Sejak kelahiran Shiloh Jolie Pitt pada tahun 2006, anak kepada pasangan sensasi Brad Pitt dan Angelina Jolie ini sudah mencuri tumpuan dunia.

IKLAN

Bukan sahaja kerana populariti kedua-dua ibu dan bapanya malah lokasi kelahirannya di Namibia, Afrika telah menarik tumpuan paparazi dan media di seluruh dunia.

Shiloh Jolie Pitt Makin Jelita Di Usia 15 & Curi Tumpuan Dunia
Foto: Instagram @angelinajolie

Bagaikan tak terasa masa berlalu kini Shiloh Jolie Pitt sudah menginjak ke usia 15 tahun dan kejelitaannya makin terserlah. Ada yang mengatakan wajahnya mirip bapanya dan tak kurang juga yang mengatakan wajah ibunya, pelakon utama filem Maleficent ini.

Shiloh Jolie Pitt Makin Jelita Di Usia 15 & Curi Tumpuan Dunia
Foto: www.shutterstock.com

Sejak kecil penampilan remaja ini lebih kepada gaya tomboy namun saat menemani ibu di laluan karpet merah di premiere filem Eternal di Rom, Itali telah memukau pandangan tetamu yang datang ke majlis tersebut.

Hadir dengan mini dress rekaan Versace rona hitam dan dipadankan dengan sneakers telah membuat ramai tak berkelip mata memandangnya. Turut hadir bersama adalah kakaknya Zahara yang kini berusia 16 tahun.

Shiloh Jolie Pitt Makin Jelita Di Usia 15 & Curi Tumpuan Dunia
Foto: www.shutterstock.com

Selain Zahara, Shiloh mempunyai empat lagi adik-beradik iaitu, Maddox, 20 tahun, Pax, 17 tahun, serta kembar Knox dan Vivienne, 13 tahun.

Anak kandung pertama pasangan pelakon Mr. & Mrs. Smith ini tidak hanya berselindung di bawah populariti kedua ibu dan bapanya sahaja malah telah menempa namanya di persada seni filem Hollywood.

IKLAN
Shiloh Jolie Pitt Makin Jelita Di Usia 15 & Curi Tumpuan Dunia
Foto: www.shutterstock.com

Pada tahun 2016, Shiloh telah menggunakan suaranya untuk melakonkan watak Shuai Shuai dalam filem Kung Fu Panda 3. Suara Angelina Jolie turut digunakan dalam filem tersebut membawa watak Tigress.

Suara Shiloh terut berganding dengan aktor dan aktres kelas A Hollywood seperti Jack Black, Bryan Cranston, Dustin Hoffman, Kate Hudson, Seth Rogen, Lucy Liu dan Jackie Chan.

IKLAN

Angelina Jolie bukan sahaja menyayangi keenam-enam anak-anaknya malah lantang bersuara dan tertegas menegakkan hak-hak kemanusiaan.

Shiloh Jolie Pitt Makin Jelita Di Usia 15 & Curi Tumpuan Dunia
Foto: Instagram @angelinajolie

Pemenang anugerah Academy Award for Best Supporting Actrees in 2000 ini hampir 2 dekad bekerja dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) menzahirkan rasa terima kasih kepada mangsa pelarian kerana banyak mengajarnya tentang erti sebuah keluarga dan kehidupan.

Melihat komitmen yang tidak berbelah-bagi, Angelina telah telah dinamakan sebagai Duta Goodwill Ambassador oleh UNHCR di ibu pejabatnya di Geneva, Switzerland pada 27 Ogos, 2001.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI