Situasi semasa saat mendepani pandemik COVID-19 ini, ramai yang terkesan. Jika dahulu berada di golongan T20 kini sudah sampai ke kategori B20. Kempen Bendara Putih sedikit sebanyak menyelamatkan masyarakat daripada terus berlapar terutama anak kecil.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga sedang membuka peluang untuk kita membuat permohonan i-Citra. Semoga dengan pengeluaran wang simpanan ini membantu mereka yang sangat-sangat memerlukan.
Tidak kurang juga yang mahu membuat simpanan atau cash money. Sudah masanya kita berjimat cermat dan membeli barang keperluan asas sahaja. Duit yang ada simpan untuk keperluan akan datang.
Tapi nak simpan kat mana pula? Bagi yang mencari-cari cara untuk menyimpan duit dengan efektif mungkin boleh aplikasi cara yang dilakukan oleh Nor Iman Nazuki ini.
8 Jenis Tabung Ibu Bapa Perlu Ada
1. Tabung Kecemasan
Tabung kecemasan dalam 3 hingga 8 bulan dari gaji/komitmen bulanan. Simpan di tempat yang mudah dicairkan apabila memerlukan, contoh ASB.
2. Tabung Bunian
Konsep tabung bunian adalah force saving. Simpanan secara konsisten setiap bulan. Masuk boleh, keluar tidak boleh unless untuk kembangkan aset atau dah achieve objektif nya seperti pelajaran anak-anak, modal beli hartanah, dan lain-lain.
3. Tabung Holding Power
Ramai yang pandang ringan tabung ni especially tidak nampak long term kelebihan tabung ini. Tabung ini digunakan apabila berlaku ancaman kewangan terutamanya ke atas ketua keluarga. Tabung yang juga berfungsi untuk debt cancellation/income replacement/hibah apabila berlaku ancaman kewangan seperti kematian, cacat kekal dan sakit kritikal.
4. Tabung Perubatan
Tabung Perubatan seeloknya diambil ketika anak-anak masih kecil kerana bayaran lebih murah dan risiko kena reject lebih rendah. Untuk mak ayah pun semuda mungkin. Namun utamakan tabung holding power dahulu sebelum tabung perubatan.
Kenapa? Worst case scenario seperti bila berlaku ancaman kewangan, masih ada hospital kerajaan. Namun, hutang anda siapa yang nak bayarkan? Takkan nak harapkan waris menanggung hutang yang anda tinggalkan?
5. Tabung Simpanan/Pelaburan
Sifu saya pernah pesan, simpanan dan tabiat anda sekarang akan menentukan kedudukan kewangan anda 5 tahun akan datang. Dari tabung pelaburan inila anda boleh gunakan untuk pelaburan seperti ASB, Tabung Haji, Saham Amanah, Koperasi, saham dan pelbagai lagi.
6. Tabung Percutian
Life pun kena enjoy juga kan? Bina tabung percutian untuk keluarga, special moments dan santaikan fikiran dan release tension. Ikut bajet yang ada. Cuti-cuti Malaysia pun apa salahnya kan?
7. Tabung Umrah dan Haji
Tabung ni kena ada, bagi menunaikan haji berkemampuan dan umrah sekiranya belum atau nama belum dipanggil.
8. Tabung Sedekah
Hidupkan untuk memberi. Insha Allah dimurahkan rezeki. Cara paling mudah sedekah masjid ketika solat jumaat ataupun tanyakan cikgu anak anda jika anda ada anak murid yang perlu dibantu. Besar pahalanya bantu anak-anak untuk belajar.