
Sejarah hampir tiga tahun lalu tercipta yang menyaksikan perkahwinan Diraja Putera Harry dan Meghan Markle telah mendapat perhatian dunia. Kisah cinta di antara anak bongsu mendiang Puteri Diana dan pelakon Hollywood ini sememangnya menjadi perbualan hangat seantero dunia.

Kelibat mereka yang mencuri perhatian ramai menjadikan pasangan ini buruan sensasi pihak media. Sebelum menoktahkan ikatan cinta rupanya pertemuan merpati dua sejoli ini telah diatur oleh teman baik mereka ataupun digelar blind date pada bulan Julai 2016.

Siapa teman baik pasangan ini, masih diperdebatkan oleh media Barat sama ada Pengarah Perhubungan Awam, Ralph Lauren, Violet von Westenholz atau pereka fesyen, Misha Nonoo. Namun, apa yang pasti, selepas pertemuan pertama itu Putera Harry dan Meghan Markle terus mengatur pertemuan secara rahsia sehingga hubungan mereka dapat dihidu oleh media di sana.
Hubungan mereka ini tidak mendapat banyak halangan bahkan nenda Putera Harry, Ratu Elizabeth II telah memberikan ‘lampu hijau’ terhadap hubungan mereka berdua.

Tiada siapa pun mampu menyelami transisi hidup pelakon drama terkenal, Suits ini di dalam istana melainkan dirinya sendiri sahaja. Bermula dengan keputusan berkahwin dengan kerabat diraja dan bertindak untuk tinggal berasingan dengan keluarga diraja terserbut serta membuat keputusan untuk membina kehidupan keluarga sendiri di Amerika.

Meghan Markle dan suami tercintanya telah membuat keputusan untuk mengundur diri sebagai ‘senior members‘ keluarga diraja Britain dan akan memulakan hidup keluarga kecil mereka di Amerika Utara bersama anak mereka, Archie.

Pasangan ini juga telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari media sosial masing-masing dan bahagia dengan keputusan tersebut.
*Barang penjagaan diri dah habis, beli saja kat sini.
Timang Cahaya Mata Sulung, SHEERA ISKANDAR Terkejut Doktor Saran Bersalin Awal!

Tengok Sheera Iskandar ni terus ingat Gerak Khas. Memang namanya sudah cukup sinonim dengan drama kepolisan berkenaan. Malah, takdir Allah juga telah mempertemukan Sheera dengan seorang anggota polis sebagai suaminya. Kuat betul penangan Gerak Khas dalam diri pelakon cantik ini sampai bertemu jodoh pun dengan anggota badan beruniform tersebut!
Semakin diulit bahagia sejak bergelar isteri pada tanggal 3 Mei 2021, Sheera bukan hanya aktres yang dikurniakan raut wajah cantik malah dia juga memiliki keperibadian yang menyenangkan. Melihat wajah jelitanya pasti mengingatkan peminat kepada pelakon veteran yang juga ibu Sheera, Aznah Hamid.
Menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 3 Mei lepas, pastinya rumah tangga pasangan ini lebih bermakna lebih-lebih lagi apabila Sheera selamat bersalin anak sulung mereka iaitu bayi perempuan pada 22 Mei lepas. Alhamdulillah!
Berita gembira itu disampaikan suami Sheera di Instagram, “Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Isteri saya Sheera selamat melahirkan puteri kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs.
Jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, doktor dan nurse yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri saya yang tercinta. Saya amat menghargainya Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Amin amin ya rabbal alamin.”





Dihubungi Nona pada 19 Mei lalu, Sheera secara eksklusif memberitahu Nona yang dia sudah pun dimasukkan ke wad di HUKM untuk menunggu detik bersalin. Empunya diri pun mengaku terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Kongsi Sheera, “Tengah terbaring ni sebab nak check jantung baby. Patut due date awal bulan 6, pergi hospital check up biasa tapi doktor kata kandungan pun dah cukup bulan. Air ketuban macam dah kurang jadi takut risiko. Doktor kata dah boleh beranak dah ni, kita pun ikut sajalah. Pagi ni doktor induce dan hopefully dapat bersalin normal.
Terkejut jugalah bila doktor terus kata dah boleh terus beranak. Kalau nak tunggu lagi kita risaulah kan. Lepas tu doktor tengok dah cukup bulan dah, so doktor saran saya bersalin. Cuma kitalah macam tak ready kan.”
Ujar aktres cantik ini lagi, “Jantina baby dah tahu dah. Cuma harap-harap scan tengok jantina baby tu betullah. Semalam, masa doktor tanya dekat suami yang saya kena segera bersalin, suami pun decide ikut saranan doktor. Kalau tunggu, takut membahayakan baby pula.”





Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Sheera mendedahkan dia pernah menjalani pembedahan membuang cyst di ovari. Hasil pembedahan itu juga doktor dapati dia turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS.
“Doktor kata faktor penyakit ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic. Bila dah berumah tangga ni, lagi saya kena jaga. Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut. Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check up memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.
Start dari situ, saya jaga pemakanan dan elakkan makanan yang boleh aktifkan cyst tu balik. Alhamdulillah, kahwin ada rezeki dapat mengandung semula jadi tanpa apa-apa rawatan kesuburan. Yang penting kena tahu keadaan badan macam mana. Jaga pemakanan itu penting.
Sebelum kahwin lagi memang saya dah amalkan pengambilan folic acid dan fish oil. Saya dapat tahu saya hamil bulan September lepas. Tapi sebenarnya suami yang rasa dulu. Dia ingat dia kena Covid sebab badan dia tak sedap sampai check swap test, negatif.
Pergi klinik, saya pening kepala. Rasa macam mengandung sebab selama ni period memang teratur. Doktor pun suruh check tapi negatif.



Tapi instinct tu ada, dapat rasa kita ni tengah mengandung. Walau sakit kepala, tak berani makan ubat migrain. Esoknya check, alhamdulillah pregnant. Tapi tak adalah buat video umum pregnant dan bagitahu husband macam kebanyakan orang buat tu sebab kita dah dapat rasa dulu,” dedah Sheera sambil tertawa.
Sementara itu, ditanya mengapa mengumumkan kehamilan ketika usia kandungan sudah memasuki trimester ketiga ini jawapan Sheera.
“Satu sebab iyalah saya pernah ada problem sebelum ini tak tahu boleh ke pregnant. Dan alhamdulillah dapat tahu pregnant. Proses tu macam cepat sangat, dari first trimester masuk second dan third. Sekarang terkejut dah nak bersalin.
Lagi satu, kita nak cakap dekat umum pun takut kalau jadi sebarang kemungkinan. Tambahan pula, umur dah meningkat. Kena penjagaan rapi. Risau dah cakap nanti lepas tu tak jadi, frust pula. Bila dah besar perut tu barulah kami announce.
Alhamdulillah sepanjang hamil, saya tak alami sebarang alahan atau mengidam. Sebaliknya, suami yang terkena ‘tempias’ tu,” kongsi Sheera yang mengaku sudah pun mempunyai nama untuk cahaya mata sulung mereka berkenaan.
Semoga segala urusan Sheera dipermudahkan dan ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat.
Jalinan Kerjasama Nu Ideaktiv Dan Enrichment Media Lab Simbolik Usaha Membantu Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS)

Dalam usaha untuk memantapkan Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS), sebuah kerjasama telah terjalin di antara Nu Ideaktiv dan Enrichment Media Lab Sdn Bhd di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Pejabat Urusan Nu Ideaktiv.
Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Muhamad Ashraf DM Tej Nasir, Pengarah Urusan Enrichment Media Lab telah menyempurnakan acara menandatangani memorandum, sekali gus memeterai kerjasama dan perlantikan Enrichment Media Lab sebagai rakan pakar media mensasarkan segmen Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS).
Menerusi kerjasama ini, Enrichment Media Lab akan bertindak sebagai rakan pakar media yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS dalam industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan dan bimbingan.
Nu Ideaktiv yang memiliki lebih 17 jenama dan peneraju dalam industri media berbahasa Melayu, menyediakan kandungan, platform dan pelaksanaan sejajar dengan kerjasama yang dibuat.
Menurut Syamil Fahim, MoU ini adalah permulaan untuk kerjasama bagi membantu dan meningkatkan lagi industri PKS negara ini menerusi media sebagai pemacu utama.
“Melihat kepada kepakaran yang dimiliki oleh Enrichment Media Lab dalam segmen industri pengiklanan PKS dan pengetahuan PKS merangka strategi dalam pemasaran dan pengiklanan, adalah menjadi satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv untuk berkolaborasi dan berkerjasama dengan syarikat ini bagi menguasai segmen pengiklanan media PKS.”
Tambahnya lagi, simbolik kerjasama ini bertujuan membantu perniagaan dan pengasas jenama untuk berkembang menerusi hebahan media meluas, pelaksanaan acara dan promosi rentas platform yang dimiliki Nu Ideaktiv di digital, program tv dan banyak lagi.
Enrichment Media Lab sebagai agensi pakar media melihat Nu Ideaktiv sebagai syarikat yang berpotensi untuk membantu membangun industri PKS.
“Nu Ideaktiv memiliki pelbagai jenama media No.1 di Malaysia yang boleh membantu PKS berkembang maju dan menembus audiens sasar bagi pertumbuhan perniagaan dan sasaran keuntungan syarikat.”
“Kerjasama ini tidak terhad kepada satu medium sahaja. Berdasarkan hala tuju sesebuah perniagaan, kita boleh melaksana pelbagai projek yang signifikan, mencapai sasaran dan mentransformasi perniagaan,” kata Ashraf.
Antara kerjasama awal Nu Ideaktiv dan Enrichment Media Lab adalah menerusi penerbitan rancangan TV iaitu perjalanan keibubapaan pemilik jenama Noir dalam PA&MA : Diari Madammu, dan IMPIANA Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi oleh Ella Furniture. Rancangan ini bakal bersiaran di saluran Astro awal tahun hadapan.
“Kami juga sedang merangkakan satu acara besar untuk meraikan Ramadan dan Syawal, yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Syamil lagi.
Bercinta Lepas Kahwin, DATIN FOUZIAH GOUS Ambil Masa Kenal Suami & Kini Bahagia Ada 2 Anak!

Personaliti ini memang cantik dan berjaya orangnya. Mula mencipta nama sebagai model dan pelakon, kini Datin Fouziah Gous merupakan usahawan berjaya. Bukan calang-calang perniagaan, Datin Fouziah merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FG Walet iaitu minuman kesihatan sarang burung.
Tidak dinafikan, penampilan Datin Fouziah Gous sering menarik perhatian peminat sejak pembabitan awalnya dalam industri seni. Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik bahkan dia juga dikagumi kerana bakat yang ada dalam diri.
Biarpun sudah berumah tangga dan berstatus isteri, pesona Datin Fouziah tetap memukau. Apatah lagi dia juga ibu kepada dua anak!
Mengimbas kembali perkongsian Datin Nona bersama Nona tahun lalu, isteri Datuk Md Zafran Md Yusof ini terbuka berkongsi amalan kesihatan selepas diaju pertanyaan mengenai tip kecantikan diri.
“Saya seorang yang sangat simple dan tak ada nak keluar duit banyak-banyak atau every month nak pergi facial dan pusat estetik. Memang jarang sangat. To be honest, sebelum kahwin saya akan pergi ke spa dan buat facial setiap bulan atau sebulan dua kali.
Tapi sejak ada anak, saya sacrifice. Dari segi pemakanan, diet ‘ketat’ tak ada. Cuma saya kurangkan minuman yang sangat manis dan saya minum FG Walet setiap hari, amalkan pengambilan sarnag burung serta exercise setiap minggu.
Kalau sebelum kahwin dulu almost everyday exercise. Saya kira penjagaan tubuh badan dari muda dulu banyak membantu kesihatan saya sekarang. Saya juga seorang yang tak suka makanan yang sangat berminyak dan kalau saya masak sendiri pun saya akan pastikan ia kurang minyak.”
Lapan tahun melayari alam rumah tangga bersama suami tercinta, Datin Fouziah turut tidak terkecuali berdepan liku-liku perkahwinan. Kian meniti hari-hari bahagia bersama suami dan dua cahaya mata, figura ini mendedahkan dia melalui fasa perubahan besar dalam hidup ketika awal perkahwinan.
“Sebenarnya kahwin ini, tahun pertama best. Tak ada masalah. Tahun kedua dan ketiga pun happy je. Masuk tahun kelima dan seterusnya, mula lalui macam-macam. Macam saya lagilah culture shock. Saya kenal suami kejap je. Kenal 3 bulan, tunang, lepas tu kahwin.
Saya dan suami bercinta lepas kahwin. Jadi cabaran bercinta lepas kahwin lain sedikit. Apa yang saya belajar adalah kita kena fokus pada benda yang sepatutnya. Contoh, bila suami kita ada kelebihan, alhamdulillah.
Itu adalah bonus kita tapi kalau pasangan ada kekuarangan, di situlah ‘resipi’ rumah tangga dan kita kena ‘cintakan’ kekurangan dia. Jangan kita create satu kebencian atau fokus kekurangan dia. Kalau kita terima kekurangan dia dan support dnegan kelebihan yang kita ada, kita terima each other, kita tak akan rasa kurang.
Saya tak ada masalah dengan itu dan selalu fikir positif. Kena faham macam mana nak toleransi dengan suami.”
Dalam kesibukan mengurus keluarga dan empayar niaga FG Walet tapi Datin Fouziah bijak membahagikan masa. Malah, perniagaan sarang burungnya juga sudah 10 tahun bertapak di pasaran.
“10 tahun lepas market orang Melayu tak tahu apa itu sarang burung. Alhamdulillah, sekarang ini semua orang dah tahu tentang sarang burung. Saya nak jadikan brand ini satu pioneer dan trendsetter.”
Semoga kejayaan Datin Fouziah mengemudi empayar niaga dan mengurus keluarga sebaiknya menjadi inspirasi buat ramai wanita untuk mengikut jejak langkahnya!