membuatkan mereka sering menjadi pilihan penganjur acara.

Bahkan pasangan suami isteri ini diberi kepercayaan mengendalikan satu majlis gah dan penuh bersejarah iaitu Sidang Kemuncak ASEAN 2025! 

Sheahnee dan Naz Rahman berkahwin pada tahun 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Zayd Aaqil. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Dato' Sri Rohani Abdul Karim Sambung PhD Usia 71 Tahun

Sihat Usia 71 Tahun & Sambung PhD, Bekas Menteri KPWKM Dato’...

Terinspirasi dengan semangat dan kecekalan Dato’ Sri Rohani Abdul Karim! Genap berusia 71 tahun pada 3 Januari lalu, pemimpin kelahiran Sarawak ini tidak pernah berhenti memberi khidmat bakti kepada masyarakat meskipun tidak lagi menggalas tugas sebagai Menteri Kabinet. Namun kerana sikap keprihatinan yang menebal terhadap kebajikan komuniti, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini tetap  menyumbang idea dan tenaga sehingga sekarang.