Ads

Singapura Namakan Orkid Hibrid Dendrobium Queen Azizah of Malaysia Sempena Raja Permaisuri Agong

Singapura menamakan satu spesies orkid hibrid sebagai Dendrobium Queen Azizah of Malaysia bersempena dengan nama DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Singapura Namakan Orkid  Hibrid Dendrobium Queen Azizah of Malaysia Sempena Raja Permaisuri Agong

Penamaan bunga itu berlangsung bersempena lawatan negara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah ke Singapura yang bermula semalam hingga 28 Oktober ini.

Singapura Namakan Orkid  Hibrid Dendrobium Queen Azizah of Malaysia Sempena Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka berdua dipersembahkan nama baharu orkid itu pada Majlis Penamaan Orkid di Istana, Orchard Road, di sini hari ini, dengan turut dihadiri Presiden Singapura Halimah Yacob dan suami, Mohammed Abdullah Alhabshee.

Ads

Turut berangkat ke majlis berkenaan adalah anakanda Seri Paduka, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Singapura Namakan Orkid  Hibrid Dendrobium Queen Azizah of Malaysia Sempena Raja Permaisuri Agong

Pada majlis itu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyempurnakan nama bunga itu dengan menggantikan plak lama kepada plak baharu yang bertuliskan Dendrobium Queen Azizah of Malaysia.

Ads

Bunga ini adalah hibrid orkid yang teguh dan bebas berbunga yang menghasilkan perbungaan separa tegak kira-kira 50 sentimeter (sm) panjang yang mengandungi lebih daripada 20 bunga tersusun cantik dan setiap bunga berukuran kira-kira 4.5 sm lebar.

Orkid ini mempunyai kelopak dan sepal bergulung dengan warna kuning keemasan dan memiliki bibir berwarna ungu kemerahan yang menawan.

Singapura Namakan Orkid  Hibrid Dendrobium Queen Azizah of Malaysia Sempena Raja Permaisuri Agong

Ads

Singapura mempunyai tradisi menanam pokok spesies orkid, yang menjadi bunga kebangsaan Singapura, dan kebiasaannya dinamakan sempena lawatan rasmi pemimpin serta orang kenamaan ke republik itu.

Singapura Namakan Orkid  Hibrid Dendrobium Queen Azizah of Malaysia Sempena Raja Permaisuri Agong

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Idris Shah adalah antara pembesar negara yang pernah dipersembahkan orkid yang dinamakan sempena nama baginda berdua dalam lawatan rasmi ke Singapura pada Julai lepas.

Singapura juga pernah menamakan orkid bersempena nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 2018.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Azeva Natassha Ikut Jejak Langkah Ibu Bapa Dalam Seni

Berbakat, Cantik & Bijak, Azeva Natassha Warisi ‘Darah Seni’ Ibu Bapa...

Nama Azeva Natassha menjadi bualan ramai kebelakangan ini khususnya dalam industri hiburan. Ini selepas dia diumumkan sebagai salah seorang peserta program hiburan Talk To My Manager musim kedua yang berlangsung pada 19 April 2026.