Sinonim Filem Dil To Pagal Hai, MADHURI DIXIT Tampil Menawan Usia 55 Tahun!

Terpaku tengok video tarian Madhuri Dixit yang dikongsikannya baru-baru ini di media sosial. Mengambil salah satu lagu filem Bollywood blockbuster Dil To Pagal Hai, gerak tari Madhuri Dixit nyata memikat perhatian peminat.

Madhuri memuat naik video tarian tersebut bersempena meraikan 25 tahun filem Dil To Pagal Hai. Difahamkan lagu Are Re Are ialah lagu kegemaran Madhuri dalam filem berkenaan.

Sehingga kini, video itu meraih lebih sejuta likes dengan ribuan reaksi yang membanjiri ruangan komen.

Credit Instagram @madhuridixitnene
Credit Instagram @madhuridixitnene
Credit Instagram @madhuridixitnene

Meskipun sudah berusia 55 tahun, pesona Madhuri masih menambat hati peminat. Pada tahun 1999, Madhuri menamatkan zaman bujang dengan Dr Sriram Madhav Nene iaitu doktor pakar bedah kardiovaskular.

Selepas mendirikan rumah tangga, Madhuri berpindah ke Amerika Syarikat dengan suaminya dan melahirkan dua anak lelaki iaitu Arin dan Ryan.

Credit Instagram @madhuridixitnene
Credit Instagram @madhuridixitnene
Credit Instagram @madhuridixitnene
Credit Instagram @madhuridixitnene

Mengimbas kembali pembabitan jelitawan ini dalam industri perfileman India, dia mula menceburi kerjaya seni menerusi filem Abodh pada tahun 1984. Ketika itu, Madhuri baru meniti usia 17 tahun.

Semenjak berkecimpung dalam industri seni, Madhuri dikenali kerana rupa paras cantik dan bakatnya dalam tarian. Selain itu, dia juga aktif menyertai badan amal UNICEF meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak kanak-kanak dan isu buruh melibatkan golongan berkenaan.

 

IKLAN
Share