Air kencing atau urin merupakan bahan kumbahan cecair badan yang disingkirkan oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah dikenali sebagai kencing yang dikeluarkan melalui urethra.
Kajian menunjukkan air kencing juga boleh menjadi petanda kepada sesebuah penyakit contohnya air kencing berbuih. Maka, apa puncanya?
(a) JANGKITAN SALURAN KENCING
Salah satu penyakit berkaitan dengan air kencing yang sering menyerang kaum wanita. Bakteria dan kulat yang menjangkiti saluran air kencing boleh menimbulkan rasa seperti terbakar sehingga air kencing menjadi berbuih.
(b) MASALAH GINJAL
Ginjal mempunyai saluran akhir pembuangan iaitu air kencing. Jika terdapat sebarang masalah pada ginjal maka salah satu kesan buruknya ialah air kencing berbuih.
(c) KENCING MANIS
Kencing manis atau diabetes menjadi penyebab lain dari kerosakan ginjal. Seringkali penderita kencing manis akan mengalami kencing yang berbuih atau bergelembung.
(d) PENYAKIT JANTUNG
Sakit jantung juga boleh menjadi penyebab kepada kencing berbuih. Dikhuatiri ianya menjadi salah satu gejala kepada penyakit jantung.
(e) PROTEINURIA
Mungkin istilah ini terlalu asing dengan kita. Proteinuria membuatkan badan melepaskan protein dalam jumlah yang tinggi ketika seseorang itu membuang air kecil.
Akibatnya, keadaan ini akan menghasilkan air kencing yang berbuih. Batu ginjal, kencing manis atau peningkatan tekanan darah menjadi faktor proteinuria.
(f) STRES
Tidak ramai yang mengetahui bahawa stres juga mampu menjadi punca kepada kencing berbuih. Oleh itu, rajin-rajinlah untuk melakukan aktiviti yang menenangkan seperti riadah agar tahap stres anda dapat dikurangkan.
(g) DEHIDRASI
Boleh juga menjadi salah satu alasan kenapa air kencing berbuih. Amy Mohd